Tuesday 24 December 2013

Bukit Kutu Adventure!

Assalamualaikum.

Sempena dengan study week di rumah ni, tiba tiba rasa bosan so nak meng update lah apa yg telah aku lakukan semester ni. Paling menarik ialah aku pergi mendaki Bukit Kutu yang terletak dekat Kuala Kubu. Tak pernah pernah aku pergi mendaki, Time sekolah je pergi jungle trekking tapi apa lah sangat kan jungle treking.Pfftt! Hahaha

Orang yg kenal aku mesti tahu aku jenis lembik-lembik, tak aktif gitu. Tapi aku berjaya membuktikan aku berjaya mendaki bukit tu. Walaupun namanya bukit but hey jgn pandang rendah okay. Ketinggian dia 1053 meter and with that kind of height, it should be called as gunung kutu okay! Pendakian mengambil masa 4 jam where kiteorg start dlm pukul 7 lebih mcm tu. But since hujan all the way and sesat twice, kami sampai puncak pukul 1 ptg.

Dengan hanya bawa beg galas Adidas, aku bawa tuala kecil, telekung, baju sehelai, seluar sehelai, benda benda dalam yang sepatutnya. Walaupun pendakian ni sehari je, tapi bawa baju lebih sebab meredah sungai bagai. Takkan kau balik nanti naik bas or kereta dengan berlumpur lumpur!

Untuk makanan, aku bawa kurma beberapa biji, chocolate bar Crunchy, roti gardenia 50 sen dua paket, wafer cube sepaket, air mineral dua botol. Kawan aku bawa air 100 plus. Lagi bagus if korg bawa air red bull ke kan. Then aku bawa baju hujan yg dispossable. Plus aku bawa plastik where aku balut semua baju, telekung aku tu dlm plastik. Handphone and camera aku letak dlm plastik juga.

Kasut aku pakai kasut getah beli kat kedai dlm 7 ringgit lebih. Katanya lebih grip. Lagi pun kalau nak pakai kasut sukan mcm takut tak cengkam sgt. Maklumlah kasut sukan tu utk berlari. Bukan kasut utk mendaki. Memanglah mendaki ada proper shoes tapi kasut getah ni pun boleh. Plus dgn keadaan berlecak semua,kau nak korbankan kasut sukan beli mahal mahal tu memang tak lah!

To be honest, memang letih giler. Aku rasa mcm nk give up, sampai boleh dengar bunyi nafas aku mcm org semput. Memang mcm nak mati. Tapi ku gagahkan juga. Bila sampai puncak memang cantik! Dan bila nak turun berapa kali aku jatuh sebab licin. Ibu jari sampai lebam dua dua sebab menahan kaki time turun bukit tu. Walaupun before pergi ada lah naik turun tangga 2 kali je, tapi penat juga.Hahhaa.

Well korg boleh ler tengok gambar gambar ni.Enjoy!


Okay kita stretching duluuuu. Semangat aku buat gitchew!

Ni muka muka suci and comel sebelum mendaki!

Okay cheesseeeee!

Gossip mak jemah sebelum mendaki. Breakfast katanya!

To the Kutu we go!

Ni time sesat, ambil kesempatan bergambar dlm hutan jap.
Oh introducing roomates I!
Tengah tengah daki org tunjuk camera. Senyum je lah  walau mcm nak tercabut nyawa time tu

Ni kami berehat mcm tempat batu batu besar!Gua katanya.

Tadaa!Cantik kan batu batu tu!

Haa senyumlah! Tu baju hujan walau nmpk ala ala plastik sampah
sebab dh rabak sana sini kena ranting





Ni dah sampai puncak!Wehoo!Seluar I mcm baru lepas kena dye!


Roomates mengambil kesempatan merakam memori bersama! 

Subhanallah!

Rasa mcm nak lompat ats awan gebu gebu tu!


Well itu lah antaranya tentang pengembaraan ke Bukit Kutu. Pengalaman seumur hidup. Kalau anda rasa tak fit, time pergi bukit ni ramai lagi org tak fit. Tapi dorg pergi juga sebab nak merasa. Tidak bila lagi kot! 


p/s: apa apa pun ketegangan seluruh badan mmg tak yah citer. Seksa woah gi kelas tertonggek tonggek mcm mak nenek sakit kaki punya pasal. Amik masa seminggu nak baik. Hehehe so GOOD LUCK! 


Till then Byeeee!! <3




Sunday 1 December 2013

Pengorbanan

Assalamualaikum.

"Somebody who  will always understand, somebody who will always care" - Someone Who Can by Yuna.

Dalam hidup kita di kelilingi dengan ibu, ayah, adik beradik, kawan-kawan, manusia manusia lain yang turut berkongsi planet ini dengan kita.

Semakin kita meningkat dewasa, kita belajar untuk berkorban. Berkorban demi ibu bapa yang nak lihat kita berjaya. Berkerah masa dan tenaga pergi kelas, balik lewat malam dari discussion, bersengkang mata tak tidur study time test. Semua tu utk apa? Just untuk bagi tahu dkt parents korg pada setiap akhir sem yang kau dapat dean list mungkin? Cuba utk menggembirakan mereka, sbb mereka tak pernah di beri peluang utk belajar sebagaimana yg kita perolehi skrg.

Haha tapi itu klise sangat mungkin. Contoh yang aku bg terlalu common utk dibaca. Banyak sgt novel novel dan status org di Facebook memperkatakan benda yang sama.

Korban bukan berkenaan bnd yang gempak gempak je. Benda yg kecil tapi jika kita terpaksa susahkan diri kita semata mata utk seseorg atau sesuatu, itu dah korban bagi aku. Sebagai contoh, kau balik awal dari kelas. Tiba tiba hari nak hujan. Kau tahu roomate kau basuh kain banyak di ampaian tersidai. Walau dia tak suruh, kau berkorban angkat kain dia yang bertimbun tu. Sebab kau cuba letakkan diri kau dkt tmpt dia . Apa perasaan nya bila kain yg banyak dh nak kering tiba tiba basah dek kerana hujan. Hampa bukan? Kalau tak hampa korg mmg tak pernah basuh kain atau setakat guna dryer.

Korban yg lain. Bila kita minta tolong dkt seseorang, kita kena lah pandai berbudi. Maksudnya ada lah balasan kita bagi dkt org tu. Bukan balasan hadiah, duit, makan dan minum. Tetapi ingatlah budi org yang tolong kita tu. Sebab bila kita ingat budi yang dia buat, mana tahu di hari lain kelak, dia meminta tolong dkt kita,kita tak teragak agak nak tolong sbb kita tahu budinya pada kita. Contohnya, korg tak faham sesuatu perkara, maka korg pun pergilah bertanya pada kawan korg yang lebih terror dr korg akan hal demikian. Pd hal kawan korg tu tgh sibuk buat kerja lain, tapi sbb korg rush nak siapkan kerja korg, dia sanggup ketepikan sebentar kerja dia dan melayan permintaan korg. Tup tup kerja korg siap dah namun kerja dia tak siap lagi. Tapi dia tak mengeluh or apa apa pun. The next time around bila si kawan tu minta tolong balik, korg cakap "nanti lah", "ada masa aku buatkan", etc. Nampak tak permainan dia?

