Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

Saturday, 14 September 2013

Aku Nak Jadi Apa Ni?

Assalamualaikum and Hye!

Bosan sebenarnya sebab tak tahu nak buat apa. Semua orang busy, diri sendiri je rasa macam bajet bajet free padahal ada je benda nak buat cuma biasa lah memang dasar suka nak menangguh nangguh.

Bila bersendirian begini, aku mula berfikir tentang masa hadapan. Apa aku nak jadi in the future nanti. Sem tiga telah pun bermula. Aku di tahun kedua sekarang. Selepas seminggu berlalu, aku mula rasa bait bait kehidupanku sebagai food technology student baru sahaja bermula, kerana aku mula melihat course ini agak complicated juga.

First class dah dapat assignment. Memang berhati mulia lecturer-lecturer yg suka nak crack student's brain setalah tepu buat sekian lamanya. Dia suruh kami kaji akan claim tentang MSG non halal sebab adanya animal bones. So kita kena suggest what kind of experiment utk buktikan claim itu salah ke apa ke. Macam mana proses dlm pembuatan produk itu yg mengatakan ianya halal, apakah proses biochemistry yang terlibat. Kejadahnya aku belajar pun belum!

Lepas tu pergi ke kelas yang lain tentang sisa industri makanan. Lecturer begitu luas pengalaman nya. Cara dia cerita memang based on experience dia. Dalam buku memang tak jumpa apa dia cakap. Macam mana nak create something new dari sisa makanan. Like kelapa sawit. Orang ambil biji kelapa sawit utk minyak, tp dlm proses tu daun, etc semuanya terbuang begitu sahaja. So mcm mana kita nak make something useful dari effluent (waste) tersebut.

Mula lah beliau cerita daun made up of cellulose, banyak fiber. Dari fiber boleh proses if we have the technology proses jadi apa ke jadah tup tup keluar xylatol pastu tah hape dia bebel lagi aku pun dah lupa. Macam mana waste tadi tu nak di setelkan if dekat kilang. Macam mana 3D model kilang supaya semua machine, waste dan sewaktu dengannya dalam kilang tu tersusun dengan strategik whatsoever lah kan.

Maka aku pun bertanya kepada diri sendiri. Apa yang aku nak jadi ni. Kahkahkah. Kenapa aku tak ambil masscom ke dulu. Aku kan suka membebel. Hhahahaha. Oh well, never mind teruskan perjuangan! Kita kena belieeeveee! Memang rabak lah otak sebab ada subjek yang kau boleh based on buku, tapi ada subjek based on critical thinking, imagination, logic and sesuai dengan real life situation. Mencabar? Memang pun. Semua benda pun mencabar kan! In sha Allah everything will be fine!

Tuesday, 4 June 2013

Studying Makes Me Feel Weak!

Assalamualaikum.

Minggu ini bermula lah study week. Instead of studying, aku sibuk menulis entri baru.I mean like it's just so boring nak mengadap buku ni. Patutnya hari ini plan nak study Food Engineering. Well dari dulu zaman muda-muda dulu mmg aku tak minat sangat pun anything related to physics ni. Tapi belajarlah kan for the sake of knowledge yang perlu diguna pakai time exam nanti.

Seperti biasa bila study week, confirm-confirm aku balik rumah study dekat rumah. Benda ini aku praktikkan zaman aku kat matriks lagi. Walaupun rumah dekat selangor, matrik kat Melaka, aku gagahkan juga balik rumah pikul buku-buku tu. Maybe sebab aku kena study dalam keadaan yang senyap tak ada orang sangat. Sebab bila time exam semua perangai orang pelik-pelik weh. Emosi semua bukan stabil sangat. Ada yang sampai tak tidur minum cafein berkoyan-koyan. Semua tu psiko diri sendiri weh..

Macam bila kau rasa kau dah penat study then kau tgk roomate kau bangun pepagi buta konon stay up la.Kau automatic rasa tercabar macam " eee tgk dia ada stamina lagi. Dia boleh study lama mesti banyak input dia dapat".

Sebab tu aku tak boleh nak study dekat hostel. Aku rasa di psiko. Bila kat rumah, aku tak tahu pasal org lain dah study sampai mana ke apa ke.So aku tak kisah janji aku tahu diri aku macam mana. Mungkin itu antara sebabnya setiap kali final exam aku akan balik juga ke rumah!Hahaha. Plus kat rumah ada makanan.Hihihi. So tak payah nak turun kafe beli makanan dan sebagainya. Then ada tv. Stress-stress boleh rehatkan minda jap. Barulah terisi rohani,jasmani,intelek semua! Ni kalau dekat hostel, kau rasa nak rehat, tp tgk roomate tengah study,nak kacau borak pun tak sampai hati. Terpaksa ngadap je la buku tu sampai nak tembus kau pandang!!

Study group? It only works for subject yang involve calculation.If Biology or subjek2 membaca kau nak study group?Huh I don't think it would be effective. But heyy itu pandangan aku la. Setiap orang lain-lain.

So far, aku dah cover secara TEKNIKAL NYA utk 2 subjek.Tapi aku risau boleh ke aku keluarkan balik apa aku baca tu time exam. Alahai.. Takpe BELIEVE!!In sha Allah! Cakap la macam mana punya planning nak study awal tapi akhirnya study last minute jugak.apa pun tak boleh.

I guess til here for now. In sha Allah cuti ini akan disemarakkan blog dengan update2 baru..Doakan saya! Gambatehhh!!Oh yeahhhh dean list baaabeee! Byeeeeeeeee!