Wednesday, 22 March 2017

Love is in the air.

Wah it has been a while tak membebel di laman ini. Hehe.

Life has been the same as usual. Pergi kerja balik kerja repeat. But yang best nya tiga kawan kawan   kahwin back to back. Dari Selangor ke Pahang dan kemudian ke Palembang. Jauh nauu wedding nya kan. Umur 24. Umur yang mana aku dah melalui zaman kwn kwn rapat kahwin satu persatu. Hehe.

Dulu semua member kata aku lah akan paling awal kahwin, malang nya ada cikgu Fizik aku time tu Cikgu Shukor berkata, selalunya yang beria time sekolah bercinta dia yang lambat kahwin. Tak guna mungkin masin pula kata kata tersebut. Tu yang tak ada bayang nak kahwin  utk aku smp skrg. Hahaha lol.

Dulu masa tengok Mahligai Cinta kat TV3 dulu, bila wartawan interview the newly wed couple tu tanya brp lama dah kenal, kebanyakannya kata 6 bulan, setahun, etc. Mcm sekejap je and dh kahwin. Aku time tu pelik. Tapi skrg aku tahu knp kot. Bila dah penat sgt nak bercinta and umur pun makin meningkat, bila masa kau dh jumpa org yang ada impian yg sama which is nak settle down, sbb tu semua bnd cepat je. Especially with umur yang dh lanjut, secara tak langsung dh makin stable.

Lelaki kan banyak tanggung jawab. Family dia, adik beradik dia. Jadi bila kita sang perempuan eager utk berkahwin, mcm memaksa sedangkan berkahwin tu bila kau dah sedia nak memikul tanggungjawab. Tapi itu juga tak bermakna yang lelaki kena take it slowmo macam tak berusaha utk bersusah utk fasten the phase tu. Haha

Ala tapi everything has it's on time. Semua orang berbeza waktu jatuh, bangun, hidup, mati, susah, senang. Jadi look at yourself, kau rasa dgn diri kau skrg kau mampu ke nak jadi isteri orang or suami orang. Dengan perangai kau skrg ni, terkinja kinja ni boleh ke menjaga maruah keluarga partner kau? Dengan diri yang masih tak dapat mengekang kejahatan mahupun nafsu sendiri, layakkah kau if nak jadi mak atau ayah dkt ank kau? Time like this bukan masa nya nak look around mcm we chat cari perempuan or lelaki molek yang sudi layan kau, and smp masa kau grab dia luah kata cinta.

Masa awal perkenalan mmg rajin gila stalk, rajin gila chat, rajin gila. Tapi ya tuhan sistur melalui nya banyak kali di mana ianya hanya di AWAL perkenalan. Hahaha. Smp masa nya nnt akan berlaku conversation yang, " i pun ada life i juga, takkan nak mesej 24 jam", "u buat apa? dah makan? okay i nak main game", "i tertido, sorry tak bagi tahu", and seterusnya diam membisu, kahkahkah. Kelakar bila diingatkan balik.

Perempuan dia jual mahal, tapi sekali dia fall in love, she fell real hard and menatang mcm minyak yg penuh sampai orang rimas muak jelak. Hahaha. Lelaki pula dia awal2 je dan seterusnya dia biar smp satu masa dia tak sedar dgn biar nya yang dia buat slowly dia melepaskan orang tu pergi.

Dah tu takkan tak boleh nak bercinta?!

Boleh laa. Cuma we all have been warned about love ni. Cuma every one wants to be loved, appreciated, wanted in this life. So have fun in it, be broken hearted, get up , fall in love again, and repeat. Haha. Sampai bila?

Sampai akan ada orang yang boleh tatang kau macam minyak yang penuh macam cara kau tatang orang yang kau sayang. Macam these lovebirds niiiii!

Bestfriend dari darjah 3. :')
Bestfriend susah senang di UPM, roommate, coursemate, teammate, etc

Wedding di Palembang. Being treated as VVIP overthere. Mekasih mas Syukri, Bu Sella. Kenal for one month and a half di Melaka but I'm honored to be invited and celebrate your big day.



Tuesday, 1 November 2016

Kerja oh Kerja

Assalamualaikum.

It has been a while I haven't update anything. Busy kerja la katakan. Officially graduated, alhamdulillah officially employed. Habis study bulan June, dapat kerja dgn kilang Julies dkt Melaka bulan 8. Kerja sebulan lebih lepas tu berhenti. Hahaha. Tah kenapa tak kena dgn jiwa aku.

Berhenti, percaya rezeki tu luas. Mungkin sebab aku rasa aku tak nak kerja dgn bidang yang aku study. Aku suka bercakap as in entertain customers. Disebabkan rasa mcm tu, aku berhenti. Kita nak kerja lama. Aku nak be able cakap I LOVE MY JOB nad literally mean it. Aku tak nak dok kerja lama lama but aku tak enjoy. Dua minggu aku menganggur. Dipenuhi dengan aktiviti pi interview sana sini. Last sekali kerja dgn Mama Wosh, laundry company as customer care.

