Wednesday 20 August 2014

Hutang

Assalamualaikum and Hyeee!

"Excuses are overrated, Apology not accepted" - Someone Who Can by Yuna

Aku suka lagu tu. Hahaha tiba tiba je kan nak bg tahu. Lagu tu dah lama and lama dah tak dengar ,so malam ni free free dengar lah kan.

Oh yeah rujuk kepada tajuk entri di atas. SEmakin kita besar ni makin banyak hutang mengelilingi. Kalau dulu hutang bersama kawan kawan tapi nanti dah makin dewasa hutan kereta, hutang rumah, hutang tah apa apa lagi.

Kadang kala manusia terlupa dia ni berhutang. Macam aku kadang kadang terlupa juga nak bayar hutang especially if hutang jenis kecik kecik ni. Macam tak cukup duit beli makanan ke apa kan, then pinjam kawan bape ringgit pastu dah kenyang lupa pulak nak bayar balik. Kadang kadang si pemberi hutang tadi tu pula fikir kita ni nak bayar lain kali ke apa, tup tup berlanjutan lamanya, last last dua dua lupa. Tahu tahu bila nak raya, minta halal semua benda.Hahaha.

Tapi tu dulu lah, sekarang kalau member2 pun kau tak bayar, nnt next time around pegi kluar ke apa, yg pember hutang tadi pula selamba cakap, "Eh kau bayarkan lah, hari tu kau ada hutang aku tak bayar lagi". Itu salah satu cara lah nak kasi faham dan mengingati si penghutang. Sebab apa tau bahaya hutang ni, kang kau buat amalan baik mcm mana pun, semua amalan kau pergi dkt org yg memberi hutang tu. Kalau aku si pemberi hutang tu, aku okay je. Untung untung dapat masuk syurga tak yah kena azab teruk teruk while kau kena duk depan pintu je tak lepas.

Sometimes ada juga situasi dimana kita pun penat dah nak meminta hutang, sebab jadinya yg pemberi hutang pulak rasa malu nak pergi ingatkan berkali kali mcm dia pulak yg mengemis utk hutang pd hal itu memang hak dia. Pernah lah rasa pengalaman mcm tu lagi lagi masa JPA aku masuk lambat dulu kan. Memang sedih lah juga, duit nak minta kat mak bapak dah malu, nak minta hutang sendiri pun dah rasa malu pd hal itu memang hak kita. Sampai tak makan nasi, menangis sorg2. Aku mana boleh tak mkn nasi. So bila tak dpt makan nasi rasa mmg dah susah lah time tu. Apatah lagi org yg mmg dilahirkan susah ,lagi lah tabah jalani hidup hari hari kais pagi makan pagi kais petang belum tentu makan lagi.

Ceh buat cerita sedih pulak kan!

Tapi betul lah. Bila time orang susah, kita on the spot kasi tolong, tak de lengahkan pun. Tapi bila kita susah tak de sapa nak faham situasi tu pula. Yela kita pun faham orang zaman skrg semua benda nak guna duit, tapi yelaa kalau sampai berlanjutan bertahun nak faham mcm mana pula tu kan kalau org tu mmg mampu sebenarnya. Kadang2 keluar tgk wayang, makan, lepak boleh cecah puluh2 ringgit juga apa.

Aku bukan apa, tapi peringatan utk diri sendiri juga. Sebab bnyk juga lah akibat org tak bayar hutang ni. Bagi aku as long org tu hidup wajiblah dia bayar hutang if dia berhutang dgn aku lah. If dia dah mati, in sha allah aku halalkan lah. Dah berhutang ni, doa pun susah nak dimakbulkan plus amalan kau pun tergantung. Sia sia je hidup mcm tu. Belum lagi org pemberi hutang tu doa ke apa. Sebab kalau kau sengaja melewatkan membayar hutang nya, si pemberi hutang dah masuk jadi orang orang teraniaya dah. And we all know doa org teraniaya ni in sha allah senang dimakbulakan.

