Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Saturday, 22 June 2013

Kebagusan Diri Bukan Terletak Kau Sekolah Mana.

Assalamualaikum.

Apa khabar saudari saudari sekalian?Saya di sini baik-baik sahaja menternak lemak .Heee..Okay ini entri mengisi masa lapang namanya.Nothing serious pun. Just pengalaman yang pernah diterjahi.

Tamat sekolah menengah, aku teruskan pengajian di matrikulasi melaka selama setahun.Then after setahun masuk pula UPM furthering in Bac. of Food Science and Technology. Harap maklum saya bukan akan kerja as a chef or anything. Bidang kerja yang masih belum tentu tapi banyak cabangnya sama ada nak jadi Food Engineer buat mesin mesin pemprosesan makanan, jadi Food Technologist ke yang buat research pasal new product yang boleh dipasarkan. Involve dengan keusahawanan ke, ataupun tentang keselamatan dan pemprosesan makanan halal and ada lagi satu aku tak ingat. Kiranya banyak cabang la juga. I mean like as long as people needs food then selagi tu lah ada kerja ye dak!

Okay sumpah takde kena mengena dengan apa aku nak cerita .Hahahaha

Sepanjang aku masuk dari satu alam pengajian ke alam pengajian yang lain atau lebih tinggi, masa mula-mula masuk orang semua akan sibuk dengan results kita dari previous education kita. Okay to be honest aku pun nak tahu dorang punya juga tapi for some reason aku malas nak tanya and lama-lama aku malas nak ambil tahu. Sebab selalunya orang akan tanya aku dulu so bila dorang dah tanya aku automatic tanya dorang. Maybe dorang rasa insecure dengan diri sendiri and cuba nak tahu kekuatan orang lain tahap mana.Normal la manusia memang macam tu.

Tapi aku just nak kata la, walaupun aku bukan lulusan sekolah asrama penuh, aku dapat juga bagi saingan kepada mereka yang dulu dapat results KEBABOMM masa sekolahnya dulu. Sebab aku jenis ada satu perasaan bersaing yang tinggi juga. Aku bersaing sebab aku nak tunjuk yang aku bukan budak sekolah asrama penuh.Aku bukan budak asrama yg ada prep tiap-tiap malam.Aku tak ada cikgu yang nak suruh paksa belajar but eventually aku berjaya juga. Sebab masa sekolah dulu, aku dgn member selalu cakap selalu budak asrama dorg dapat results bagus pun sebab kena push,sistem dorg memang macam tu. Tapi bila masuk matriks, universiti, dorang macam bebas cos tak stick dengan rules lagi. Ada yang tak dapat keep up dengan sistem baru ni,akhirnya kecundang. Sebab tu tak pelik bila excellent student time sekolah asrama jatuh time matriks or universiti.

Tapi tak semua. Well semua depends pada diri masing masing. Tapi apa aku cakap dari apa aku nampak la. Sebab sometimes budak yang dulunya sekolah menengah biasa lagi releks and cool je bila belajar and still perform.

Sebab tu lah kalau anda adalah budak2 still bersekolah or baru masuk alam pengajian yang baru no matter anda budak sekolah menengah biasa ataupun asrama, just be yourself. Jangan tanam perasaan anda bagus. Yeah you may be good from where you are from tapi bila masuk alam pengajian baru there are a lot of people yang lagi bagus. Jangan pandang sepet dekat orang dari sekolah mana, bandar mana, kampung mana sebab setiap orang istimewa dengan cara mereka sendiri.

Dah banyak kali aku tengok, orang yang selalu cakap "ala time sekolah aku boleh je perform subjek ini", "aku rasa subjek ini senang je dulu", akhirnya jatuh sebab too overconfidence dengan diri mereka. Sebab tu aku kata, time sekolah ,sekolah punya kisah. Tak payah sibuk canang kisah kegemilangan kita pandai, cemerlang ,terbilang dekat orang if orang tak tanya. Lebih baik diam and prove to them through your results. Macam tu baru #RESPECT!

Saturday, 23 February 2013

Hidup Aku Maybe Tak Sesusah Kau Tapi....

Assalamualaikum and Hye!

Hari ini tergerak hati nak cerita pasal hidup. Hahahaha bajet macam dah berpengalaman sangat je nak cerita pasal hidup. Well setiap orang ada pengalaman masing-masing yang tersendiri. Hidup as we know tak seperti yang selalu kita nak. Aku tergerak nk tulis benda ini cos aku tengok kadang-kadang ada orang selalu merungut tentang hidup dia. Tentang macam hidup dia sorang je yang payah,susah,perit dan jerit.

Aku tak lah nak kata hidup aku lagi susah. Tapi kesusahan  tu bergantung kpd orang. Mungkin pada mata kita nampak tak susah mana tapi bagi bahu yang memikul?Haa.. sebab tu juga kita selalu dengar Allah tidak akan bg ujian yang tak mampu hamba dia carry. Tak bermaksud juga kita ini kena jadi manusia yang mudah bersyukur. Maksudnya di sini, bersyukur dari segi "Ahh takpe kita bersyukur je apa yang ada".

