Tuesday, 18 June 2013

Abah, Happy Birthday :')

Assalamualaikum.

Hari ini aku ingin menceritakan tentang abah. Hari ini birthday beliau and aku still dekat hostel cos ada hal yang nak dibuat yang dah di plan.Mungkin sambutan birthday tu akan di buat during the weekends where semua org ada.

Abah..Tak semua orang bernasib baik untuk ada seorang ayah yang ada menemani anaknya sehingga umur aku setakat ni nak mencecah 20 tahun. To be honest aku tak rapat sangat dengan abah aku. Aku hanya cakap dengan dia benda yang penting. But I guess kebanyakan nya lebih rapat dengan emak. Cerita masalah dengan emak, bergaduh dengan emak, request emak masakkan makanan favourite, etc. Tak ramai anak yang dapat berkongsi segala information dengan mak dan abah kedua duanya sekali. Aku antara orang yang tak bertuah tu. 

Tapi aku tak kisah sangat pun walaupun kadang kala terdetik rasa cemburu cos orang lain macam rapat dengan kedua dua mak dan abahnya. Abah aku memang baik pun. Time kecil, apa aku nak request je la, mesti dapat. Lagi lagi aku anak last so memang adik beradik aku memang panas je dengan aku.Kahkahkah. Tapi aku juga lah yang akan digunakan if dorang nak pape including mak aku yang turut gunakan aku if nak suh balik kampung awal time raya. Sebab abah aku suka balik pagi raya. Jadi aku lah tukang request and abah aku akan automatic okay je.

Abah aku tak pernah naik tangan dengan aku. Jentik pun tak pernah. Marah pernah lah. Setiap kali kalau call on the phone aku hanya berbicara dengan emak instead of abah. So everytime if aku call abah aku utk wish Happy Birthday ke apa automatic suara aku bergetaran nak nangis. I just don'y know why. Maybe because I just think I'm not a good daughter or maybe rasa mcm...tah la kau tahu yang abah kau dah makin berusia setiap kali kau call utk mengucapkan selamat hari lahir padanya. Suara tawanya yang kecil bila anak dia yg sorg ni call wish birthday dia, menunjukkan abah kau yang selalu bg apa kau nak masa kecil dah lanjut usianya namun masih membanting tulang utk sara keluarga.

Menjadi seorang "Adik" dalam keluarga membuatkan aku seorang yang mudah menangis. I just hoping my Abah will always be blessed by Allah, dipanjangkan usianya, diperkuatkan kudratnya, menjalani kehidupan dia dengan gembira sebagaimana dia membahagiakan aku masa kecil, di murahkan rezekinya. Semoga dia dan emak sentiasa ada untuk menemani anaknya ini sehingga anak dia ni graduate, receive kerja pertamanya, beli kereta pertamanya, berkahwin, lihat cucunya, jaga aku berpantang dan semualah!!

Aku just takut if mereka tak sempat nak tengok aku kecapi semua semua tu. Cos for sure aku sedih and jealous kakak and abg aku semua sempat merasa semua itu bersama emak dan abah. So aku harap aku sempat juga. Aku berdoa sangat2. Jadi anak last tak semua indah juga. :')

I love you Abdul Hamid Bin Mohamed and Rabiah bt Md. Durum.




"A dad is someone who holds you when you cry
Scolds you when you break the rules

Shines with pride when you succeed

And has faith in you even when you fail"

Sunday, 16 June 2013

Watamaaattttt!!Tutup Buku utk First Year!




Assalamualaikum!
MERDEEKAAAA!!!!HOYEAAHHH
Kahkahkah!Nampak tak betapa excited muka nya tu!! Maklumlah berakhirnya sudah final exam ku dan secara tak langsung menandakan tamatnya tahun pertama kat UPM ni. Seriously masa begitu pantas berlalu ohh.. I mean like eh come on lah dah dekat setahun aku dekat UPM ni. Woaaahhh!

