Showing posts with label mencarut. Show all posts
Showing posts with label mencarut. Show all posts

Wednesday, 30 January 2013

Mind Your Words pleeasseee!

Manusia memang sifatnya suka menilai. Apa dia dengar, lihat, nampak semua akan dia nilai ikut pandangan dan akal fikirannya. Aku? Yes, aku suka memerhati dan menilai. Kalau ada yang tak kena dengan mata aku cepat je aku cerita dekat kawan yang ada dengan aku at that exact time.Kalau tak aku jadi macam cacing kepanasan sebab memang sifat aku kena meluahkan.








Bukan mengutuk tapi based on logic thinking , sometimes kita macam pelik or has something to say about something. Sebab tu memang aku tak suka berseorangan if pergi mana-mana. Suka ada teman. Kadang-kadang sebab kawan yang memang dah masak dengan perangai aku, even ada yang pelik dekat mata dia, dia yang notice dulu daripada aku.

Tapi opinion aku just berhenti setakat situ je. Aku tak meleret bawa sampai ke social network semua.

Aku pelik dengan perihal manusia sekarang yang just simply write anything yang mereka rasa without thinking the consequences. Aku dapat rasakan if aku dekat tempat dorang pun maybe aku panas/tak suka/benci etc juga. Tapi kita siapa nak kutuk depan public sampai macam tu. Walaupun kita tak sebut nama ke apa ke, but still ia tetap salah. Lepas tu manusia yang sama baya dengan dia "like" secara bergerombolan and comment ramai-ramai guna bahasa yang censored.

Maybe sebab hanya berani bercakap melalui alam maya buatkan orang macam ini berani meluahkan pendapat dia tanpa tak nak untuk tunggu jap lek lu pikir ayat elok sikit baru update. Ni ada je idea utk update status membahan org laju je! 

So secara tak langsung orang yang buat mcm ni lagi teruk perangai dia. Sebab dia dengan tak sengaja dah membangkitkan kemarahan org lain dan comment mencarut. Status tersebut menjadi satu medium dosa di situ. Nampak tak permainan dia? Kalau yer pun kau niat nak menyedarkan orang, guna bahasa elok sikit. Ini tak. Contoh :

" Kau ingat kau cantik sgt lah pakai ketat , duduk tepi jalan sambil usha lelaki yang lalu lalang. Macam @#$%^. "

" Weh betina sundal, kau ingat kau hot sangat lah"

See? Lagi sedih if ayat macam tu keluar dari seorang gadis yang comel molek dan ayu bertudung ,tak pun lelaki handsome semalaya. To be honest aku pun tak lah baik sangat dalam pertuturan tapi dengan kawan-kawan aku lah. Dorang tahu aku memang bergurau kasar sikit. Tapi takde lah keluar sundal lah, betina lah, jantan lah bagai.





My point here is, if yer pun kau tak suka somebody and kau nak update status bg org tu terasa cukuplah sekadar bg ayat makan dalam dan berunsur ilmiah sikit. Tak payah nak guna perkataan haram jadah sangat kan. At least show maturity lah sikit. Jangan downgrade kan diri anda ke tahap yang org pandang dengan pandangan hina just because dari apa yang anda tulis.  Kata pergi sekolah dari darjah satu sampai tingkatan lima, takkan tak ada bahasa elok yang kau boleh guna?

Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata badan binasa. *Cewah, feeling Karam Singh Walia*

Bak kata P. Ramlee "Bahasa menunjukkan Bangsa" taauuu

Kita mungkin tak boleh nak jadi baik dalam satu hari but at least try ubah benda yang korang selalu buat untuk jadi lebih baik. It may looks simple but sometimes simple things macam ini lah yang susah sebab ia dah sebati dengan diri kita.

Like I said " Jangan downgrade kan diri kita ke tahap di mana orang akan pandang hina hanya disebabkan apa yang kita tulis"

Wednesday, 9 January 2013

Sampai Bila Kita Perempuan harus Dikutuk?

Assalamualaikum and Hello!

Oh well melihat pada tajuk entri first kali ini agak daring.. But this is what happens nowadays. Perempuan dikutuk sebab apa? Sebab cara mereka dress up, cakap, jalan, make up etc you name it girls. Siapa yang tukang bahan? Boleh jadi another kaum hawa yang lain or simply guys yang memang mulut dia yang mcm puaka laser!

Tapi babe-babes semua  " pokok tidak akan bergoyang kalau angin tak tiup dia " !Yess itulah perumpamaan yang sesuai. Orang takkan nak simply kutuk without any reasons adik manis. Ok so apa sebabnya anda mungkin dikutuk tanpa anda sedar/tak sedar/memang anda rasa anda hot so that's why people keeps talking about you! (ERK!)

1. Pemakaian setepek terlampau
 Okay ini memang tak boleh lari dengan most girls yang ber-hijabista zaman ini. Tak salah korang nak melawa but jangan lah over the top sangat. Meaning, tak perlu lah kau nak tepek aksesori seperti kumbang,kupu-kupu bagai atas kepala korang dah jd mcm zoo negara. Cukup lah kalau korang gian nak pakai sangat sekadar satu dua tu pun with size yang comel je.

Ada pula yang letak cekak.Pakai tudung letak cekak buat apa dik oiii?!Eee sakit pulak hati kiter ni!Jangan lah kita dibahan atas sebab remeh mcm ni. Cekak tu utk org free hair yang nak pastikan rambut dia terkemas rapi. Kalau korang pakai tudung tambah kupu-kupu, cekak, tambah lagi ray ban sangkut atas kepala kenapa tak letak je crown, bling bling lain semua. Biar nampak perhiasan bergerak!