Kalau org lain boleh berkorban utk kita, kenapa tidak kita?Kenapa susah sangat utk kita letak diri kita dekat tempat org lain? Manusia. Bila kita tak ada apa apa, kita tahu utk meminta tolong . Namun bila kita dah punya segalanya, kita alpa dengan apa yang kita ada, kita alpa dengan org yang tolong kita. Ya benar, orang yg tolong kita tu mungkin setakat tolong bnd kecik je. Yang menyebab kan kita berjaya adalah berkat usaha gigih kita kononnya. Tapi masa susah, org yg tolong benda kecik tu lah yang kau harap harapkan, meminta minta utk dia tolong kau pada ketika dahulu. Bukan mahu mengungkit, tetapi inilah hakikatnya. Kalau tak apa guna peribahasa, "orang berbudi , kita berbahasa" tu wujud?

Til then, Bye!

Wednesday 27 November 2013

Lagu dan Perasaan

Assalamualaikum.

Dalam ke'busy' an siapkan assignment, test dan seangkatan dengannya sambil mendengar lagu. Korang mesti pernah dengar lagu Sempurna  by Andra and The Backbone. Please lah kalau cakap tak pernah dengar!Blerghh! Kalau tak suka lain cerita and lantak korang lah kan. Peduli pulak aku korang suka ke tidak.

Bila dengar lagu tu, ia tetap memberi satu ketenangan yang sama di saat pertama kali aku mendengarnya dulu. Aiceh. Hihi. Bagi aku, lagu tu tenang gila bila dengar. Kadang kadang lagu "soul" mcm tu best tau. Bukan mcm certain lagu cinta skrg yang menggedik lebih. Ni lebih kepada perasaan mcm bila penyanyi nyanyikan lagu tu mcm seolah olah kita dapat rasa feel dia letak dalam lagu tu.

Setiap bait bait lirik dia yang buatkan kita kagum akan nilai cinta yang sebenar. Umpama korang mesti pernah tgk cerita breaking dawn ? Okay if tak pernah mesti pernah tengok iklan iklan yang sweet yang buatkan kita kadang kadang terfikir , masih ada ke cinta yang begitu suci, sweet yet romantic. Semua yang kita nampak lakonan semata mata since benda tu tak pernah berlaku dekat diri kita. Contoh mcm lagu Just The Way You Are by Bruno Mars. Semua org gila lagu tu sebab cara dia describe perempuan tu sangat unik dan perempuan memang dasar cepat cair kan. Same goes to this song. Bagi aku lagu ni sweet kot if main dekat wedding ke apa. Ni kalau dkt wedding yang karaoke lagu pasal patah hati lah apa lah.Tak kena langsung dengan majlis. Syok sendiri lebih!

Kalau korang pernah layan lagu band boys like westlife ke, backstreet boys ke. The lyric yang dorang nyanyikan contoh macam lagu As long as you love me, tunjuk betapa kesungguhan dia menerima perempuan dia suka despite of the kisah silam perempuan tu. Part lyric dia ;

"I don't care who you are, 
where you're from, what you did,
as long as you love me".

Menggambarkan perasaan sebenar bila kita suka dekat somebody. Because of love. Cinta kita kepada orang tu tanpa hirau benda lain. Kononnya the power of love gitcheww!Hahahha.

Aku pun simply je menulis benda ni. Mana tahu ada orang nak tulis lagu nyanyi dekat aku. HAHAHAHAHA. okay memang tak lah! Nak tukang nyanyi muka macam Beckham, suara mcam Anuar Zain, memang sampai ke sudah tak dapat.Hahaha.Please dengar lagu Sempurna sambil hayati lirik nya dan bayang the happiest moment yg korang pernah lalui bersam dgn org yg tersayang. Moment happy je. If korg dah broke up jgn fikir pasal tu.Hehehe. If tak pernah couple, duhh lagu ni universal. Org yg tersayang tak semestinya restricted to boyfriend/girlfreind je!Pikir lah kawan, mak ayah bawa korg gi funfair time kecik-kecik ke.Happy dho!!Old good times. That's why people always said "Old is Gold". You can buy everything in this world with money but not the memories you gained throughout your life.



"...Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku, kau begitu
sempurna... sempurna..."



P/S: sangat menyentuh kalbu. Bayangkan bila kau yakin nak bersama dgn org tu, kau yakin he's the one nyanyikan lagu or at least pernah ungkapkan kata kata mcm ni menunjukkan dia sayang sgt dengan korang, you will feel you are the luckiest women on earth. Nak nak pula selepas akad nikah, dia explain how much you mean to him. :')
 Sorry tergeli sikit entry ni. Feel jiwang lebih.Muahahaha



Tuesday 5 November 2013

Kadang Kadang...

Kadang kadang orang yang pakai baju kurung setelah biasa kita tengok dia pakai jeans and kemeja,
nampak cantik sangat.

Kadang kadang orang yang kita rasa dia brutal and kasar, bila dia sebut Alhamdulillah rasa merdu sangat.

Kadang kadang orang yang jarang kita nampak buat baik depan mata kita, bila kita berpeluang nmpk dia buat baik rasa mulia sangat

Kadang kadang bila orang yang pendiam biasanya mula petah berbicara bila presentation lebih lebih lagi in English rasa kagum sangat

Kadang kadang bila orang yang biasa dpt markah biasa biasa time test dpt 4.0 flat rasa terkejut sangat

Kadang kadang bila lelaki yang gangster habis sarung baju Melayu bila hari raya nampak redup dan bergaya sangat

Kadang kadang orang yg biasa freehair tiba tiba kita nampak dia sarung telekung, nampak subhanallah cantiknya dia.

Kadang kadang orang yang berniqab ni kita nampak cantik nya mata dia. Kalau matanya dah cantik apatah lagi seluruh mukanya. Patutlah dia berpurdah.

Kadang kadang orang yg selalu dtg kerja lambat tp sebenarnya dia sibuk tolong mak dia sbb dia shj yg boleh mak dia harapkan rasa mcm tak sangkanya.

Kadang kadang orang yang kita rasa dia mcm garang atau berdikari tp sebenarnya dia dah kehilangan salah satu ibu atau bapanya, terkejutnya kita betapa dia tabah.

Kadang kadang kita nampak surface sahaja tapi tak nampak apa yg tersirat di dalamnya. Bila dah tahu apa yg tersirat barulah kita mengerti dan terkejut sendiri. This is LIFE!Nothing is impossible in life.




Randomly Mengomel

Assalamualaikum and hye humaannss!

