Saturday 14 September 2013

Aku Nak Jadi Apa Ni?

Assalamualaikum and Hye!

Bosan sebenarnya sebab tak tahu nak buat apa. Semua orang busy, diri sendiri je rasa macam bajet bajet free padahal ada je benda nak buat cuma biasa lah memang dasar suka nak menangguh nangguh.

Bila bersendirian begini, aku mula berfikir tentang masa hadapan. Apa aku nak jadi in the future nanti. Sem tiga telah pun bermula. Aku di tahun kedua sekarang. Selepas seminggu berlalu, aku mula rasa bait bait kehidupanku sebagai food technology student baru sahaja bermula, kerana aku mula melihat course ini agak complicated juga.

First class dah dapat assignment. Memang berhati mulia lecturer-lecturer yg suka nak crack student's brain setalah tepu buat sekian lamanya. Dia suruh kami kaji akan claim tentang MSG non halal sebab adanya animal bones. So kita kena suggest what kind of experiment utk buktikan claim itu salah ke apa ke. Macam mana proses dlm pembuatan produk itu yg mengatakan ianya halal, apakah proses biochemistry yang terlibat. Kejadahnya aku belajar pun belum!

Lepas tu pergi ke kelas yang lain tentang sisa industri makanan. Lecturer begitu luas pengalaman nya. Cara dia cerita memang based on experience dia. Dalam buku memang tak jumpa apa dia cakap. Macam mana nak create something new dari sisa makanan. Like kelapa sawit. Orang ambil biji kelapa sawit utk minyak, tp dlm proses tu daun, etc semuanya terbuang begitu sahaja. So mcm mana kita nak make something useful dari effluent (waste) tersebut.

Mula lah beliau cerita daun made up of cellulose, banyak fiber. Dari fiber boleh proses if we have the technology proses jadi apa ke jadah tup tup keluar xylatol pastu tah hape dia bebel lagi aku pun dah lupa. Macam mana waste tadi tu nak di setelkan if dekat kilang. Macam mana 3D model kilang supaya semua machine, waste dan sewaktu dengannya dalam kilang tu tersusun dengan strategik whatsoever lah kan.

Maka aku pun bertanya kepada diri sendiri. Apa yang aku nak jadi ni. Kahkahkah. Kenapa aku tak ambil masscom ke dulu. Aku kan suka membebel. Hhahahaha. Oh well, never mind teruskan perjuangan! Kita kena belieeeveee! Memang rabak lah otak sebab ada subjek yang kau boleh based on buku, tapi ada subjek based on critical thinking, imagination, logic and sesuai dengan real life situation. Mencabar? Memang pun. Semua benda pun mencabar kan! In sha Allah everything will be fine!

Saturday 7 September 2013

Lelaki Bila Dah Sayang..

Assalamualaikum.

Aku rasa macam aku dah jadi Dr. Love pula asyik cerita pasal perangai lelaki perempuan if bercinta. Kahkahkah perasan sangat. Takde aku just terasa nak tulis entri ini sebab hasil dari berkawan dengan orang dari bermacam background and cerita mereka.

Yes look can be deceiving. Let me tell you guys about a friend of mine. Dia seorang lelaki. Kali pertama lihat dia, aku dah suspect dia ini macam stok stok mat wempitss! Well tu first impression aku, tak boleh buat apa lah kan. Dah la dia tak tinggi mana, kurus kurus je, pakai seluar skinny, muka pun macam cengkung hisap ganja je kan. Perghh teruk giler first impression aku kat dia.Hhahaha well takpe lah kita anggap orang tu jahat, sbb bila dah kenal  , aku suka bila tanggapan aku tu salah sebab itu akan mengejutkan aku.Hehehehe

Lepas tu bila kenal dia okay je. Friendly je, tak rempit, tak merokok or berganja.Hhahaha. Yer nak kata kan dia baik macam stok stok lelaki muslimin taklah sangat. Bila bercakap ganas ,celaka, cibai, gila memang jadi makanan dia bila bercakap. Lantak pi lah kau perempuan ke lelaki ke, memang kena punya lah.Tapi baik di sini adalah baik dari first impression aku tu. Nampak muka macam brutal tapi itu lah yg aku nak sampaikan, lelaki ganas mana pun dia, dia tetap akan kata perempuan keluar malam-malam tak manis, tak elok semua. Walaupun mungkin ada je la dia keluar dengan member perempuan dia ke malam -malam kan tapi still dia tak gemar perempuan balik lewat malam.