Memang jauh menyimpang. Tp best kerja ni. Aku suka environment dia. Gaji sama dgn Julies, so sapa tak nak. Dah la dekat dgn rumah. Oh yeah kerja dgn foreigner in which aku sorg je perempuan melayu situ. So environment jenis kaki kepoh ni tak ada. Semua jenis tak kaki sibuk, kerja atas dasar kerja. Bos pun awesome, tak ada lah rasa mcm kau golongan minoriti. They treating everyone the same and give a lot of feedback of your performance which is totally different than our culture.

To be honest, nak dpt environment yang kau suka dlm alam pekerjaan susah dho. And I'm super thankful utk dpt oppurtunity ni. Alhamdulillah I chose this job compared to other offer that I got. But semua pun ada kekurangan and kelebihan masing2. Tidak maybe aku dh jadi manager kat burger king. Hahaha tp aku chose this as I'm looking forward of having this work-life balance.

Percaya pada rezeki yang Allah nak beri, mana mana pun ada rezeki. If you don't feel that vibe of working at your current place, leave oh dari nanti kau buat kerja tah apa2. Beratus aku apply kerja sana sini. Tiap2 hari buka jobstreet la, maukerja lah, etc. And lepas habis belajar, aku dapat 8 interviews, 4 offer job semua lain lain bidang yang aku nak explore, dah kerja 2 tempat within 3 months of habis belajar.

If orang kata susah nak dpt kerja sekarang, betul aku tak sangkal benda tu. Tapi maybe you should try harder. And not just focusing the job yang related with what you have studied. Oh yeah despite of aku jenis main apply kerja tak berkaitan apa yang aku study, aku tak la main sebat je. Aku memilih juga bab gaji. If dulu kerja kt melaka dorang offer more than 2k to fresh grads, of course aku cari kerja yang byr gaji lebih kurg. Jadi if you say tak ada kerja macam tu, means you just don't look hard enough. If kau kata kau dah apply tak dpt, means kau tak apply cukup banyak. So stop complaining, cari kerja apply hari2 smp kau dah muak nak hadap webpage job tu.

Walau tiap hari kau dpt mesej "you're application is unsuccessful", takpe apply lebih banyak lagi. Dont be a baby but get up and put more effort. Lastly, percaya rezeki tu luas. Dunia ni pun kau tak dpt jelajahi semua, apatah lagi rezeki tuhan yang terlalu banyak yang hanya menunggu masa utk kau mendapatkannya.

Friday, 27 May 2016

Kerja dan Resume.

Assalamualaikum and hye.

Berdasarkan banyak2 post aku dkt blog ni, I found that post regarding kerja dekat uniqlo paling tinggi beserta org yang komen dkt post tu. Rata rata semua menanyakan contoh resume yang aku buat. The thing is resume yang aku buat utk kerja uniqlo tu sangat biasa and aku pun dulu tengok dkt internet. But itu dulu and bagi aku, just kerja part time so memang simple je resume tu.

But aku tak galakkan orang yang ambil contoh resume aku yang part time tu untuk apply kerja yang mcm office2 ke, yang you want that permanent job utk any firm lepas kau grad macam tu. Sebab resume tersebut sangat simple and basic. Harap maklum yer. Kerja part time retail is not a big deal in terms of resume. You may go all out utk resume korang or you can keep it simple and basic. After all it's a retail industry. Budak sekolah pun boleh apply as part timer. Dari situ korang boleh berfikir secara logik la yang requirement dia tak strict mana kan.

So if nak kerja yang dkt big big firm and so on, kena lah ada proper resume kan. Lepastu bila nak minta kerja dkt those big big firms, buat lah resume satu page. maximum dua lah. Nowadays kan bnyk orang yg buat servis buat kan resume tu. Sediakan duit je. Tak mahal sgt la dlm rm15 mcm tu per resume. Orang akan ish mahalnya!! Ok if mahal kau buat design sendiri if reti. Kalau kau tak reti shut up. Sebabnya kau laburkan duit setakat belas ringgit je then resume tu kau boleh pakai smp bila2 utk kau minta kerja di mana mana. Apalah sgt labur sedikit duit mcm tu dgn kerja yg bakal kau dapat. Minda tu kasi buka eh.

Sebabnya, firm firm ni akan terima LAMBAKAN RESUME lagi2 bila most universities budak2 dia dah habis belajar. Haa kau rasa org HR kat company ni banyak masa nak belek resume kau dua tiga pages tu. Dia hanya akan scan yer. SCAN SAHAJA. Dan if dia rasa sesuai baru lah dia alihkan resume kau dari lambakan tadi ke tempat yang lain utk di tapis lagi. So mestilah resume kau tu kena menarik kan. One tips yg aku belajar dr pergi dgr talk dulu, kalau results korang tak power, jgn letak results. Letak je la qualification mcm bachelor of anything, diploma ke apa. Sebab if results bwh 3.5 confirm confirm org tertarik lagi nak ambil budak yang results lagi power dr kau. Tu some of the tips la.

Ok itu je actually nak mengomel. If nak servis buat resume boleh try mamat ni. Aku dah try dulu. Hehehe. Nombor as tertera dlm resume dia tu.