Now tengah cuti midesm. Jadi memang cuti aku dipenuhi dgn aktiviti yang tak membawa sebarang kebaikan. Ia sangat tak produktif di mana masa dibuang begitu sahaja tanpa memikirkan keburukannya. Perghh deep habis gua berkata kata.

Well actually tak ada any kind of hot news sangat pun. Ada lah a few activities going on but aku rasa malas nak cerita. *Macam malas je, macam malas je*

Okay stop it!

Well while aku membazir masa browsing internet, pretty much stalking other people's life. Aku terjumpa satu gambar yang bg aku menarik perhatian aku. It was on Twitter where ada org retweet gambar tu di mana org yg di retweet gambar nya itu kawan dia lah. Kawan dia tulis berpucuk pucuk surat utk girlfriend dia. Dah lah siap dgn sampul berwarna warni. Memang comel habis lah sebab dia susun pucuk pucuk surat tu mmg gembira habis aku tengok kerana keceriaan warna tersebut. Yang paling cute sekali dekat setiap sampul surat yg diberikan dia akan tulis "Open this when you're .................". For example , "Open this when you're insecure", "Open this when you're sad". I mean ehh apsal comel sangat ni!

And content surat dia berupa karangan ESPIYEEMM (SPM) okayh. Berjela jela. Macam tu lah surat yang excited utk di baca. Sangat cool idea ini. Boleh di praktikkan bkn setakat boyfriend/girlfriend. Tapi utk kawan kawan it self. Even aku dgn member aku bila kite org ada birthday or someone kena pergi jauh kami akan tulis surat. So mmg comel lah tulis dpn sampul surat mcm tu. Sangat memberi semangat bila org tu tgh lonely and jauh dr kita. Kenapa tak de org nak buat macam tu dkt aku? Haishh sakit pulak hati kite!

Till then byeee people!

Saturday 12 October 2013

Budak Baru Nak Up

Assalamualaikum.

Lama pula tak mengomel dekat sini. Hmm. Maklumlah busy dengan report sana sini. Internet lembap semacam. Haisshh. Okay baru baru ni kan famous pasal budak yang buat video couple dia. Menunjukkan mereka couple paling sweet sangat di alam fana ini. Ala yang Alang beez tu. Tengok sampai aku pun ingat nama dia. Phuii!

Aku ingat dia jenis budak budak yang syok sendiri yang tah mana mana muncul dengan video bagai maybe sebab dia attention seeker. Rupa nya dia ni jenis budak budak yang nak up yang ada followers beribu ribu. Untunglah ada peminat kan beribu ribu follow kau dik. Akak ni pun tak gitcheww! Ala dia jenis sama species dengan budak yang dulu buat video "Aku Janji"  tu untuk boyfriend dia sempena couple seminggu.

Aku dah perasan dah budak-budak jenis macam ni yang baru nak up kumpul followers beribu ribu di social network. Kalah artis u olls! Tapi dulu senyap je,tak ada la sampai nak keluar video bagai. Now je dah makin menjadi jadi. I mean like wadehell dorg ni semua doh! My god!Apa yang dorg cari sebenarnya?Popularity? Seriously?! Come on. Nanti kau dah masuk universiti, masuk kerja, your future boss akan siasat your background you know. Then jumpa pasal kisah kau mengarut2 bodoh pada ketika dulu. Itu sangat bagi bad impression. Korg tak fikir ke?

Lepas tu yang kelakar lah kan. Lepas je video tu tersebar, kena kutuk kaw kaw,Dan dan post status "saya dan dia dah berpisah". Lagi double wadehell is that! Nampak benor menipunya. Cakap je lah kau couple lagi senyap senyap. Sebab nak puaskan hati peminat cakap lah dah break agar tak dikutuk lagi. Sama species betul oh. Baik alang beez mahupun yang boyfriend minah buat video couple seminggu tu. Tak kisah la itu hak peribadi dorg kan. The point is tak payah nak show affection sangat terhadap kekasih hati korg depan public mcm buat video tah jadah haram. At least minah aku janji tu aku boleh tahan lagi lah cos itu just memalukan je. Tapi yang alang beez ni, Allah. Speechless!Hahahahaaha. Terkesima akak tengok video kau dik.Kejang otot otot muka ni tak tahu nak buat expression guane.Hhaaha. I'm sorry kpd peminat peminat bebudak HOT macam ni. Hahaha sebab aku memang perlu luahkan dho. Sebab makin lama macam giler annoying and to an extent jadi disgusting macam muntah!That's how I feel budak hot setuff!

Cerita dia sekarang kau nak buat video ,buat sweet sikit boleh tak. Bukan buat video rakam awek kau tengak baring pose ala model dugong kat bangku tepi taman apa tah. Then cium cium macam wangi sangat awek kau tu. Maaflah aku sebagai penonton tak dapat sniff kewangian beliau.Hhahaha!

Saturday 14 September 2013

Aku Nak Jadi Apa Ni?

Assalamualaikum and Hye!

Bosan sebenarnya sebab tak tahu nak buat apa. Semua orang busy, diri sendiri je rasa macam bajet bajet free padahal ada je benda nak buat cuma biasa lah memang dasar suka nak menangguh nangguh.

Bila bersendirian begini, aku mula berfikir tentang masa hadapan. Apa aku nak jadi in the future nanti. Sem tiga telah pun bermula. Aku di tahun kedua sekarang. Selepas seminggu berlalu, aku mula rasa bait bait kehidupanku sebagai food technology student baru sahaja bermula, kerana aku mula melihat course ini agak complicated juga.

First class dah dapat assignment. Memang berhati mulia lecturer-lecturer yg suka nak crack student's brain setalah tepu buat sekian lamanya. Dia suruh kami kaji akan claim tentang MSG non halal sebab adanya animal bones. So kita kena suggest what kind of experiment utk buktikan claim itu salah ke apa ke. Macam mana proses dlm pembuatan produk itu yg mengatakan ianya halal, apakah proses biochemistry yang terlibat. Kejadahnya aku belajar pun belum!

Lepas tu pergi ke kelas yang lain tentang sisa industri makanan. Lecturer begitu luas pengalaman nya. Cara dia cerita memang based on experience dia. Dalam buku memang tak jumpa apa dia cakap. Macam mana nak create something new dari sisa makanan. Like kelapa sawit. Orang ambil biji kelapa sawit utk minyak, tp dlm proses tu daun, etc semuanya terbuang begitu sahaja. So mcm mana kita nak make something useful dari effluent (waste) tersebut.

Mula lah beliau cerita daun made up of cellulose, banyak fiber. Dari fiber boleh proses if we have the technology proses jadi apa ke jadah tup tup keluar xylatol pastu tah hape dia bebel lagi aku pun dah lupa. Macam mana waste tadi tu nak di setelkan if dekat kilang. Macam mana 3D model kilang supaya semua machine, waste dan sewaktu dengannya dalam kilang tu tersusun dengan strategik whatsoever lah kan.

