Saturday 23 February 2013

Hidup Aku Maybe Tak Sesusah Kau Tapi....

Assalamualaikum and Hye!

Hari ini tergerak hati nak cerita pasal hidup. Hahahaha bajet macam dah berpengalaman sangat je nak cerita pasal hidup. Well setiap orang ada pengalaman masing-masing yang tersendiri. Hidup as we know tak seperti yang selalu kita nak. Aku tergerak nk tulis benda ini cos aku tengok kadang-kadang ada orang selalu merungut tentang hidup dia. Tentang macam hidup dia sorang je yang payah,susah,perit dan jerit.

Aku tak lah nak kata hidup aku lagi susah. Tapi kesusahan  tu bergantung kpd orang. Mungkin pada mata kita nampak tak susah mana tapi bagi bahu yang memikul?Haa.. sebab tu juga kita selalu dengar Allah tidak akan bg ujian yang tak mampu hamba dia carry. Tak bermaksud juga kita ini kena jadi manusia yang mudah bersyukur. Maksudnya di sini, bersyukur dari segi "Ahh takpe kita bersyukur je apa yang ada".

Bersyukur di sini ialah kita redha tetapi kita haruslah tingkatkan usaha utk menjadi or mendapat yang lebih baik. Jangan lah kau bersyukur and that just it. No effort at all utk majukan hidup,diri ,etc.

Okay hidup aku budak biasa. Aku bukan lah budak yang cute-cute kat sekolah dulu. Pandai pun tak berapa nak pandai lah. Memang hidup aku average. Time aku sekolah rendah darjah satu and dua, aku tak pernah pun dapat nombor satu kat dalam kelas bagai. Aku ingat aku selalu dapat nombor puluh-puluh. Kelas ramai and persaingan tinggi. Di sebabkan itu, darjah 3, masuk ranking kelas kedua bukan kelas pertama lagi. Tapi ala aku belajar je macam biasa. Merasa juga dapat nombor satu.Hihi. Sukan aku ni memang tak aktif. If tanya aku, aku memang tak pernah langsung masuk acara padang like lari semua tu. Aku hanya pernah main ping pong mewakili daerah and bola jaring setakat main rumah sukan je.

Aku pernah je kena ejek bagai. Maybe sebab naik darjah 3, badan pun naik juga gara-gara mak aku sumbat bagi aku Appeton everyday. =____=
Aku kena ejek gemuk, koala bear,anjing bagai. Tapi memang sape yg ejek tu kena cubit, belasah lah dengan aku. Time kecil memang selekeh. Suka main peluh-peluh then bila suruh salin baju nak balik dari rumah orang tu, aku tak nak. Memang selekeh,busuk pula tu.Hahaha.

Naik sekolah menengah, aku masih tak aktif utk acara sukan lari-lari ini. Kena ejek?Yes masih je. Kembang? Tembikai? Ayam? Tupai? Semua ada.Kawan aku semua main ejek pakai nama haiwan je. Sengal kan!Tapi aku ini jenis macam cool and just mulut je membebel. Sebab yang ejek tu kawan-kawan so memang kawan-kawan perangai macam !@#$%^ sikit tapi nak marah pun macam tak sampai hati.Bila tengok dorang gelak , kita tak jadi nak marah sampai nak simpan dalam hati. Baik kan aku? ;p







Tapi aku cari kekuatan aku, aku tahu aku tak aktif sukan tapi aku involve kelab. Like aku suka berpidato so aku wakil sekolah macam tu. Then di beri kepercayaan pergi wakil tadarus Al-Quran. Walaupun itu bukan bidang aku tapi aku wakilkan je la. Then aku maybe tak berlari balapan tapi hari sukan aku suka coach budak-budak marching. Then aku involve dalam prefectorial board. Then dari pidato, teras nak jadi reporter untuk magazine sekolah. Pasal pelajaran? Alhamdulillah dia selari. Tipu la aku tak pernah fail masa sekolah menengah. Like I said, aku budak biasa yang bukan lahir terus-terus genius. Aku fail Maths masa form 2, nangis dohh time tu. Then bila fail add maths dah immune!Hahahha. Tapi aku buat la latihan plus kawan-kawan banyak membantu.Haa..Alhamdulillah makin lama aku makin rasa determine nak berjaya and rasa diri tak lah bengong macam dulu lagi. Aku selalu pegang kata kata:

 " Well I am not smart and that is why I learn. Sooner or later I will get there and be successful like everybody else. Find your strength and use it wisely, stay humble and you will gain respect"

Then bila dah meningkat besar ni, rasa nak cantik and melawa akan datang seiring. Baru la pandai nak jaga itu ini. Baru tahu nak pakai wangi-wangi. Kalau orang puji aku cantik?Aku bangga?Yes mestilah.Siapa tak suka dipuji memang hipokrit tahap maksimum la citer dia. Aku bangga bukan sebab aku tahu aku cantik. Tapi aku bangga cos aku berjaya buat orang nampak aku tak selekeh. Meaning aku berjaya dapat impression itu dari mereka.

Wempiiiitzz habis tang "kak long kak long" tu. Hahaha



The thing is, bukan semua bertuah lahir-lahir family beradamuka lawa, pandai ,etc. It takes time and it require courage. Paling penting kawan kau pilih . Bila kau kawan dengan orang-orang yang pandai, automatik kau nak pandai juga to show that you are on the par dengan mereka. Kawan dengan orang cantik, kau akan reti sikit-sikit cara nak bergaya. Macam tu la contohnya. Kita tak sempurna tapi jangan asyik merintih pasal kitidaksempurnaan tu. Instead pergi buat something that you are good at confirm semua orang akan actually notice kita siapa .


" I'm not perfect. But that is why I try to improve myself. If I keep on going, keep on changing to be better thus I will keep on improving and finally I will get there. And that's all that matters."



Yang penting minta la pada yang Esa, effort, confidence. In shaa Allah.

Tuesday 19 February 2013

New Sem, New Hope & More Friends

Assalamualaikum !

Woaahhh dah bukak sem baru !Excited la sangat kan..Hahaha.. Yeah so for sem lepas result was okay. Tak menepati target but still alhamdulillah dapat dekan.Hihi.

So berbekalkan semangat tu kita mula dengan azam baru di sem baru. For this sem, semua kelas pagi!Omaigoshh. Tak pernah nak kelas-kelas pagi ini. Adoii tapi relakan saja la. Antara subjek yang diambil pada sem ini ialah :

  • Oral Interaction Skills
  • Asas Keusahawanan
  • Management
  • Food Engineering
  • Mikrobiologi Makanan
  • Hubungan Etnik

Maklum lah ambil kos Food Technology inilah antara subjek yang kena ambil. Tak lah fokus nak buat makanan je but kena tahu basic-basic business and management . Yelah, mana tau kot-kot nak buka syarikat sendiri. Hehehe.

So far rasanya lecturers semua okay-okay. Yang bestnya dapat lecturer Nigeria untuk laboratory. Akhirnya berjumpa jodoh nak berguru dengan lecturer tu. Cos since orientasi dulu dah usha lecturer tu. Hahahahaha okay bukan pasal handsome tapi muka dia macam kelakar and dia nampak innocent.Muahahaha. Kalau senyum nampak gigi je. Hahahaha comel kan? Bosan asyik-asyik tengok muka lecturer yang memang dasar muka makan belacan sejak azali kan . So nak juga ubah selera. Wahhh gitu!

Anyway hopefully this new sem would be an awesome semester. Despite of the subjects yang tak tahu lagi hujung pangkalnya harap-harap I'll be enjoying myself!Byeee for now!

Wednesday 13 February 2013

Hanging Out With Sayangsss!

Assalamualaikum and Hye!!

Sempena cuti raya cina yg lepas , kawan-kawan yang jauh di perantauan pun pulang kembali ke tanah kelana jaya ni. Jadi dengan itu , kena lah jumpa mengeratkan lagi silaturrahim.Hehehe ayat macam karangan budak sekolah.

