Friday 29 March 2013

Maintaining a conversation.How?

Assalamualaikum and hye!

Okay hari ini diri ini ingin bercerita tentang perbualan. I don't know about you but for me selalu terjumpa dengan orang yang dia nak berbual tapi dia actually tak ada topic sangat nak cakap and lastly the conversation jadi sangat awkward and boring.

Okay bagi example mudah, macam dekat facebook contohnya. Ada kawan se-blok,se-fakulti or se- yang lain tegur korg dekat facebook. Korang kenal orang tu. Kalau jumpa setakat hye-bye je la. Tak rapat mcm bff la. So bila tegur kat fb, of course la kita balas sebab kita kenal dgn org tu . Tapi disebabkan orang yg start the conversation tak tahu nak maintain the conversation,lama kelamaan ia jadi pelik. Pastu akan timbul bunyi *krik krik* sebab masing-masing tak tahu nak cakap apa. Lastly, buat alasan kata nak tido, ada kerja nak buat, nak basuh kain, etc. Lepas tu the next time around bila orang tu online, buat-buat appear offline cos tak nak pisang berbuah dua kali. HAHAHAHA.. Yer aku mengaku aku pernah buat tapi itu macam win-win situation la,cos kita x nak rasa lagi pelik.

So macam mana nak buat if terjadi macam ini?

Okay as for me, aku jenis straight forward. Walaupun aku tak rapat dgn org tu so bila dia tegur kiter dekat fb especially lelaki. Aku terus direct cakap kau-aku je dgn dia cos aku nak clear kan situation awal-awal yang kiter tegur atas dasar kawan and not more than that. Orang kadang kala kata aku maybe a bit kasar and kuat membebel. Well biarlah if that is what they want to think about me rather than dia fikir aku jenis manja,getik getik dalam chat tapi dekat luar tak nak pula bertegur sapa.Haaaa..

Lagipun guna aku-kau ni lebih rasa macam kawan.So dari jarang-jarang tegur, nanti jadi biasa tegur sebab dah jadi rapat. Plus guna aku-kau ni lagi boleh bergurau-gurau kasar sikit. Kalau guna awak-saya ni euurrgghhh macam typical case of teknik mengorat langkah pertama. Seriously tak payah nak tipu la. Aku dah biasa dah dengar ayat-ayat macam tu.Hahahah bajet giler!

Jenis aku kalau berchatting suka type panjang-panjang baru seghonok nak baca.And paling pantang kalau dah type panjang-panjang orang yang balas tu seciput and tak menjawab segala persoalan aku. So mana conversation nak maintain if soalan yang ditanya tak dijawab. Ni dia sibuk tanya macam-macam soalan macam interviewer rather than answering the questions. Bukan kuantiti of topic yang dipertaruhkan tapi how you can elaborate satu topic sampai boleh olah macam-macam citer keluar. Ala macam korang lepak dengan member, sorang terbuka satu topic secara accident than that topic dibincangkan for hours!

The same concept applied when you are chatting ke, on the phone ke or borak-borak kosong dengan kawan anda. Itu lah sebabnya kena bagi keselesaan dulu kat diri sendiri dan orang lain, baru lah boleh berborak dengan senang tanpa rasa segan silu and tak perlu nak berselindung cara anda ketawa dan sebagainya. Kalau tak ada langsung benda nak cakap tapi hati nak sangat tegur sebab nak rapatkan silaturrahim, tegur je la. Tanya pasal benda2 biasa and maybe after a while korang akan develop sikit demi sikit. Tapi if rasa conversation tu akan menjurus ke lembah kebosanan terlampau,cepat-cepat undurkan diri supaya tak bunyi *krik krik* yang melambangkan kekosongan idea.

Lebih baik, when ada story menarik dalam hidup anda or orang tu baru lah tegur so at least ada basic topic yang nak dibincangkan. Bila dah rapat, tak de hal punyaaaa! The thing is don't push it. Benda macam ini has it's own flow.So just go with the flow and you will be alright! Hopefully anda tak jadi orang yang membosankan bila berchatting!

Thursday 21 March 2013

Saya salah, saya minta maaf. Awak jawab apa?

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Hehehe patriotik gilerr. Okayy it has been a while since the last time I updated my blog. Eww geli giler bajet followers beribu nak baca blog kau.hahahaha. Sem dua amat busy sekali. Dengan penglibatan diri dalam festival teater kolej. Bajet retisss sangat kan. Nak buat macam mana kan, dalam kolej beratus ratus
orang tapi bila benda2 macam ini muka orang yang sama je involve. Okay enough pasal kesibukan diri.

Takde story sangat pun actually. Cuma dari pengalaman diri. Dekat universiti, nak bergerak ke kelas ke,pergi mana-mana kitaorang gunakan bas. Dan untuk kolej aku, banyak lagi kolej lain dalam kawasan yang sama. Bila banyak kolej lain, banyak lah orang. Perkara biasa bila naik bas berhimpit, berlaga jasmani antara satu sama lain. Lagi-lagi pula kalau tak dapat tempat duduk. Adoii kena berdiri. Tu takpe lagi. Tapi bila ada org nak turun kita yang berdiri ni terpaksa berhimpit,kecikkan badan bagi orang belakang nak lalu.

Sebagai orang yang tak berapa nak kecil sangat ni memang biasa tersenggol mana-mana macam kepala orang lain yang tengah duduk. Dan sebagai orang yang di didik untuk berbudi bahasa of course automatik mulut kita cakap sorry. Tapi kepada orang yang kena langgar tu, buat bodoh je,muka masam je padahal kita dah kata sorry. Aku kalau langgar orang ,aku terus pegang lengan dia sambil cakap sorry.Macam adab la kot. Tapi perempuan je pegang lengan. Lelaki kang mahu kena pandang slek! Tapi sekali sekala pon apa salahnya. Muehehehe.. Okay-okay go on.

Yer mungkin orang tu dah biasa kena langgar kot. Dalam sehari dekat 10 kali orang asyik terlanggar, tersenggol dia. So penat dia nak balas balik cakap "ehh takpe takpe" or "it's okay, langgarlah lagi".

Tapi apa yang aku cuba sampaikan , tu la budi bahasa. Orang dah cakap sorry at least the least thing you could do is smile . Tu pun dah cukup baik and orang yang terlanggar tadi tak lah rasa bersalah sangat. Tapi cuba kalau mamat handsome yang langgar, cakap sorry ,mesti laju je pandang, bagi senyuman termanisss sekali. Tu lah dia diskriminasi sesama jantina. *emo*

Maybe korang pun ada terbuat macam ini tanpa sedar. Yer aku faham kadang-kadang kita letih. Kita anggap orang langgar kita benda biasa. Accidents happen. I know. Tapi tu bagi kita. Bagi orang lain?Walaupun tersenggol sikit mungkin nampak biasa. Tak perlu kata maaf mahupun cakap "takpe, it's okay". Tapi kan sopan, manis, molek if kita kata sorry if kita yang salah. Dan bagi yang mangsa keadaan tunjuklah muka manis sikit dan balas balik orang dah kata sorry. Jangan bajet buat muka diva sangat lah.

Benda nampak biasa and simple but benda itulah yang kita tak praktikkan. Budi bahasa budaya kita! Wahh!Hhehehe..

Okayyy byeee :)