Maka aku pun bertanya kepada diri sendiri. Apa yang aku nak jadi ni. Kahkahkah. Kenapa aku tak ambil masscom ke dulu. Aku kan suka membebel. Hhahahaha. Oh well, never mind teruskan perjuangan! Kita kena belieeeveee! Memang rabak lah otak sebab ada subjek yang kau boleh based on buku, tapi ada subjek based on critical thinking, imagination, logic and sesuai dengan real life situation. Mencabar? Memang pun. Semua benda pun mencabar kan! In sha Allah everything will be fine!

Saturday 7 September 2013

Lelaki Bila Dah Sayang..

Assalamualaikum.

Aku rasa macam aku dah jadi Dr. Love pula asyik cerita pasal perangai lelaki perempuan if bercinta. Kahkahkah perasan sangat. Takde aku just terasa nak tulis entri ini sebab hasil dari berkawan dengan orang dari bermacam background and cerita mereka.

Yes look can be deceiving. Let me tell you guys about a friend of mine. Dia seorang lelaki. Kali pertama lihat dia, aku dah suspect dia ini macam stok stok mat wempitss! Well tu first impression aku, tak boleh buat apa lah kan. Dah la dia tak tinggi mana, kurus kurus je, pakai seluar skinny, muka pun macam cengkung hisap ganja je kan. Perghh teruk giler first impression aku kat dia.Hhahaha well takpe lah kita anggap orang tu jahat, sbb bila dah kenal  , aku suka bila tanggapan aku tu salah sebab itu akan mengejutkan aku.Hehehehe

Lepas tu bila kenal dia okay je. Friendly je, tak rempit, tak merokok or berganja.Hhahaha. Yer nak kata kan dia baik macam stok stok lelaki muslimin taklah sangat. Bila bercakap ganas ,celaka, cibai, gila memang jadi makanan dia bila bercakap. Lantak pi lah kau perempuan ke lelaki ke, memang kena punya lah.Tapi baik di sini adalah baik dari first impression aku tu. Nampak muka macam brutal tapi itu lah yg aku nak sampaikan, lelaki ganas mana pun dia, dia tetap akan kata perempuan keluar malam-malam tak manis, tak elok semua. Walaupun mungkin ada je la dia keluar dengan member perempuan dia ke malam -malam kan tapi still dia tak gemar perempuan balik lewat malam.

Dan pernah dia bercerita pasal ex-ex dia terdahulu, pernah satu ex yang dia cerita, mata dia macam bergenang beb. Kahkahkah, aku instead of simpati aku tergelak lah pulak sebab muka brutal ,tp cerita awek terus bergenang kelopak mata. Maybe itu awek yang dia paling sayang since dia kata dorg bersama 4 tahun, last last gf dia tu nak pi Afrika kahwin and belajar kat sana ke jadah katanya. EPIC sangat!hahahaha. Tapi point nya di sini, faham tak muka dia yang macam tu aku ingat dia jenis playboy, tukar-tukar perempuan. Tak sangka dia setia. hello!! if lelaki setia lebih dari setahun pun aku dah tabik spring kot!

Tapi dia macam benci, malas nak ingat kisah lama dia tu. Dia malas nak couple couple katanya. Dia kata tu semua sampah,bullshit! Dia umpama marah. Dia kata sebab tu aku ganas macam ni.Hahahha. Tu lah lelaki once dia sayang, yes dia sayang betul betul. And bila dia bengang dia never look back. Kau ckp je lah apa pun seperti "ala walaupun sakit, ex kau pernah juga bahagiakan kau, bg kenangan terindah kat kau". Tu semua ayat poyo. Bagi dorang kau dah buat taik dgn aku, jgn haraplah aku nak layan kau. Kau ingat aku setia bertahun dgn kau mcm tunggul , membazir masa je! *okay tu aku tambah*.

My point is walaupun lelaki sometimes tak kurang hebatnya dalam menggatal, tapi kita sebagai perempuan kena lah hargai mereka yang setia dengan kita sekian lamanya. Mana lah nak dapat lelaki macam tu yang tahan dengan kau sekian lamanya. Dan as we all know, manusia memang cepat bosan weh. Dan if memang dah bosan setelah bertahun lamanya, minta lah putus cara baik. Tak payah buat cerita epic, tu lagi menambah sakit hati!!

And yes look can be deceiving like I said earlier. Hihihi. Orang orang mcm ni aku lebih senang berkawan dari mereka yang bermulut manis macam letak madu seluruh bibir!Huh!


Monday 2 September 2013

Lelaki Mulut Manis

Assalamualaikum!

Yeahhh akhirnya tamat juga bekerja di Kitschen. Macam-macam pengalaman, orang yang dijumpai, dikenali. Seronok, boring, drama semua ada. Biasa lah mana i pergi if tak ada drama tak syok lah!Kahkahkah

So now lebih menghabiskan sisa cuti di rumah. Hari tu sempat berjumpa dengan teman-teman matriks. Berkampung di Negeri Sembilan. Thanks to Alin and her family for the great hospitality. May Allah bless you guys.

Btw, just nak cerita sikit pasal kenalan di Kitschen,seorang lelaki. Dia merupakan pekerja baru dekat situ tapi for the first time selepas tamat alam sekolah gua jumpa dengan that spesies of guy. Mulut umpama tebu di tepi bibir u ollss!

Baru kerja dua hari dah nak number telefon bagai2. I mean like ohh god ada lagi lelaki sebegini. I mean like FAKE giler weh!! Bila melihat dia terus teringat akan lelaki-lelaki poyo yang pernah di list dalam kepala otak. Pujian melambung-lambung. Ingat ladies!Bila lelaki mudah sangat memuji awak, bermakna dia pernah puji perempuan lain bnd yang sama, sebab tu ayat manis dia keluar smoothly dari mulut macam air tak tersekat-sekat.

Lelaki tu puji macam-macam. Kalau kita buat something then dia akan kata "tengoklah org yang buat pun comel". Hello thats so lame and old pick up lines ever!!Sorry lah once he said that my face was ERKK!!APE BENDA KAU MEREPEK NI DOHHH! Tahlah kawan-kawan aku ni tahu yang aku ni pantang dipuji tapi tgk orang la kot. If kenal asal usul pon aku tak tahu kau puji lebih-lebih confirm aku rasa kau menipu, fake je kan.

Hihihi lepas tu kantoi bodoh bila dia nak bluetooth lagu katanya, jadi nama bluetooth dia ialah nama perempuan,Fara. Dia kata tu nama kakak dia sebab ni tukar handphone dgn kakak dia. Kite pun haa lantak kau lah, tak perlu explain pun sebenarnya.Hahaha. Pastu saja tengok phone dia tertekan pulak dekat bahagian dialled number yang butang hijau tu gambar telefon tu. Tengok last call ada Fara my love!HAHAHAHAHA. Tapi aku buat bodoh la ,dia tak perasan aku tertekan. So the next day saja tanya weh nama kakak apa? Dia cakap nama kakak dia ape tah aku lupa tapi lain lah .Bukanlah Fara nama kakak dia. So nampak tak permainan nya?Lelaki mulut manis senang je nak cekup. So don't fall for it.

