Thursday 24 July 2014

Playlist Reflects Person's Current Situation/ Mood

Assalamualaikum and Hello!

Disebabkan aku cuti dan tak tahu nk buat apa plus menunggu waktu berbuka, aku pun browse la handphone android gua yang makin mengada dan minta ditukar baru. Pastu layan la dengar lagu sat. Lepas tu baru aku sedar lagu lagu dlm handphone aku tu mencerminkan emosi aku time tu.Aiceceh.

Pantas aku ambil laptop nak tulis entri ni. Iya betul, lagu dalam playlist seseorang yg recently added tu selalunya mempengaruhi emotional state seseorang ketika itu. Sebab lagu tu top tengah meletop pun another factor juga. Tapi ni aku cerita pasal aku lah kan. Lagu dlm playlist aku skrg semua lagu catchy, dengar pasti mahu menari. Maybe sebab sekarang pattern lagu lagu baru begitu. Plus hidup tengah bahagia tak ada apa yang nak difikir so lagu semua happy macam nak menari lah kan. Hahahha.  Lepas tu makin dengar, lagu tu menjurus slow slow, deep deep mcm tu. Contoh macam lagu Sephia, lagu All I want by Kodaline, terus cepat gua alihkan ke music yang lain. Baru teringat yg lagu acah2 deep tu masa tengah surviving break ups dulu. Kahkahkah.

Pastu lagi lama dengar, lagu berunsur falling in love again. Pastu baru teringat ohh, time tengah krisis break up tengah ada bait bait hati mula diusik oleh orang lain. Tu yang dok layan lagu Not a bad thing by Justin Timberlake la, lagu Bloom by paper kites la, lagu lagu evergreen lama2 dulu pun layan juga. Tapi serious la aku cakap, pada ketika krisis break up dan dilemma jatuh cinta hari hari gua layan lagu Bloom tu. Like seriously hari hari berulang ulang. Sampai lagu alarm pun buat lagu tu woahhh.

Pastu lagi browse through playlist gua, semua lagu normal2 ikut mood semasa. Kelakar juga bila dapat relatekan playlist sendiri dengan keadaan kehidupan. Hahaha

Tapi betul juga apa. Manusia ni dengan drama dia pastu pasti nak ada lagu bersesuaian yang bersamaan dgn situasi dia. Sebab tu agak2 nak kenal orang boleh browse through playlist dia. Tapi memang ramai orang pun cakap aku layan lagu slow slow ni. Lagu soul gitu. Sebab tu lagu lagu lama evergreen english songs aku gigih download balik. Hahaha.

Tu je aku nak cerita. *sambil dengar lagu How Deep is Your Love* Hahahha!

Wednesday 23 July 2014

Jangan Buat Sepah Pleaseee!

Assalamualaikum and Hye!

Well, ramadhan sudah nk sampai ke penghujungnya and now I'm not feeling well. Kuat sangat kerja, badan tak dapat tolerate. Aiceceh. Bila kerja ni dia bg motivasi dkt diri utk belajar lebih kuat dan menghargai kehidupan sebagai student. Sebab apa? Sebab kerja mmg tak best.

Plus, ia mengajar kita utk belajar bagus2 in order dpt kerja yg bagus, dpt gaji yg bagus. But dunia skrg, bukan ada degree passport utk kau duduk dlm office goyang kaki. Semua kena mula dari bawah juga. Tapi at least berbeza if bekerja takda kelulusan. Kerja dimana kita tidak punyai kelulusan perlukan masa, kecekalan dan sabar sbb kau kena gain experience by experimenting dan kena maki. Kadang2 walau gaji tinggi pun bila difikirkan penat yg kau curahkan rasa mcm haihh penat tu lagi terasa dr duit gaji yg kau dapat.

Uish panjang pulak aku membebel. Apa yg best tentang kerja dkt retail store ni ialah layan customer. Tgk kehidupan orang. Berjumpa dgn pelbagai orang. Aku suka. So far aku jumpa dengan customer yg amat bagus, peramah. Satu benda aku bangga jadi orang Malaysia. Although sometimes ada je customer yg muka masam ke apa tapi itu boleh kira dgn jari la. Yang lain semua bagus, friendly.

Cuma! Please la people, aku sendiri menganggap diri aku customer as well. Cuba lah kalau rasa tak nak beli, jangan sepahkan item especially item yang berlipat atau yg elok dibungkus dlm plastik. Memang tangan semua gatal gatal belaka. Aku faham customer nk tengok item, nk buka ,nak rasa material etc. Tapi bila rasa tak nak janganlah diporok benda alah tu konon takkan ada org perasan!Pffttt! At least lipat senonoh sikit boleh. Haiyaaa. Aku suka customer yg akan approach suruh amikkan size baju or seluar utk dia sbb dia tak berani nak mcm sepahkan item kami yg dah cantik lipat or susun. Haa aku tak kesah oh mcm tu. Dari kau memandai mandai nak space kau sendiri pastu kau punggah barang.

Aku sendiri pun if datang kedai mana mana, aku anggap kedai tu mcm rumah orang, so aku tak simply nak punggah punggah barang. Unless aku memang interested buying that particular item aku akan buka dari lipatan and if benda tu tak seperti yang diinginkan at least just quick fold and letak balik.Takda lah nak biar bersepah sebab kite respect kedai org tu.

Itu je lah rasanya masalah paling common yang kena hadap. Tapi yela katanya customer is always right. So sabar je lah. But if semua org ada attitude respect kedai org mcm rumah orang benda ni mungkin dapat ditangani. Aiceeh!