So kiteorang spend time . At first just keluar pergi minum je with my besties including Farhan or we usually called him , Teddy. Then the next day keluar jalan-jalan , cuci mata, makan dekat One Utama. But this time without Teddy since dia dah kena balik college. *Padan Muka.hehehe*

So sambil jalan-jalan tu, terjumpa la kawan la kiteorang yg sedang melipat baju dengan lemah lembut dekat kedai dia bekerja tu. He's a guy . Tu la skrg jumpa kawan-kawan lama macam tu la. Lipat baju la apa la. Susah sgt if plan nk jmp betul2. Benda yg tak rancang tu la selalu jadi.

Then me and Jun balik rumah Alia. Tidur rumah dia. Wee!Kesian kan dah lama kawan, baru sekarang aku dapat tidur rumah dia. Yela rumah tak lah jauh mana. Then dulu sekolah sama so hari-hari jumpa. Now dah tak macam dulu. Jadi if setakat nak keluar dua tiga jam rasa macam tak puas kot! So tidur rumah Alia. We had so much fun. Tak buat apa sangat tapi yang seronok sangat bila dapat ketawa puas-puas dengan mereka. Aku pun tak ingat the last time aku ketawa giler2 macam tu dengan dorang. See?Nampak sangat dah lama. Haissh!Plus , nanti bila Alia further studies dekat oversea nanti, dah susah nak jumpa lagi and lepak. So dengan masa yang ada kita guna semaksimum mungkin!!


Day 1
Coffee Bean, Paradigm Mall


Meet Junaida



Meet Alia



Last but not least, Teddy! (bajet rambut bieberr)



Us

Then start lah lepak and mmmmm bila dah lepak ,ambil gambar and muka masing-masing...
............






Muka aku excited lebih but Jun muka sama =__=
# Take 1

Jun
# Take 2


Jun
# Take 3


Jun
# Take 4


Jun
# Take 5










End of Day 1,



Day 2
One Utama, Alia's House











Minum petang la konon bila dah balik rumah







Yummeyyh!
After minum-minum, bantai makan roti dan macaroons tu, main- main kat luar kejap.Hahaha. Macam budak-budak main-main kat luar. Ala baru 20,okay lah main-main kat luar. Then dah nak maghrib kiteorang pun masuk rumah. While waiting for our turns nak mandi manda, inilah kerja aku and Jun. Well girls, shades, and ada cermin. So apa lagi, tak ada kerja kan. Bila lagi nak poyo macam ini! =_=
Banyak lagi gambar but only this one yang menepati syarat. Yang lain semua boleh muntah kaca terbahak-bahak.




Muahaha!Inisemuapoyo!


End of Day 2. Gambar semua nak sama posisi sama. Baju je tukar.

Basically, apa kiteorang buat that night was cerita tentang kawan-kawan yang dah lama senyap, hidup masing-masing dekat kolej, ambil gambar , tengok movie, gelak-gelak , sikat-sikat rambut Jun , etc.
Memang benda biasa and tak ada apa sangat. But bila buat dengan kawan-kawan benda biasa pun  tapi boleh timbulkan kegembiraan sebab kita spend time  together and catch things up dengan dorang. If kita tak buat then dengan siapa lagi kita nak buat macam tu. They are mine and I love youu guys!


"Friends For Life".

Thursday 7 February 2013

Pertemuan yang seketika di Kl Sentral

Assalamualaikum

Hari ini setelah sekian lama memerapkan diri di rumah ber-sleeping beauty, finally this beautiful lady dah bersedia nak keluar bersiar-siar. *okay boleh muntah kaca skrg*

Hahaha takde la, hari ini baru ada rezeki  nak keluar. Tak tahu nak pergi mana tup-tup jalan lah sampai ke bukit bintang and bershopping di pavilion. Seronok pulak dapat shopping kan, lama sangat dah gian niiee..Lagi seronok apabila Mr. Demok  belanja  temankan.