Aku tak lah ustazah tapi kita belajar juga benda benda mcm ni dr sekolah lagi. So dah besar masing masing dah tahu. Manusia mudah lupa, memang betul. Jika aku ada berhutang ingatilah aku. Dan jika kau berhutang ini cara aku mengingatimu. Huishh bunyi mcm drama drama je. Hahaha but benda betullah tu. Haha.

mmmkaaayyy byee!




Friday 15 August 2014

Stalking Habit dan Perempuan

Assalamualaikum and hello people!

Semalam lepas four years meninggalkan high school berjumpa dgn budak budak kelas yg masa sekolah aku pun tak rapat sgt. Seronok juga sebab time sekolah fikirkan mcm anti sosial but skrg dah semakin berubah. Hahhaha.

Oh yes speaking about stalking habit ni. Memang habit manusia untuk jadi busy body. Dia bukan lah busy body ala ala mak jemah gitu tapi dia saja nak tahu perkembangan orang orang sekeliling. Aku memang dari dulu lagi jenis stalk stalk orang ni, tapi sekarang mcm kurang sikit sebab busy mencari nafkah utk diri sendiri. Aicececeh.

Pernah hari tu aku pergi beraya rumah kawan aku time matriks dulu. Lepas tu dia dgn drama love life dia tak berkesudahan dan dia cakap dia stalk bf dia. Okay itu normal lah kalau kedengaran begitu. Semua orang buat kan? Lepas tu dia kata, dia stalk bekas kekasih boyfriend dia juga. Hhahahahaha for once orang mengaku benda tu sbb selalu benda mcm tu orang tak mengaku. Even aku pun stalk je ex girlfriend boyfriend ke apa kan. Just nak tgk orang tu mcm mana, ni semua bajet bajet insekiyo (insecure) lah tu. Mana tak insekiyo, dok asyik ngadap twitter retweet quote quote cintan, movie lines, dan drama manusia yang konon relatable dgn hidup sendiri, tu yang jadi mcm tu !Hhahahaha.

Tapi gua stalk mcm tu je dan tak stalk lagi sbb buat semak kepala otak je pun. Sebab si dia dan girlfriend lama dah tutup buku dah. So buat apa nk sakit kepala fikir pasal bagus nya dia berbanding aku ke apa kan. Padahal tak de kaitan dengan aku pun so perlu ke aku kisah?

Plus pernah je aku stalk ex aku. Itu pun normal la. Sebab nak tgk life dia mcm mana ke apa. Hidup atau arwah. Mana lah tahu kan. Sebab dah tak bercontact mcm dulu dulu. Sebab it comes to a sense yg korang stalk bukan sebab sayang ke apa, tp just sebab nak tahu je. And lama kelamaan perasaan tu akan hilang dgn sendirinya. Dan pernah je juga aku stalk ex aku punya orang baru. Tapi like i said lama lama mcm malas sebab bosan. Sebab tak ada apa yang menarik untuk kau tahu sibuk sibuk hal orang. So automatically kita akan memblahkan diri tanpa disuruh.

Aku sangat glad bila orang yang kita nak stalk tu private profile ke apa, sebab sekali gus akan menghentikan niat aku nak stalk. Bila niat dah terhenti, memang aku akan "Alright moving onnnnn!!" Bila orang tak private ni, dia menyebabkan kita asyik nak tahu , dan nak tahu lagi. Sebab tu aku akan start private juga utk bagi kesedaran yang sama pada orang yg rasa rasa nk stalk aku. Aiceh bajet je mcm ada orang nk stalk kan. Feeling retiss sangat. Phuiih! And at the same time bila aku dah private, aku akan buat seolah olah aku mengasingkan diri dari orang yg aku rasa akan stalk aku umpama macam aku tak wujud je kat dunia ni. Kiranya dia takde clue langsung apa apa pasal aku. Itu je lah caranya nak kasi org fed up nk stalk dan anggap mcm kau dh tak wujud je kt bumi ni. So kalau aku dah tak ada ke apa, untung ada orang bagi tahu, mungkin barulah tahu kot. Hhaha

Kadang kadang semua social media kasi public aku pun tak tahu kenapa. Macam senang sgt nak kasi orang tahu pasal aktiviti kau, gambar kau, circle of friends kau, family kau. Semua benda tu easily exposed mcm tu je. Motif nak tayang kasi satu dunia tengok?Tak rasa takut ke? Call me being paranoid but yeah mcm tak special sebab semua orang boleh access kepada kehidupan anda. So mcm tak best lah.