Maybe tu antara tips korg boleh try, kawan je lah kan dgn org mulut manis ni. Sebab dlm berkawan kita dapat tgk memang betul dia mulut manis atau setakat assumption kita je. So lain kali dlm bermember, cakap weh nak tgk hp kau jap. Sambil membelek-belek hp dia sambil bertanya model apa, harga beli berapa, paling mudah cek last dialled call sape.Tak perlu selongkar mesej cos lambat.KAHKAHKAH.

P/s: Puji lah ikhlas sikit lain kali. Takde lah aku suspicious!muehehehe

Friday 2 August 2013

Kad Raya Amalan Tahun ke Tahun

Assalamualaikum and hello!!

Sekejap je kan masa berlalu, dah nak sampai ke penghujung bulan Ramadhan. Huhu. Aku dengan busy kerja , semangat raya langsung tak terasa. Seriously! Dengar lagu raya macam tak ada apa-apa je. Maybe sebab nasib badan kena kerja raya pertama nanti. Waaa!!

Tapi rindu nak beraya macam kecik kecik dulu. Seronok je. Duit raya pun banyak. Now dah besar ni, orang mcm nak tak nak je kasi duit raya kat titewww. Wuuu. Tapi walau apa pun, aku seorang yang semangat hantar kad raya pabila menjelang raya. Bagi aku kad raya tu ada nilai sentimentalnya yang tersendiri.

Sebabnya bila kau dah terputus kawan dengan kawan-kawan lama sebab boyfriend kau tak suka , kahkahkah, kad raya tu la akan menjadi pengubat kenangan lama. Cewah!! Then kad raya ni tahan lama. Yelah tahan lama if kau simpan elok-elok lah kan. Kalau mesej-mesej ni, seronok juga if dapat mesej yang pajang lebar siap ada corak2  guna simbol-simbol bagai. Hhahaha pastu forward kat semua orang.hihi. Tapi mesej tak feel seperti kad raya. If kad raya ni , ada macam-macam jenis. Ada macam kartun , ada keluar bunyi-bunyi, ada yang macam skeme setakat gambar masjid je. Hhehehe.

Sebab tu aku cuba untuk mengekalkan tradisi kad raya ni. Setiap kali nak raya, aku baca balik kad-kad raya pernah aku dapat. Dengan cara itu, dapat brings back all the old good times memory despite tambahkan semangat nak raya.


Here are some of kad raya yg diterima dan disimpan. Payah nak ambil semua.Huahuahua




Kartun sebelah tu saja nak menganjing nak cakap aku gemok la tu!



Barulah nama kad raya tulis panjang2. Padahal rumah tak jauh pun.hahaha




Yeah itu lah antara memori yang masih disimpan bersama kad kad ini. Jadi apa salahnya bagi kad raya kat teman-teman. Kawan-kawan yang bajet ckp ala guna je lah mesej kan senang. Cuba kau offer dia cakap nak bg kad raya kat dia. Laju je dia bagi alamat. Huh! Poyo je!Nak bagi kat kite pemalas! Til here for now. Anyway Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance!!


p/s: tadi time kerja , Irma Hasmie and family dia datang kat kedai. Huahuahua.Okay fine tak ada kena mengena.

Monday 8 July 2013

Ramadhan dan Terawih. Ingat lagi tak?

Assalamualaikum.

Ramadhan datang lagi!Yeay! Jadi sehubungan dengan itu ingat ke tidak niat puasa?muehehe. Yela benda kita buat setahun sekali kan. Manusia mudah lupa. Normal ler..So untuk mempersiapkan diri. Meh ingat kembali niat puasa meh.




Ramadhan is month full of barakah. So selain berpuasa jom la kita ada selingan dlm beribadah ye dok. Ada masa free free kita bacalah Quran, belanja member buka puasa ke, bayar zakat fitrah, zikir and paling famous time bulan puasa of course ler terawih!!Bukan sebab morehnya,hehehe tapi terawih!!So aku nak ler cerita sikit pasal terawih kan. Cos even aku sendiri bila ikut mak aku pi terawih nnt aku tny mak aku kat sebelah sambil bisik bisik. Niat witir apa la, nak baca apa lah. Hahahahaha tak boleh blah. Time nak solat baru nak tanya. Elok benau kan perangai.




So terawih ni kita boleh buat 8 je atau if berkemampuan nak buat 20 pun boleh. Tapi tak bermaksud buat 20 pahala lebih. Sama je nilainya yer. Yang penting cara kita buat dan niat kita tu yang penting.

Okay aku citer yang 8 rakaat punya. Ini kalau nak buat secara sendirian eh.So aku cerita yang basic je la. First nak solat terawih ia dilakukan 2 rakaat satu salam. Kemudian diulang solat dua rakaat tu sehingga cukup 8 rakaat. Ia boleh juga dikerjakan empat rakaat – empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu seperti solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat or empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qur’an. Tapi aku cerita yang 2 rakaat satu salam tu yer.

Okay so bila nak solat ni kena lah mula dengan niat. Lafaz niat solat terawih :




Niat di hati:  Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Lepas tu kita solatlah seperti biasa dengan membaca al fatihah dan surah-surah lazim yang kita tahu tak kisah pendek or panjang. Or kita boleh je nak follow macam ini. Supaya time solat tak lah terfikir-fikir nak baca surah apa kan.


Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat
Rakaat
Surah
Pertama
At Takaatsur
Kedua
Al Ashry
Ketiga
Al Humazah
Keempat
Al Fiil
Kelima
Al Quraisy
Keenam
Al Ma’uun
Ketujuh
Al Kautsar
Kelapan
Al Kaafiruun
.
Haa okay kan? Dah ada list dah. If tahu satu juzuk Al-Quran , lagi bagus kalau dibaca. Maklumlah ini solat sendirian ikut kemampuan kita la nak baca banyak mana. Islam itu kan mudah.

Then after selesai solat terawih 8 rakaat, kita tutup dengan solat sunat witir.

Solat sunat witir ni boleh dilakukan berapa banyak rakaat tetapi dengan angka ganjil. Buat satu rakaat pun boleh. Tapi normally dekat surau, selalunya 3 rakaat. Tapi bukan 3 rakaat dan buat macam solat maghrib!No no no! Ia dilakukan mula mula 2 rakaat satu salam. Lepas salam, kemudian bangun and buat satu rakaat lagi. Untuk 2 rakaat satu salam tu mcm ni:

Niat di hati: Aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala
Kemudian selepas bacaan Al- Fatihah

  • Rakaat pertama
    bacalah surah Al-A'laa 
  •  Rakaat kedua
    bacalah surah Al- Kafirun.