So paper semua was okay la. Tak tahu la guane result nya nanti. But of course kita bertawakal je la since kita dah berusaha yang terbaik. Benda biasa kalau exam tu ada goreng goreng.Ala releks lah! Tak student lah kalau tak kasi goreng as long as tak sampai hangit !muahahaha. Itu lah namanya critical thinking!Kalau semua nak bajet apa semua yang kau baca dalam buku wajib keluar memang TAK lah kan!

So plans utk cuti ni ingat nak kerja tapi haven't decide yet nak kerja dekat mana. Yang penting kalau tiada aral melintang akan pergi Sunway Lagoooonnn bermandi manda bersama roomates tershayunk! *wempittss sangat*

Whatever it is exam is finally OVER!!!And ni lah muka kami di saat keluar dr exam hall immediately jumpa member and said "JOM AMIK GAMBAR". hahaha motif sangat kan nak kasi upload dkt fb semua.




And sebagai sambutan di malam hari
.............




Burp!Dah kenyang.Hihihi

Tuesday, 4 June 2013

Studying Makes Me Feel Weak!

Assalamualaikum.

Minggu ini bermula lah study week. Instead of studying, aku sibuk menulis entri baru.I mean like it's just so boring nak mengadap buku ni. Patutnya hari ini plan nak study Food Engineering. Well dari dulu zaman muda-muda dulu mmg aku tak minat sangat pun anything related to physics ni. Tapi belajarlah kan for the sake of knowledge yang perlu diguna pakai time exam nanti.

Seperti biasa bila study week, confirm-confirm aku balik rumah study dekat rumah. Benda ini aku praktikkan zaman aku kat matriks lagi. Walaupun rumah dekat selangor, matrik kat Melaka, aku gagahkan juga balik rumah pikul buku-buku tu. Maybe sebab aku kena study dalam keadaan yang senyap tak ada orang sangat. Sebab bila time exam semua perangai orang pelik-pelik weh. Emosi semua bukan stabil sangat. Ada yang sampai tak tidur minum cafein berkoyan-koyan. Semua tu psiko diri sendiri weh..

Macam bila kau rasa kau dah penat study then kau tgk roomate kau bangun pepagi buta konon stay up la.Kau automatic rasa tercabar macam " eee tgk dia ada stamina lagi. Dia boleh study lama mesti banyak input dia dapat".

Sebab tu aku tak boleh nak study dekat hostel. Aku rasa di psiko. Bila kat rumah, aku tak tahu pasal org lain dah study sampai mana ke apa ke.So aku tak kisah janji aku tahu diri aku macam mana. Mungkin itu antara sebabnya setiap kali final exam aku akan balik juga ke rumah!Hahaha. Plus kat rumah ada makanan.Hihihi. So tak payah nak turun kafe beli makanan dan sebagainya. Then ada tv. Stress-stress boleh rehatkan minda jap. Barulah terisi rohani,jasmani,intelek semua! Ni kalau dekat hostel, kau rasa nak rehat, tp tgk roomate tengah study,nak kacau borak pun tak sampai hati. Terpaksa ngadap je la buku tu sampai nak tembus kau pandang!!

Study group? It only works for subject yang involve calculation.If Biology or subjek2 membaca kau nak study group?Huh I don't think it would be effective. But heyy itu pandangan aku la. Setiap orang lain-lain.

So far, aku dah cover secara TEKNIKAL NYA utk 2 subjek.Tapi aku risau boleh ke aku keluarkan balik apa aku baca tu time exam. Alahai.. Takpe BELIEVE!!In sha Allah! Cakap la macam mana punya planning nak study awal tapi akhirnya study last minute jugak.apa pun tak boleh.

I guess til here for now. In sha Allah cuti ini akan disemarakkan blog dengan update2 baru..Doakan saya! Gambatehhh!!Oh yeahhhh dean list baaabeee! Byeeeeeeeee!