Bersyukur di sini ialah kita redha tetapi kita haruslah tingkatkan usaha utk menjadi or mendapat yang lebih baik. Jangan lah kau bersyukur and that just it. No effort at all utk majukan hidup,diri ,etc.

Okay hidup aku budak biasa. Aku bukan lah budak yang cute-cute kat sekolah dulu. Pandai pun tak berapa nak pandai lah. Memang hidup aku average. Time aku sekolah rendah darjah satu and dua, aku tak pernah pun dapat nombor satu kat dalam kelas bagai. Aku ingat aku selalu dapat nombor puluh-puluh. Kelas ramai and persaingan tinggi. Di sebabkan itu, darjah 3, masuk ranking kelas kedua bukan kelas pertama lagi. Tapi ala aku belajar je macam biasa. Merasa juga dapat nombor satu.Hihi. Sukan aku ni memang tak aktif. If tanya aku, aku memang tak pernah langsung masuk acara padang like lari semua tu. Aku hanya pernah main ping pong mewakili daerah and bola jaring setakat main rumah sukan je.

Aku pernah je kena ejek bagai. Maybe sebab naik darjah 3, badan pun naik juga gara-gara mak aku sumbat bagi aku Appeton everyday. =____=
Aku kena ejek gemuk, koala bear,anjing bagai. Tapi memang sape yg ejek tu kena cubit, belasah lah dengan aku. Time kecil memang selekeh. Suka main peluh-peluh then bila suruh salin baju nak balik dari rumah orang tu, aku tak nak. Memang selekeh,busuk pula tu.Hahaha.

Naik sekolah menengah, aku masih tak aktif utk acara sukan lari-lari ini. Kena ejek?Yes masih je. Kembang? Tembikai? Ayam? Tupai? Semua ada.Kawan aku semua main ejek pakai nama haiwan je. Sengal kan!Tapi aku ini jenis macam cool and just mulut je membebel. Sebab yang ejek tu kawan-kawan so memang kawan-kawan perangai macam !@#$%^ sikit tapi nak marah pun macam tak sampai hati.Bila tengok dorang gelak , kita tak jadi nak marah sampai nak simpan dalam hati. Baik kan aku? ;p







Tapi aku cari kekuatan aku, aku tahu aku tak aktif sukan tapi aku involve kelab. Like aku suka berpidato so aku wakil sekolah macam tu. Then di beri kepercayaan pergi wakil tadarus Al-Quran. Walaupun itu bukan bidang aku tapi aku wakilkan je la. Then aku maybe tak berlari balapan tapi hari sukan aku suka coach budak-budak marching. Then aku involve dalam prefectorial board. Then dari pidato, teras nak jadi reporter untuk magazine sekolah. Pasal pelajaran? Alhamdulillah dia selari. Tipu la aku tak pernah fail masa sekolah menengah. Like I said, aku budak biasa yang bukan lahir terus-terus genius. Aku fail Maths masa form 2, nangis dohh time tu. Then bila fail add maths dah immune!Hahahha. Tapi aku buat la latihan plus kawan-kawan banyak membantu.Haa..Alhamdulillah makin lama aku makin rasa determine nak berjaya and rasa diri tak lah bengong macam dulu lagi. Aku selalu pegang kata kata:

 " Well I am not smart and that is why I learn. Sooner or later I will get there and be successful like everybody else. Find your strength and use it wisely, stay humble and you will gain respect"

Then bila dah meningkat besar ni, rasa nak cantik and melawa akan datang seiring. Baru la pandai nak jaga itu ini. Baru tahu nak pakai wangi-wangi. Kalau orang puji aku cantik?Aku bangga?Yes mestilah.Siapa tak suka dipuji memang hipokrit tahap maksimum la citer dia. Aku bangga bukan sebab aku tahu aku cantik. Tapi aku bangga cos aku berjaya buat orang nampak aku tak selekeh. Meaning aku berjaya dapat impression itu dari mereka.

Wempiiiitzz habis tang "kak long kak long" tu. Hahaha



The thing is, bukan semua bertuah lahir-lahir family beradamuka lawa, pandai ,etc. It takes time and it require courage. Paling penting kawan kau pilih . Bila kau kawan dengan orang-orang yang pandai, automatik kau nak pandai juga to show that you are on the par dengan mereka. Kawan dengan orang cantik, kau akan reti sikit-sikit cara nak bergaya. Macam tu la contohnya. Kita tak sempurna tapi jangan asyik merintih pasal kitidaksempurnaan tu. Instead pergi buat something that you are good at confirm semua orang akan actually notice kita siapa .


" I'm not perfect. But that is why I try to improve myself. If I keep on going, keep on changing to be better thus I will keep on improving and finally I will get there. And that's all that matters."



Yang penting minta la pada yang Esa, effort, confidence. In shaa Allah.