Kemudian selesai memberi salam, teruskan pula dengan witir satu rakaat.


Niat di hati: Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala


Selepas bacaan Al-Fatihah, bacalah surah-surah ini:
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas

**Peringatan**
Bermula malam 16 Ramadhan disunatkan untuk membaca doa qunut sebelum melakukan sujud pertama.



Kesimpulannya surah untuk dibaca dalam solat witir boleh diringkaskan begini.




Kemudian sesudah salam, zikir selepas solat witir pula:


Dan kemudian disudahi dengan doa:




Selesai lah sudah solat terawih. Simple je. And jika ada salah and silap dimana mana maafkanlah diri ini dan beritahu. Anyway selamat beramal :)

*Rujukan*



Sunday 30 June 2013

Perempuan dan Scandal.

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak cerita pasal *baca title di atas*.

Well bukan nak kata yang lelaki tak ada scandal, tapi pffttt lelaki kan memang playboy haruslah ada scandal.Ops! Or senang cakap perempuan kan ramai sangat di akhir zaman ini, bagi ayat manis lemak berkrim, dan tunjukkan perhatian tanpa berbelah bahagi and selalu text confirm perempuan sangkut. Easy!

But perempuan ini, time dia tengah laris haruslah pasang ramai back up.Hahahahha. Memang dasar perempuan suka akan perhatian, pujian, dibelai manja dan kasih sayang. So bila perempuan dapat semua ini, automatic dia feeling HOT SETUFF dan bila dah nama HOT SETUFF haruslah ada scandalsss. So jangan lah juga mudah terpedaya gadis gadis yang nampak sopan innocent macam tak pernah dicintai tu tak ada scandal you know!Kadang kala dorang lagi hebat. Scandal ni boleh berlaku time dah couple atau tak. Scandal ini tak ada apa apa ikatan. Lebih kepada friends for benefit. Benefit dari segi masa dan perhatian.

Selalunya no personal feelings involved but at some point bila dah rapat sangat of course hati pun akan suka sama suka. Tapi kenapa perempuan selalu ada scandal? Bagi aku dulu time hormon baru memuncak meningkat remaja, ada la scandal ini. Sebab saja feeling HOT SETUFF walaupun sebenarnya rupa pun yang adooo katanya. Plus lebih kepada meluaskan jaringan sosial kepada mengenali ramai org dalam satu masa berlainan background was something yang interesting. Tu je la.

Tapi bila dah berumur dewasa ini, macam benda semua sangat poyo sebab buang masa dan kredit. Bila dah besar ini, banyak lagi masa aku nak digunakan untuk belajar, aktif kat kolej, basuh baju, makan, tidur, etc so macam tah lah. Maybe juga disebabkan aku dah jumpa Mr. Demok so kalau nak menggatal juga memang kena hempuk lah jawabnya. Kahkahkah. Sebab aku dah puas dengan hukuman karma where buat tak baik kat orang yang percayakan kita, lastly kena the exact payback. So aku stop.

Maybe kalau dah lonely berseorangan, keinginan tu mungkin ada tapi bukan nak berfoya foya kenal tah sape sape. Selalunya perempuan yang dah couple turut ada scandal tapi tak mengaku. Dorang akan cakap "EEEE DIA NIEWWW KAWAN I JEWWW". Memang nampak sangat "kawan" bila dah selalu text, gambar kat fb semua dia je yang tukang like and comment, sanggup call habiskan credit bergayut berjam lamanya. Huh perempuan kalau dah ada lelaki like and comment gambar dia confirm dia dah target laki tu suka dia punya. Pastu apa lagi bagi respons baik punya lahh kasi green light utk lelaki cucuk line.

Yes semua orang bersifat defensive. Semua orang akan bersikap tamak terhadap apa yang di ada. Kadang kala bila dah selalu berjumpa dan bersama, akan terbit satu perasaan bosan dengan pasangan. Ini normal. Sebab tu pasangan tends utk bermesra dengan orang lain bila peluang ada especially orang ketiga tu starts dulu. And normal juga bila sang boyfriend bengang and nak sound En. Scandal, and si perempuan akan mengamuk and mengugut nak tinggalkan si pakwe. Tapi tu keputusan terburu-buru yang akhirnya memakan diri sendiri.

Kenapa? Yela zaman kau bagai nak rak berchenta dengan si pakwe  pun rasa semuanya manis dan seronok sebagaimana yang dirasakan kini dengan En. Scandal. Ala benda ini proses kehidupan yang berulang. Kita ni poyo je kadang kadang. Sebab tu bila terkantoi dengan si pakwe setel elok elok. Yakinkan si pakwe bahawa En. Scandal setakat kawan biasa and kurangkan bibit rasa yang mula berputik terhadap En. Scandal. Kalau degil nak buat perangai lagi, beli lah number baru or pandai lah cover line the next time around. Macam tak biasa. Bagi nasihat macam mana pun, perasaan menggila dalam diri kadang kadang tak boleh dikawal.

Pepatah Inggeris menyebut Live Your Live To The Fullest. Hidup cuma sekali kan. Once you get caught pandai la cover baik punya. Kita ni perempuan nak berscandal takpe sebab once kahwin itu lah lelaki yang kau bawa dunia akhirat. Namun lelaki ni, hati dia ada pecahan2 utk dia kahwin empat!So win win situation la.

Tapi ingatlah, yang si pakwe tu juga la yang awak akan cari time susah senang and dia lah yang anda suka secara jujur dari hati pada zaman ngorat ngorat dulu. Manakala En. Scandal tu hanya terbit kesukaannya apabila anda muak dengan si pakwe. So sayang yang mana lebih jujur dan bertahan lama?

**okay itu untuk lelaki yang setia and baik yer,if lelaki macam keparat cari lah scandal dua tiga dozen buat hari depan**

Thursday 27 June 2013

"Kalau Nak Kerja Sini Tak Boleh Bertudung?!"

Assalamualaikum.

Okay hari ini aku memulakan usaha mencari kerja untuk mengisi cuti sem.So aku pun pergi la jalan-jalan dekat mall dekat dengan rumah aku. Banyak juga vacancies.Maybe sebab budak-budak SPM ramai dah masuk Uni so banyak la vacancy gamaknya. Aku pun bercadang nak kerja dekat kedai baju ke anything ke. Maklumlah dengan harapan dah kerja situ dapat la discount beli barang dia kan.Hehehe.

So aku meneruskan perjalanan aim Brands Outlet sebab ada member cakap gaji situ masyuk juga. Kebetulan ada vacancy pun kat situ. Tapi sebab ini first time aku cari kerja macam ini. Nervous giler rasanya. Selalu pakai orang dalam je.Hahaha. Pastu yang lagi satu cuak nak masuk pekerja dia semua lelaki. Seorang wanita pun tak nampak except mak cik yang tengah mop lantai dalam kedai tu.