Gigih woahh lukis ni.Tangan tak seni.Harap maklum.




 Lelaki memang pengutuk yang dahsyat! Kadang-kadang dengar dorang berkata muka kalau dah haru pakai apa pon tak mengubah apa pun. (statement kurang ajar kan). Tapi memang ada benarnya. Cuma kita boleh jadi cantik mungkin bukan dari features kita tapi dari gaya kita berpakaian.Kalau kemas,elok je pakai sesuai dengan badan orang pun sedap mata memandang.Hati kumbang yang ada pun terpikat.Aiceceh.


2. Kasar
Ini pun ada jugak perempuan kasar. Kasar dari segi guna bahasa yang kasar seperti mencarut dan lagi satu memang suara dia kasar atau garau atau besar. Tapi if suara rock mcm Ella then nothing we can do. Itu dah memang sexayyyy!Tapi ni kasar mencarut. Mengucap panjang time ada aktiviti tarik tali di kolej ada sorang awek ni dia cakap " Wei sial cepatlah start,seluar aku nak koyak ni sial". Mencarut sokmo!Rasanya dia memang org yg jenis ckp kasar tapi ni depan public kot. Come on girls. Jangan jatuhkan martabat anda depan lelaki.

Ada member saya cakap, kalau perempuan ckp mencarut memang dia pandang hina kat perempuan tu. Perempuan se-brutal manapun,dia akan ada sifat kelembutan tu. Tak kisah nk brutal if dia memang mcm tu tapi bahasa tu!Kecek molek sikit!!


3. Style Hijabista
Selaras dengan pemakaian setepek, "pesen" (gaya) fashion tudung pun berubah. Kadang-kadang mcm nak tercekik di buatnya sebab konon pakai shawl ke apa jadah tu dapat buat kita rasa seperti aku lah perempuan muslimah stylista!awww!HAHAHHA. Tapi ada bagus ye dak, sebab bila pakai shawl ni, ada yang bila nak style kan shawl tu " haa ni kite kena tarik tutup dada sikit". Tapi hakikatnya if pakai tudung bawal selempang kiri kanan then jalaannn!!Tak kisah tutup dada ke tidak.

Tapi ni yang shawl tak kena colour dengan baju,bentuk shawl x kena dengan bentuk muka. Ladiesss!!Tolong lah jangan mcm ni.Malu tau tak.It's not about being confident about what you wear tapi it's about be alert with appropriate styles that suits you. One style may suit with somebody but it does not mean it will suit you too. Teringat ada cik awek ni dia pakai baju kurung yang ada corak bunga warna biru sikit, kuning sikit.Baju tu tanah nya warna kelabu. Tudung dia syria double layer.Di mana layer yang dalam warna kelabu dan lagi satu layer warna biru.Anak tudung dia warna kuning.

MMM!!Okay you got the idea right?(tangan x seni)



4. Bajet Hot
Sounds cliche but ini lah yang always jadi perbualan hangat dalam sesi kutukan.Cam mana dia bajet hot?Okay mcm ni. Bajet hot bukan saja berlaku dalam kalangan yang memang hot tapi ada yang x berapa hot nak bajet jugak. Bajet cara dia jalan yang mendada nak tayang apa??Motif? Pastu bila berdiri tegak, sengaja mendada secara tidak langsung tulang belakang kita kan curvy like kan. Lalu menampakkan bentuk curve badannya dari atas sampai bawah bajet mengiurkan. If yang buat ni memang hot stuff habis k fine. But if tak?Erk.

ooooo Sexaayyyyy!!Opp Opp Opp!



Ada banyak lagi tapi I guess you know better. Kita sama perempuan,kadang-kadang kita cakap org kita pun ada buat jugak. It's okay if we realize. Ni yang tak sedar diri ni yang payah.

You may said " alahh I pakai mcm ni ada je org ckp suka gaya I, cantik, x de nya kena kutuk2".Well good for you if memang muka dah cantik,putih gebu.Tapi muka yang ada-ada macam kiter ni pakai mcm awak mana lah sesuai.huhuhu.Yes kita kena ada gaya and kita kena confident tapi bertempat.If nak confident all the wayyy pun tak boleh.I don't like girls kena jd bahan bila lelaki bercerita you know.Korang rasa korang mcm lawa bila kai pandang sengih2 bersama geng2 dorg but actually they are kutuk-ing you and you perasan2 dorang suka.

Kita kena set our standards.Don't simply wear something merepek yang korg nmpk ada org pakai nmpk cantik.Pakai tny kawan lawa ke tidak. Sometimes kawan nk sedapkan hati.Tu lagi satu tak leh harap kadang2.HAHAHA. So kita kena pandai baca air muka. If bila kita tanya "cantik tak?".Jawapan dia agak lambat and dia mcm pndg atas bawah dulu and cakap " haa okay la..." that means it's not okay!!Jawapan mcm tu nk sedapkan hati je.Dia bila korg  pakai something nmpk sweet muweet je,terus automatik pujian dtg melayang ckp "eyyy lawa kau pakai cam ni" that one memang betul punya!

So good luck and hopefully kita tak dijadikan bahan gelak ketawa oleh orang lain!Stay fabulous but in a good way alright!