Showing posts with label upm. Show all posts
Showing posts with label upm. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Hidup Budak Berbiasiswa

Assalamualaikum.

Haihh igt nak update pasal pengembaraan aku gi pulau perhentian hari tu. Tapi for some reason aku rasa down sangat. It's because duit JPA tak masuk lagi di sebabkan HEP Upm tah lambat update dgn JPA ke apa ke.

For the first time in my 21 years of living, aku tak ada duit. Ada duit sen sen. Bukan tak boleh nak pinjam dekat mak ayah, tapi aku tak suka minta dorg. Well family aku banyak lagi benda nak bayar, bil sana sini. Kadang kadang aku rasa jealous dgn mak ayah org lain masuk duit kat anak dia juga even anak dh dpt pinjaman or biasiswa. Aku pun ada juga mak aku bagi bila balik rumah. Tapi setiap kali mak tu tanya " Ada duit?" "Aku akan cakap ada walau sebenarnya takde. Tapi seorang ibu tahu juga. So dia akan la bagi rm 20 ke rm 50 ke based on apa yg ada. Nak bg lebih bnyk lagi nk kena bayar and aku pun akan tolak if dia bagi lebih.

Bagi aku bila dah cecah umur 20-an ni buat aku rasa malu nk minta duit kat mak ayah sebab tah lah maybe sbb kita tahu perbelanjaan isi rumah, bil tiap2 bulan brape kena bayar. Kalau boleh tak nak menyusahkan mak ayah tu. Macam tu lah prinsip aku maybe sebab mak aku dulu hidup susah dia pun pernah citer yg dia nak apa2 pun dia diam disebabkan keadaan ketika itu susah. If zaman dulu mmg darurat sana sini, mak aku mampu survive why not aku stakat duit je belum masuk.

Nasib baik ada lagi baki2 biskut, koko krunch plus maggi utk disantap sementara menunggu duit masuk. First time bila tadi aku turun g kafe nk kluarkan duit sbb pinjam member. Nak withdraw the money tak boleh sbb atm problem. Kawan2 lain tgh beli makanan. Hati aku luluh kejap sbb tak pernah aku rasa so helpless masa tu. Aku tak lah kebulur tapi aku rasa sedih sbb aku rasa sgt tak berdaya tak tahu nk luah kat sapa. Aku nk withdraw duit tu pun sbb aku nk topup yes 4g aku, sbb internet dah tak de. Celcom broadband tak bayar bill lagi sbb bill dia tak dtg rumah. Nak call center celcom pun x dpt2 sbb kredit tak ada sbb duit tak ada nak topup. Aku hanya nk dpt talian internet sbb sng buat kerja. Tak dpt makan kat kafe tu takpe !Ni guna wifi yg mmg mcm haram mmg lambat lah keje nak siap. Bapak helpless aku cakap! Sampai kawan-kawan aku rasa bersalah sbb dorg beli makanan and aku tak beli. Aku pun tak nak letak dorg dlm situasi begitu tp aku buat chill buat relek je la.Tak de nk tunjuk muka sedih ke apa.

Aku segan nak pinjam dkt kawan. Lain lah ada org hulur terus duit tu lain. Tapi kalau boleh aku try not to minta. Melainkan dh sampai super critical aku minta. Dah dua hari tak mkn nasi. Minum air milo ke apa, then mlm mkn milo cecah biskut or koko krunch. Memang nmpk mcm sedih kan tapi aku redha je. Yang aku sedih sbb tak dpt topup internet 4g aku tu haa.Tu aku mcm emo tu. Plus dgn org asyik tny bila dalam setiap perbualan, dah makan ke? buat aku lagi mcm emo sbb penat lah nak repeat apa aku makan . Padahal tahu dah duit aku x masuk lagi. Jangan  tanya soal makan lah dkt aku. Hahaha.

Tolonglah doa doakan JPA cepat masuk Amin!

Saturday, 14 September 2013

Aku Nak Jadi Apa Ni?

Assalamualaikum and Hye!

Bosan sebenarnya sebab tak tahu nak buat apa. Semua orang busy, diri sendiri je rasa macam bajet bajet free padahal ada je benda nak buat cuma biasa lah memang dasar suka nak menangguh nangguh.

Bila bersendirian begini, aku mula berfikir tentang masa hadapan. Apa aku nak jadi in the future nanti. Sem tiga telah pun bermula. Aku di tahun kedua sekarang. Selepas seminggu berlalu, aku mula rasa bait bait kehidupanku sebagai food technology student baru sahaja bermula, kerana aku mula melihat course ini agak complicated juga.

First class dah dapat assignment. Memang berhati mulia lecturer-lecturer yg suka nak crack student's brain setalah tepu buat sekian lamanya. Dia suruh kami kaji akan claim tentang MSG non halal sebab adanya animal bones. So kita kena suggest what kind of experiment utk buktikan claim itu salah ke apa ke. Macam mana proses dlm pembuatan produk itu yg mengatakan ianya halal, apakah proses biochemistry yang terlibat. Kejadahnya aku belajar pun belum!

