Tuesday 20 January 2015

Helah Kau Buat Bila Ada Gf/Bf

Assalamualaikum and Hye!

Aku baru lepas call kawan aku wishing her birthday. kay detail sgt nak bg tahu kan. Dari conversation tu terdetik ilham nak buat entri ni.

Masih segar dalam ingatan even sampai skrg pun maybe buat benda yang sama. Buat apa? Dari zaman kanak2 sampai lah remaja sampai dah dewasa ni, mcm aku family aku bukan open sgt especially when it comes to relationship. Dia sporting buat buat tahu tapi tak nak ambil tahu sangat. So kena la kreatif bila dah ada boyfriend mcm nak keluar ke apa ke cipta alsan.

Plus, aku bukan jenis selalu boleh keluar rumah. Bukanlah kena kurung tapi memang dah mcm tu, kang ada je sebelum keluar kena siasat mcm mcm soalan keluar. So aku keluar sekali sekala je baik dgn kawan atau pun boyfriend ke apa dulu supaya tak suspicious. Hhahaha. Sometimes kelakar bila fikir balik apa kita sanggup buat demi keseronokan dan kegilaan remaja pada zaman tu. Maklumlah hormon meningkat, perasaan ingin tahu, perasaan ingin bersuka ria, perasaan utk mengabdikan memori utk simpanan sendiri.

-Setiap kali nak keluar mesti ajak member yg parents kau percaya. Tak psl2 member terpaksa berjln temankan kau dating.

-Lepastu dah up sikit, guna nama member je padahal member tu tak ada pun and kadang2 tak tahu menahu kau guna nama dia.

-Sengaja nak balik hostel awal sbb nak keluar punya pasal. Atau cakap balik rumah lewat dgn alasan kemas bilik tapi kau sibuk nak keluar.

-Cakap busy tapi sebenarnya kau nak keluar.

-Kalau on the phone, pandai cover line by ckp ganas2 if dpn parents ke apa. Lepastu laju je ckp, haa mesej lah. Ok bye. Hhahaha

-If nak bg kad raya, tulis banyak sikit sekali dgn kwn2 utk cover line supaya tak kantoi sebenarnya ada kad raya utk boyfriend sendiri

-Dekat phone, save nama bf biasa biasa je sbb tak nak kantoi if dia call, kita boleh kata kwn biasa je

-Semangat siapkan kerja, kelas ke apa ke, sbb nak habiskan masa lepastu dgn bf/kwn

Benda benda mcm tu la antara aku pernah buat. Tapi yela kata pun remaja. Fikir nak enjoy je. Bila dah besar sikit, dah tahu fikir. Sbb dah pernah merasa seronok tu kau pun kdg2 lebih tahu menilai apa kau nak kdg2. Sometimes rasa malas dlm diri lagi melampau lampau dari nak keluar keluar tu. Tu la proses kehidupan.

Time utk org kita sayang, baru lagi , rasa excited to do all the stuffs together, buat hobby bersama la, keluar ambil gambar sama sama, kata pun nak abadikan memori gitewww. Kelakar rasanya. Setiap org cerita dia berlainan. Aku punya biasa je tak advance sgt rasanya. Takde lah to an extent menyelinap keluar rumah ke apa kan. Hhaha MELAMPAU namanya tu.

Memang la dasarnya menipu parents la kan. Tapi sbb bila kau ckp bnd betul sama ada kau tak dapat keluar langsung or memang mcm mcm soalan nk kena jawab. Tapi itulah parents kan. Someday aku pun akan jadi mcm tu juga, siapa tak sayang anak oii. Tapi bila dah besar ni, tak lah strict mcm dulu lagi tp still lah ada curfew kan tak boleh balik lewat malam. But, if tny nak keluar dgn siapa, tak de lah aku tipu. Kalau keluar dgn kawan lelaki mmg ckp je straight keluar dgn sapa. Sbb dah besar parents pun tahu mana satu yg kau katakan betul org ni kawan mana bf or etc.

Monday 19 January 2015

Harapan 2015

Assalamualaikum and hello.

Oh well it might be too late to wish happy 2015. But yeah tak ada idea nak membebel apa. Nothing interesting to be shared.

Oh yeah since dah 2015 ni, on February akan start la internship training aku dkt massimo factory. Tak tahu nak expect apa but just hoping for the best. Excited? Of course la sbb nnt selama 6 bulan tu berpraktikal. 6 bulan la kengkonon setiap batch roti keluar dari kilang ada sentuhan fatin najiha. Okay tipu je semua benda pun guna machine kan. Hhahaha.

Based on the title entri ni pun, actually i don't really like to put hope into something. Because maybe i'm scared of getting hurt. Tapi aiceceh mcm poyo sangat je kan. Well harapan selama setengah tahun utk 2015 ialah internship akan berjalan lancar and awesome and bnyk trick trick dlm sesebuah food production boleh dipelajari. Lagi setengah tahun 2015 pula is where aku akan masuk final year semester pertama aku. Itu memang tahu hidup sumpah hectic tapi harap boleh cope with everything. Macam tak biasa kan.

Harapan utk benda lain? Hmm..Just hoping for org yg ada di sekeliling remain tanpa ada kekurangan ahlinya. Tapi jgn letak harapan dkt manusia lebih sgt kerana manusia tu lemah dalam menghargai. Jadi kita go with the flow and whoever comes and go always give some lesson to you in return. So don't worry. Other harapan lain ialah utk melancong!Hahaha.

Org ckp kumpul duit nnt nak kahwin. Well aku nak kumpul duit nak melancong. Maybe aku dh malas nak fikir akan kepuasan atau apa org fikir. Duit boleh cari kann. Baik habiskan utk diri sendiri rather than ada duit selalu spend utk org lain or bnd bkn2 aje. Baik pergi melancong meluaskan fikiran. Itu salah satu harapan aku iaitu jgn fikirkan psl org lain sgt yg belum tentu fikir akan kita. Sounds a lil bit heartless but tak ada mcm tu. Lebih kpd if kau perlukan aku, aku akan ada. Tapi aku takkan cari kau melainkan aku terdesak.

Banyak pula harapan dia.Hahaha. Katakan pun harapan so lantak la nak berharapan mcm mcm kan.

Terbang terbang tinggi walau tanah di kaki kan ku cari langit. Terbang terbang tinggi awan biru menanti bersama pelangi