So aku pun mengorak langkah, cover line tengok-tengok baju, pusing-pusing kedai bajet macam customer kan.Pastu line macam clear aku pun pergi la dekat cashier tu tanya dekat abang tu:

Aku: Excuse me, nak tanya pasal vacancy tu. Is it still available?

Abg Cashier: (Senyum)..Emm ada.....Tapi tak boleh bertudung kalau kerja dekat sini.

Aku:
WHAT?!!APA KENA MENGENA TUDUNG DENGAN NAK KERJA SINI!!


Okay aku cuba nak buat muka tu. Reaction aku time tu hampir terkeluar but nasib baik aku manage control. Instead of that reaction, aku just reply:

Aku: Oh really?Ohh okay. Takpe la kalau mcm tu. (Pada hal time tu aku and abg cashier tu mcm dah awkward habis cos dia mcm ingat aku sanggup nak buka tudung semata nak kerja tu)

Abg Cashier: Sorry,thank you for coming.

Keluar dari kedai tu aku still digesting apa yang telah berlaku tadi. I mean like ini dah la first time aku cari kerja kehulur kehilir macam ini, then sekali terus setepek kena discriminate macam tu. Terus down giler nak pi cari kerja lagi. Sebelah Brands Outlet tu ada Padini tapi aku malas nak masuk cos pekerja dia pun ramai lelaki and again tak ada perempuan bertudung kat situ.

Btw abg cashier tu Melayu tak silap aku. Cos aku tak perasan pula nametag dia sebab sibuk tergamam kan. But aku just tak sangka management dorang mcm tu. Aku tahu bukan salah abg tu, tak ada kena mengena dgn dia. It's just the management tmpt tu. Cos aku pernah je tengok Brands Outlet tempat lain ada perempuan bertudung kerja kat situ. Ini Malaysia okay. Ingat ini U.S country ke nak set rules macam tu. Dah memang Islam agama rasmi kat negara ini so the management should respect that. Dia tak ada masalah orang beragama Islam kerja situ cos mostly ,which is apa aku nampak semua pekerja lelaki di situ Melayu agama Islam. So kenapa perempuan bertudung tak boleh kerja situ. Dah memang tuntutan agama dia pakai tudung so what's ur problem!

Apa kena mengena perempuan bertudung dengan nak jadi sales assistant. Is this some kind of marketing strategy that perempuan tak bertudung can attract more customers?That's just PHUIHHH!hahahaha nampak tak beengang disitu. Cos HELLO aku tahu lah aku maybe tudung pun tak sempurna lagi. But as long as I wear hijab itu dikira maruah kaum wanita beragama Islam, and dia telah menghina kaum wanita agama Islam secara tak langsung. Aku tak kisah if hina aku tapi statement "kalau nak kerja sini tak boleh bertudung" memang bakar line betul.

So sampai balik rumah aku emo dengan benda ini. Last last dapat gak aku isi form kerja dekat Nichii and Kitchen and now waiting for an interview. Btw sempat juga tengok Monster University.Cool!Sememangnya Monster Uni patut keluar dulu then baru Monster Inc. But still they managed to link both stories together and that's just nice.

Til here for now!Byeee! :)

Sunday 23 June 2013

Ada Apa Hal Dengan Bulu?

Assalamualaikum.


Hahhahaha melihat pada tajuk entri ini macam sengal kan. Tapi yeah benda betul. Bulu? Semua orang ada bulu termasuk perempuan. Perempuan tak suka ada bulu banyak banyak ini. Macam aku ada bulu roma la. Siapa takde kan?!Pftttt!! Tapi yerla disebabkan ayah aku malbari so bulu roma aku macam banyak lah tapi taklah bergulung gulung boleh buat tocang kan!! Dan ada juga perempuan ada macam misai halus.Aku pun ada juga tapi sometimes aku lupa aku ada cos tak obvious sangat kan. Bulu bulu ni disebabkan hormon testosteron dalam badan kita.

Maklumlah bila dah meningkat ke alam dewasa semua dah cukup umur badan kita pun mula develop termasuklah penumbuhan bulu especially utk lelaki mostly tumbuh bulu bila dorang dah baligh. Itu apa yang pernah aku dengar lah kan yang diceritakan.

Whatever it is, masa sekolah dulu kinda embarassing la juga sebab nak juga kulit halus tak ada bulu beb! Pastu biasa la budak laki mulut memang macam @#$% ada je benda boleh jadi bahan menganjing. Cakap ada misai la apa lah. Tapi biasa la budak budak tak matang. Tak tahu pun pasal hormon testosteron apa ke jadah.

Bila dah besar ni semua chillex je. Lelaki yang kuat menganjing tu pula cuak sebab dia tak berbulu!Kahkahkah. Lelaki tak ada bulu ni malu wehh!! Cos orang ingat dia tak cukup hormon testosteron maka tak cukup jantan lah! Tapi bagi perempuan lelaki tak ada bulu kaki sexy je sebab kaki macam perempuan.Jealous youuuu!Hahaha.

Tapi bila difikirkan balik maybe sebab tu aku macam ganas kot dari segi percakapan ke apa ke. Sebab orang selalu kata suara aku macam lelaki bila on the phone. Sebab testosteron terlebih la ni!Muahaha. Ahhh tapi tak kisah lah kan apa pun. Janji realitinya I pure perempuan. Hahaha statement tah pape.

So tak kisah lah apa pun, kekurangan kita mungkin akan jadi kelebihan kita pada mata orang lain. Mungkin bulu bulu tu buat nampak manis ke.Who knows?! Contoh macam pak arab ni, i tergoda you! Tapi roomate aku semua tak suka sebab dia berbulu!Kahkahkah. So you see what my point is?! It just need the correct eyes to see it. Bagi aku bulu tak bulu, tetap handsome mamat ini!Muehehehe. Tapi kadang kadang membuat aku terfikir macam mana manusia ada yang boleh terima and suka gomol gomol dengan haiwan berbulu but not dengan manusia berbulu??HAHAHAHAHA.Okay persoalan yang agak menarik kan?Korang pikir lah sendiri kenapa?

But I guess if semua lelaki berbulu macam ini maybe perempuan ramai tak kisah ada suami berbulu!


The important is just be yourself and be confident! Proud of who you are. Maybe orang lain ada kelemahan lain tapi tak apa stay true to yourself and people will see you for who you are. :)

Saturday 22 June 2013

Kebagusan Diri Bukan Terletak Kau Sekolah Mana.

Assalamualaikum.

Apa khabar saudari saudari sekalian?Saya di sini baik-baik sahaja menternak lemak .Heee..Okay ini entri mengisi masa lapang namanya.Nothing serious pun. Just pengalaman yang pernah diterjahi.