Lepas tu pergi ke kelas yang lain tentang sisa industri makanan. Lecturer begitu luas pengalaman nya. Cara dia cerita memang based on experience dia. Dalam buku memang tak jumpa apa dia cakap. Macam mana nak create something new dari sisa makanan. Like kelapa sawit. Orang ambil biji kelapa sawit utk minyak, tp dlm proses tu daun, etc semuanya terbuang begitu sahaja. So mcm mana kita nak make something useful dari effluent (waste) tersebut.

Mula lah beliau cerita daun made up of cellulose, banyak fiber. Dari fiber boleh proses if we have the technology proses jadi apa ke jadah tup tup keluar xylatol pastu tah hape dia bebel lagi aku pun dah lupa. Macam mana waste tadi tu nak di setelkan if dekat kilang. Macam mana 3D model kilang supaya semua machine, waste dan sewaktu dengannya dalam kilang tu tersusun dengan strategik whatsoever lah kan.

Maka aku pun bertanya kepada diri sendiri. Apa yang aku nak jadi ni. Kahkahkah. Kenapa aku tak ambil masscom ke dulu. Aku kan suka membebel. Hhahahaha. Oh well, never mind teruskan perjuangan! Kita kena belieeeveee! Memang rabak lah otak sebab ada subjek yang kau boleh based on buku, tapi ada subjek based on critical thinking, imagination, logic and sesuai dengan real life situation. Mencabar? Memang pun. Semua benda pun mencabar kan! In sha Allah everything will be fine!

Monday, 8 April 2013

MUNAFIQ!!!

Assalamualaikum!



Hehehehe promote saattt! Ini ialah teater yang akan dipersembahkan oleh kolej aku untuk pertandingan Festival Teater Inter Kolej  (FESTIK). So seperti yang anda semua tahu, munafiq ni seringkali kita dengar time belajar agama, dalam drama-drama dan novel-novel. Munafiq ialah seperti mr. wiki kata ialah orang yang berpura-pura mengikuti ajaran agama tapi tidak mengakuinya dalam hati. Depan buat lain, belakang buat lain. Macam tu lah lebih kurang.

Jadi teater ni pun mestilah follow benda yang sama ye tak?Cuma kita mesti tertanya-tanya siapa yang munafiq,mengapa dan kenapa. Semua perkara yang berlaku pasti ada sebab nya. Jadi if nak tahu, mai lah datang beramai-ramai pada 18 April nanti di Auditorium Kejuruteraan,UPM jam 8 malam. Masuk adalah percuma. Selain daripada itu, aku pun ada juga berlakon watak kecil-kecilan. Hehehe tu yang semangat promote.

Saya juga ingin meminta jasa baik anda yang membaca untuk click "like" pada poster and trailer MUNAFIQ di page ini  Festik 2013.

Dekat sana banyak trailer and video kolej lain. Tapi saya berharap anda rajin untuk scroll ke bawah-bawah cari poster and trailer MUNAFIQ!hehehehe..

Nak tengok trailer boleh klik kat page atas tadi and click "like" sekali.Hehehe. Tak pun ini direct link for the trailer. Munafiq Trailer

Doakan yang terbaik buat kami!In Sha Allah.

"Tiada siapa yang lebih mengenali manusia, lebih daripda pencipta-Nya "

Tuesday, 19 February 2013

New Sem, New Hope & More Friends

Assalamualaikum !

Woaahhh dah bukak sem baru !Excited la sangat kan..Hahaha.. Yeah so for sem lepas result was okay. Tak menepati target but still alhamdulillah dapat dekan.Hihi.

So berbekalkan semangat tu kita mula dengan azam baru di sem baru. For this sem, semua kelas pagi!Omaigoshh. Tak pernah nak kelas-kelas pagi ini. Adoii tapi relakan saja la. Antara subjek yang diambil pada sem ini ialah :

  • Oral Interaction Skills
  • Asas Keusahawanan
  • Management
  • Food Engineering
  • Mikrobiologi Makanan
  • Hubungan Etnik

Maklum lah ambil kos Food Technology inilah antara subjek yang kena ambil. Tak lah fokus nak buat makanan je but kena tahu basic-basic business and management . Yelah, mana tau kot-kot nak buka syarikat sendiri. Hehehe.

So far rasanya lecturers semua okay-okay. Yang bestnya dapat lecturer Nigeria untuk laboratory. Akhirnya berjumpa jodoh nak berguru dengan lecturer tu. Cos since orientasi dulu dah usha lecturer tu. Hahahahaha okay bukan pasal handsome tapi muka dia macam kelakar and dia nampak innocent.Muahahaha. Kalau senyum nampak gigi je. Hahahaha comel kan? Bosan asyik-asyik tengok muka lecturer yang memang dasar muka makan belacan sejak azali kan . So nak juga ubah selera. Wahhh gitu!

Anyway hopefully this new sem would be an awesome semester. Despite of the subjects yang tak tahu lagi hujung pangkalnya harap-harap I'll be enjoying myself!Byeee for now!