One thing aku perasan pompuan kalau bab bab stalk ni dorg quite hebat lah. Cari sampai ke lubang cacing woah. Hhahaha. Sebab aku pun mcm tu dulu. Baru gaduh sikit pasal seseorang pompuan ke atau orang ketiga, habis aku selongkar dari fb ke twitter ke skype ke blog ke instagram. Hahahaha! So jgn main main dho dgn pompuan. Diaorang buat kajian teliti kalah fbi.! Pastu siap relate tarikh tarikh sekian sekian untuk track korang menggatal sejak bila,  berapa lama. Lagi parah bila benda tu start bila korang dah couple dgn sidia, so nanti igt curang la apa la. Haihh pompuan pompuan!Asal complicated sangat !Hhahaha

Wednesday 6 August 2014

Buat Pertama Kalinya

Assalamualaikum and hello!

Okay sebentar lagi nak siap siap pi pangkor tapi lepak rumah aunty dulu dekat Cheras. Masih jobless dan the "best" part tak dapat pergi kawan kawan punya open house this weekend!Blerghh! Plus pasal holiday dgn member dkt penang tak sure dapat join ke tidak since I still need money tho nak masuk college nanti.Haihhh!

Whatever lah kan. Letak tepi dulu la benda tu. So far life has been good. Alhamdulillah I finally got the chance to meet his mom and sister. It went well. Feewwhh! Gua punya cemas tak tertahan tahu tak. Masa nak jumpa adik pun tangan dah sejuk habis. Cuak woahh lelaki yang ada ramai siblings perempuan, sbb perempuan standard la tends to judge. Siap pernah tanya member aku lagi mcm mana dia judge kakak ipar dia dulu. Haa!

Tapi seriously alhamdulillah sangat sangat sebab for once dapat rasa perasaan accepted. Tak rasa mcm family orang lain pun, rasa mcm family sendiri. Mcm awkward sikit sikit tu ada la but credit to his mom for being damn understanding and just made things so much easier. Hahaha so the tips for whoever rasa nak pergi rumah boyfriend jumpa family, senyum all the way dari masuk pintu pagar rumah lagi!Hhahaha. Lepas tu, gua datang datang terus masuk dapur tgk mak dia masak kot. Tu lagi satu tips baik punya. Sbb dah kena warn awal awal suruh sibukkan diri. Jgn datang datang terus duduk tunggu air datang. And yess make conversation dgn mak dia! Since mak dia tgh masak while aku dtg, so aku mmg bertenggek kat dapur borak borak. Takde la tolong masak pun tp yeah just berborak sbb nak kenal. Aku beruntung sebab mak dia mmg sgt sgt senang nk berborak.

So ladies take note oh benda benda mcm tu. Buat muka tak tahu malu. If kau malu malu sangat diam jeee, mcm tak best pulak. Mst la kita nak enjoy time kita dtg rumah orang, so just be yourself. Plus maybe sebab dia jenis berterus terang dgn family dia, dia dah cerita sedikit sebanyak pasal aku dkt family dia, jadi takde lah mcm payah sangat. Mmg bila datang tu, mak dia dah tahu information sikit sikit pasal aku and family aku mcm mana. So dtg face to face ni more to nak tgk lulus ujian pertama in terms of giving good impression. Haa gitcheww.

Some of the tips that can be used and practiced. Sbb kdg kdg kita bukan tak nak tolong ke apa, tp dah terbiasa pegi rumah kawan tunggu air dihidang duduk kat meja makan tgk tv. Sebab rasa diri kita tetamu. Betul tu cuma offer untuk tolong salah satu cara nk amik hati. Bukan aku cakap tapi ramai orang ckp mcm tu dkt aku bajet sbg tips persediaan katanya. Kahkahkah. Sbb aku takde experience jumpa parents org official mcm tu. Tak pernah okay! Jadi aku bersyukur la dapat merasa untuk pertama kalinya dan ia berjalan lancar.

Til here for now,
Much love!