Okay bukan lah benda tu aku nak story.

Sebelum kami menuju ke pavilion, kami make a pit stop dekat Kl Sentral. Breakfast dulu kasi tank penuh baru jalan kan. Biasalah kami bukan anak berada kan. Guna public transport if nak kemana-mana. Jimat pon jimat ler. Dah habis breakfast, Mr. Demok pi atm nak cucuk duit. Aku jadi tunggul konon-konon melihat Kl Sentral, orang-orang yang terkocoh gerak ke sana dan ke mari. While aku tengah jadi ala-ala tunggul kat situ, ada pak cik yang baru lepas guna atm machine tu.

Then bila dia berpusing ke belakang dan-dan dia jalan menuju kat aku yg muka memang approachable kan. Tiba-tiba dia macam mengadu nasib dekat aku. Time tu aku cuak la jugak weh, kang aku kena pukau ke apa ke mana lah tahu kan. Tapi aku bermuka manis dan dengar apa pak cik tu cakap. Tapi dalam hati dah segala doa aku baca.

Pak cik tu bercakap dekat aku lebih kurang mcm ni cos dia ckp mcm slow but laju (aku dah la tak tahu hujung pangkal masalah dia tetibe dia luahkan so mana nk tangkap sgt):

Pak Cik: *Mengeluh* Tahla nak, pak cik ni dah tak tahu la mcm mana lagi. Dengan duit kebajikan masyarakat tak dapat. Dengan sewa rumah nak bayar lagi. Tahla nak. *sambil geleng-geleng kepala*

Aku: Yeke pak cik? Hmm..Nak buat mcm mana pak cik,sabarlah.

Okay aku blur so itu je yg mampu keluar dari mulut aku. Then pak cik tu terus menuju kaunter bank yg berada di situ. Mr. Demok yang dah selesai jolok duit dari atm bertanya. Aku pun cerita la kan. Then Mr Demok begitu concern . Aku cakap lah  kat dia :

"Beeebiiiiiiiii,kenapa risauuu jewwwww?Atototo tayunk tayunk"

Ok tipu je.Macam ini perbualan kami:

Cik Demok: La knp risau sangat? Bukan pak cik tu keluarkan duit ke tadi?

Mr. Demok: Tak, I nampak tadi dekat screen dia duit dia tinggal RM 14 je. Tu mesti dia pergi bank sebab nak keluarkan duit RM14 tu.

Agaknya memang betul cos lepas dia masuk bank tanya something kat pegawai di situ, nampak pegawai tu geleng kepala macam tak boleh nak tolong dia.

Kemudian lepas pak cik tu keluar dari bank, Mr. Demok pun bertanya kepada pak cik tu. Pak cik tu macam mengadu, mengeluh. Muka nya memang terpampang penuh dengan masalah. Satu ayat dia yang menyentap hati ialah:

"Ni, setakat jual tisu ni, berapa lah sangat"

Suaranya sebak.

Tisu tu diletak dalam plastik kecik yang warna oren-oren merah yang kita selalu jumpa kat kedai tu. Dah la pakai tongkat. Kesian sangat. Dia seumpama terpaksa meluahkan beban yang dia tanggung even to someone he barely known. Aku rasa terharu kerana dalam banyak-banyak manusia di situ dia meluahkannya pada kami. Mungkin tak banyak yang kami dapat bantu tapi harap-harap dengan dia luahkan masalah dia tu, dapat ringan kan sikit beban dia.

Banyak manusia yang lagi susah dari kita, banyak yang kita jumpa di tepi jalan minta sedekah semua. Tapi kita ignore mereka sebab kita tak tahu kisah mereka. Bila datang seorang insan yang sedang diuji Allah , meluahkan perasaan nya baru time tu rasa insaf seketika. Dan sebelum kami berpisah , dia sempat lagi offer kami tisu yg dia bawa . Tapi kami katakan takpe. Dan dia sempat mengakhiri pertemuan kami dengan mendoakan kami berjaya dalam apa yang kami lakukan sambil tersenyum dan sempat bergurau . 