Tamat sekolah menengah, aku teruskan pengajian di matrikulasi melaka selama setahun.Then after setahun masuk pula UPM furthering in Bac. of Food Science and Technology. Harap maklum saya bukan akan kerja as a chef or anything. Bidang kerja yang masih belum tentu tapi banyak cabangnya sama ada nak jadi Food Engineer buat mesin mesin pemprosesan makanan, jadi Food Technologist ke yang buat research pasal new product yang boleh dipasarkan. Involve dengan keusahawanan ke, ataupun tentang keselamatan dan pemprosesan makanan halal and ada lagi satu aku tak ingat. Kiranya banyak cabang la juga. I mean like as long as people needs food then selagi tu lah ada kerja ye dak!

Okay sumpah takde kena mengena dengan apa aku nak cerita .Hahahaha

Sepanjang aku masuk dari satu alam pengajian ke alam pengajian yang lain atau lebih tinggi, masa mula-mula masuk orang semua akan sibuk dengan results kita dari previous education kita. Okay to be honest aku pun nak tahu dorang punya juga tapi for some reason aku malas nak tanya and lama-lama aku malas nak ambil tahu. Sebab selalunya orang akan tanya aku dulu so bila dorang dah tanya aku automatic tanya dorang. Maybe dorang rasa insecure dengan diri sendiri and cuba nak tahu kekuatan orang lain tahap mana.Normal la manusia memang macam tu.

Tapi aku just nak kata la, walaupun aku bukan lulusan sekolah asrama penuh, aku dapat juga bagi saingan kepada mereka yang dulu dapat results KEBABOMM masa sekolahnya dulu. Sebab aku jenis ada satu perasaan bersaing yang tinggi juga. Aku bersaing sebab aku nak tunjuk yang aku bukan budak sekolah asrama penuh.Aku bukan budak asrama yg ada prep tiap-tiap malam.Aku tak ada cikgu yang nak suruh paksa belajar but eventually aku berjaya juga. Sebab masa sekolah dulu, aku dgn member selalu cakap selalu budak asrama dorg dapat results bagus pun sebab kena push,sistem dorg memang macam tu. Tapi bila masuk matriks, universiti, dorang macam bebas cos tak stick dengan rules lagi. Ada yang tak dapat keep up dengan sistem baru ni,akhirnya kecundang. Sebab tu tak pelik bila excellent student time sekolah asrama jatuh time matriks or universiti.

Tapi tak semua. Well semua depends pada diri masing masing. Tapi apa aku cakap dari apa aku nampak la. Sebab sometimes budak yang dulunya sekolah menengah biasa lagi releks and cool je bila belajar and still perform.

Sebab tu lah kalau anda adalah budak2 still bersekolah or baru masuk alam pengajian yang baru no matter anda budak sekolah menengah biasa ataupun asrama, just be yourself. Jangan tanam perasaan anda bagus. Yeah you may be good from where you are from tapi bila masuk alam pengajian baru there are a lot of people yang lagi bagus. Jangan pandang sepet dekat orang dari sekolah mana, bandar mana, kampung mana sebab setiap orang istimewa dengan cara mereka sendiri.

Dah banyak kali aku tengok, orang yang selalu cakap "ala time sekolah aku boleh je perform subjek ini", "aku rasa subjek ini senang je dulu", akhirnya jatuh sebab too overconfidence dengan diri mereka. Sebab tu aku kata, time sekolah ,sekolah punya kisah. Tak payah sibuk canang kisah kegemilangan kita pandai, cemerlang ,terbilang dekat orang if orang tak tanya. Lebih baik diam and prove to them through your results. Macam tu baru #RESPECT!

Friday 21 June 2013

Sunway Lagoon Off We Go!!!!

Assalamualaikum.

Bersempena dengan roomates aku lagi dua orang habis exam, kami pun telah plan masa study week hari tu utk celebrate nya di Sunway Lagoon! Maklumlah now ada promotion RM 20 utk all access semua park bersempena 20 tahun penubuhan Sunway Lagoon. Promotion ini dapat setiap 20 hari bulan utk setiap bulan. This promotion juga akan berlangsung sehingga bulan Oktober nnt. RM20 ni utk first 1000 customer je. Makanya sebab nak rebut tiket punya pasal pukul 6.30 pagi kami dah choww meninggalkan hostel. Ketika itu sayup sayup dengar orang baru nak mandi, bangun subuh semua. Kami pulak nak pergi melagha sanggup bangun pagi!

Dah tu terima kasih kepada Mr. Demok for driving us!Tidak macam mana nak pergi kan. Tapi Mr. Demok tolong hantar je la.Tak ada a join mandi sekali ye dak! Tepat jam aku menunjukkan 7.50 pagi, terpampang tulis RM20 Ticket Sold Out!!

Perghh menyirap jugak lah kan. Tapi dapat la juga tiket utk RM50 for the first 1000. Giler lah kan sebab aku dengar pukul 6 pagi dah sold out tiket RM20 tu. Sebab ada yang beli dah pada malam 19 haribulan tu. Ingatkan weekdays tak ramai lah kan, PUIHHH ramai je! Beratur je juga nak naik Vuvuzela bagai tu. Tapi memang awesome ohh naik Vuvuzela tu. Macam nak tercabut juga jantung aku sebab dia macam menjunam membuatkan pelampung tu terapung in the air jap. Then 5D experience macam ala-ala tengok wayang tapi kerusi gerak-gerak and kena sembur air. Seghonok menjerit!Dia tunjuk wayang macam kita ini tengak naik slides yang super duper curam pastu ada haiwan gergasi kejar kita la,ada tengkorak yang lanun tu super gergasi.Hahahaha kelakar pun ada juga.

Then kami mandi2 dekatbeach dia semua. Macam biasa la ada ramai lelaki-lelaki yang macam jakun tak pernah mandi pool menari nari dalam pool tu sebab ada music kan. And dorang macam grouping ramai-ramai sesama lelaki macam kolam tu dorang punya.Pusing-pusing dalam air tu macam buat tarian Zumba dah dalam tu sampai orang lain nak berenang renanag pun tak aman sebab takut kena raba ke apa kan.

Then around pukul 3.30 petang macam tu, kami pun keluar.Solat bagai2 semua. Terus choww pergi IOI Mall nak pi makan Soul Garden. Sebab dekat IOI Mall macam banyak choices sikit. Memang melantak habis lah kan. Daging dia sedap! Seafood semua ni dah biasa kan. Sorang kena la RM35 including tax. Tu pun dah bawa student card. And time tu dah dikira untuk dinner kan.

So overall seronok!Kenyang!Baik baik dah lose some weight naik turun tangga masa main dekat Sunway Lagoon ,gain weight balik makan melampau!Apa pon tak boleh!! =___="

Muka masing masing selepas beli tiket.

Then we went for breakfast sat.


Beratur seramai ramai orang.

ROOMIEESS!!! <3

ERK!well bukti la gi Sunway Lagoon. Kalau tak orang tak percaya.kahkahkah


Dalam kereta.Muka masing masing =___="

That duck reaction macam "Please get away from me"!hahahaha


Ni dah nak balik.weeee!