Friday 20 November 2015

Susah senang sama sama.

Assalamualaikum and hye!

Sekarang pukul  3.33 pagi.

Yess aku baru habis buat segala mak nenek punya assignment. Aku just rasa ada benda perlu diluahkan.

With upcoming product launching day, life has been hell so far. Being a food technologies not only involving food tau. Main dengan packaging. Designing. Engineering parts. Chemist sikit. Aku rasa mcm serious lahhh semua bnd bnd ni kiteorg kena ambil tahu. Pada hal dalam industry nanti, bukan pakai semua bnd tu pun. Tapi whatever lah kan.

Bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya.

Tadi aku pergi pasar malam. For once, aku dpt melihat kebaikan berlaku berganda ganda depan mata akan sikap Malaysians kita. Sebab org tak ramai sangat so boleh perhati orang sikit sikit.

First, ada makcik meminta sedekah di pasar malam. Ini common untuk dilihat di pasar malam kita. Tapi mak cik tu bawa anak umur dlm 6-7 tahun. Buah mak cik tu jatuh bergolek. Then ada uncle chinese ni tolong ambilkan and pass kat makcik yg tgh duduk dekat jalan tu sambil pegang kepala anak dia suruh pi kat mak dia sebab anak dia macam merayau sikit.

Second, peniaga melayu and customer chinese. Uncle dia bagi duit Rm10 kat bro tu sambil mcm ckp kasi balik duit. Bro tu terpinga sbb dia pun blur busy layan pelanggan. Bro tu. Bro tu tak amik duit tu, dia pi bg lagi Rm 10 kat uncle tu sbb dia pun tak faham apa uncle tu cakap, Pastu uncle tu "bukan bukan. Kasi I RM 1. Baki i RM 1 je. Lu bagi RM 20 rugi la you". Aku pun mcm waaahh bagusnya masih ada manusia yg jujur. Tapi agaklah perbezaan rm20 and rm1 besar pulak.

Third, abang bangla jaga tengah beli belah di pasar mlm. Sambil dia berjalan, dia terus hulur duit masuk dlm cawan makcik minta sedekah yg aku citer awal tadi. Org luar dtg kerja tempat kita bg sedekah dekat org kita yang masih mengemis di negara sendiri. Plus, org luar lagi rasa peduli nak taburkan duitnya yg hanya bergaji seorang jaga kepada makcik tu berbanding org lain yg hanya lalu tepi makcik tu mcm tak ada apa apa.

Termasuk aku lah tu.

Sebab aku tgk mak cik tu sihat je. Anak pun sihat tak cacat anggota. Aku agak skeptikal dalam beri sedekah pada golongan sebegini. Maaf aku berfikiran begini tapi Islam pun tak mengajar kita mengemis. Lainlah if makcik tu mmg uzur itu lain. Ni mak cik tu muda lagi. Tapi yela kesusahan org tak boleh kita nak tahu or judge.

Selain itu, satu luahan hati sendiri, bila kadang2 kau minta tolong dekat org yg kau rasa boleh tolong kau sebab kau kenal lama dengan dia or penting dalam hidup dia or apa apa lah, tapi dorg tak boleh tolong and biarkan kau terkapai2 tanpa tanya "nak tolong apa2 yg lain tak?". Kadang2 org yg kau kenal time kerja part time tak kenal asal usul sgt pun, keluarga pun tak pernah jumpa, yg boleh sanggup nk tolong kau dari segi kerja kau, kewangan, etc. Walaupun dari segi luarannya maybe nmpk mcm jenis2 tak baik je.

Manusia. Sedih sikit bila kenangkan mcm tu. Tapi nak buat mcm mana, once kau dah tak penting lagi dalam hidup dorg, you are nothing.

Betul org cakap, bila kau susah, kadang2 kawan2 kau yg tak belajar tinggi, yg gangster ke, yang org dok cakap sosial lebih la apa la, dorg yg offer untuk tolong tanpa perlu kita tanya lebih2. Kawan2 kau belajar tinggi2, pakai smart2, muka lawa handsome, boleh tolong TAPI tgk masa dorg. Kita kalau tengah susah mana ada tahu masa org kan?

p/s. Thank you partner Kitschen. :)