Sehebat hebat manusia ialah orang yang masih mahu dan mampu buat orang lain tersenyum biarpun dirinya dalam kesedihan.

Semoga Allah memudahkan segala cabaran dan dugaan yang dilalui oleh kita semua termasuk pak cik tadi. Amin.


Friday 1 February 2013

Boyish Look?Bring It On Babeeyhhh!

Sempena tahun 2013 ini, uish rasa macam nak cuba je benda-benda baru kat diri sendiri. Penampilan diri lah.. Kalau dulu pernah cakap dekat kawan-kawan , "Aku tak kan pakai shawl without pakai ank tudung muncung tu". Sebab tak yakin dengan diri sendiri. Cakap sorang-sorang yang " eish muka aku ni panjang nanti nampak macam pelik"

But now bila ingat balik ada member cakap, "kau kena try pakai shawl melekap muka".
And guess what? Akhirnya ada lah terbuat juga. And I feel good about myself. Tak ada la nak kata nampak hot ke apa. Tapi ia tak lah teruk seperti yang dijangka. Mungkin juga kemalasan diri makin melampau nak pakai anak tudung muncung/anak tudung itik tu.

Lepas tu, setelah menyimpan rambut almost 2 tahun lamanya. Hari ini I decided to cut my hair! Kononnya nak potong pendek ala ala boyish look. But it turned out to be macam bob cut hair style. Anyway still pendek. Yeah dengan rambut yang curly berangan nak buat boyish look bagai memang tak nampak boyish lah kan. Selebet adalah. Tengoklah kalau rajin rebonding and berazam this time nak jaga elok-elok. Harapan! Bila lagi nak tengok diri sendiri rambut pendek yang berstylista. Kalau nak cerita zaman kanak-kanak kau rambut macam-macam style tak payah la. Kanak-kanak rambut
 macam mana tetap comel hoii!


Inilah gambar yang aku tunjuk dekat aunty salon tu


Hahahahahahaha!!Perasan giler kan muka aku macam model tersebut. Kau mampu pergi salon and tunjuk gambar tersebut yang kau dah save siap-siap dalam phone and dengan confident tanpa sedar yang rambut kau memang sejak lahir curly and said , " Aunty saya nak boyish hair style, lebih kurang macam ini." Gambar di atas nampak la feminin sikit . Tapi that time aku dah tekad dah. Aku just tak sabar nak tengok apa jadi. So , selepas di iron and di tata rias jadi macam ini pulak tapi nipis sikit lah dari gambar bawah ini.









Well 2013 ini, nak lah ada different sikit kan. Tak ada lah nak over apa, Tapi dare to make a lil bit difference. Ini pun ingat nak nipis kan lagi rambut ni. Bagi betul-betul nampak boyish look. Karang balik hostel mampos orang cop aku pengkid pulak!Hahahaha..

So ingat nak nipiskan lagi bahagian belakang macam ini. Alright?



 Anyway it's good experimenting with your own looks. Sebab dia macam tricky and kita tak sabar nak tengok hasil dia macam mana. Kalau hasilnya tak baik, ala tak pe .At least kita dah tahu mana yang ok and mana yang tak. Tu lagi baik dari mereka yang tak pernah langsung nak bereksperimen and stick dengan gaya yang sama all the tiiimeeee. Mungkin sebab kelebihan aku yang bertudung, so if gunting macam mana sekali pun, nobody will knows. Hihihi.

So until here for now. Remember do something that you will remember for a lifetime. At least bila dah tua kerepot tak lah kempunan nak bergaya-gaya ke apa. We are young and at this age we have to explore things and be creative. But bear in mind, it's important for you to feel comfortable baru lah nampak fabulous! Tapi sebab terlalu fikirkan pasal keselesaan, kita jadi penakut nak keluar dari comfort zone and try something new. So think about it!