Dan pernah dia bercerita pasal ex-ex dia terdahulu, pernah satu ex yang dia cerita, mata dia macam bergenang beb. Kahkahkah, aku instead of simpati aku tergelak lah pulak sebab muka brutal ,tp cerita awek terus bergenang kelopak mata. Maybe itu awek yang dia paling sayang since dia kata dorg bersama 4 tahun, last last gf dia tu nak pi Afrika kahwin and belajar kat sana ke jadah katanya. EPIC sangat!hahahaha. Tapi point nya di sini, faham tak muka dia yang macam tu aku ingat dia jenis playboy, tukar-tukar perempuan. Tak sangka dia setia. hello!! if lelaki setia lebih dari setahun pun aku dah tabik spring kot!

Tapi dia macam benci, malas nak ingat kisah lama dia tu. Dia malas nak couple couple katanya. Dia kata tu semua sampah,bullshit! Dia umpama marah. Dia kata sebab tu aku ganas macam ni.Hahahha. Tu lah lelaki once dia sayang, yes dia sayang betul betul. And bila dia bengang dia never look back. Kau ckp je lah apa pun seperti "ala walaupun sakit, ex kau pernah juga bahagiakan kau, bg kenangan terindah kat kau". Tu semua ayat poyo. Bagi dorang kau dah buat taik dgn aku, jgn haraplah aku nak layan kau. Kau ingat aku setia bertahun dgn kau mcm tunggul , membazir masa je! *okay tu aku tambah*.

My point is walaupun lelaki sometimes tak kurang hebatnya dalam menggatal, tapi kita sebagai perempuan kena lah hargai mereka yang setia dengan kita sekian lamanya. Mana lah nak dapat lelaki macam tu yang tahan dengan kau sekian lamanya. Dan as we all know, manusia memang cepat bosan weh. Dan if memang dah bosan setelah bertahun lamanya, minta lah putus cara baik. Tak payah buat cerita epic, tu lagi menambah sakit hati!!

And yes look can be deceiving like I said earlier. Hihihi. Orang orang mcm ni aku lebih senang berkawan dari mereka yang bermulut manis macam letak madu seluruh bibir!Huh!


Monday 2 September 2013

Lelaki Mulut Manis

Assalamualaikum!

Yeahhh akhirnya tamat juga bekerja di Kitschen. Macam-macam pengalaman, orang yang dijumpai, dikenali. Seronok, boring, drama semua ada. Biasa lah mana i pergi if tak ada drama tak syok lah!Kahkahkah

So now lebih menghabiskan sisa cuti di rumah. Hari tu sempat berjumpa dengan teman-teman matriks. Berkampung di Negeri Sembilan. Thanks to Alin and her family for the great hospitality. May Allah bless you guys.

Btw, just nak cerita sikit pasal kenalan di Kitschen,seorang lelaki. Dia merupakan pekerja baru dekat situ tapi for the first time selepas tamat alam sekolah gua jumpa dengan that spesies of guy. Mulut umpama tebu di tepi bibir u ollss!

Baru kerja dua hari dah nak number telefon bagai2. I mean like ohh god ada lagi lelaki sebegini. I mean like FAKE giler weh!! Bila melihat dia terus teringat akan lelaki-lelaki poyo yang pernah di list dalam kepala otak. Pujian melambung-lambung. Ingat ladies!Bila lelaki mudah sangat memuji awak, bermakna dia pernah puji perempuan lain bnd yang sama, sebab tu ayat manis dia keluar smoothly dari mulut macam air tak tersekat-sekat.

Lelaki tu puji macam-macam. Kalau kita buat something then dia akan kata "tengoklah org yang buat pun comel". Hello thats so lame and old pick up lines ever!!Sorry lah once he said that my face was ERKK!!APE BENDA KAU MEREPEK NI DOHHH! Tahlah kawan-kawan aku ni tahu yang aku ni pantang dipuji tapi tgk orang la kot. If kenal asal usul pon aku tak tahu kau puji lebih-lebih confirm aku rasa kau menipu, fake je kan.

Hihihi lepas tu kantoi bodoh bila dia nak bluetooth lagu katanya, jadi nama bluetooth dia ialah nama perempuan,Fara. Dia kata tu nama kakak dia sebab ni tukar handphone dgn kakak dia. Kite pun haa lantak kau lah, tak perlu explain pun sebenarnya.Hahaha. Pastu saja tengok phone dia tertekan pulak dekat bahagian dialled number yang butang hijau tu gambar telefon tu. Tengok last call ada Fara my love!HAHAHAHAHA. Tapi aku buat bodoh la ,dia tak perasan aku tertekan. So the next day saja tanya weh nama kakak apa? Dia cakap nama kakak dia ape tah aku lupa tapi lain lah .Bukanlah Fara nama kakak dia. So nampak tak permainan nya?Lelaki mulut manis senang je nak cekup. So don't fall for it.

Maybe tu antara tips korg boleh try, kawan je lah kan dgn org mulut manis ni. Sebab dlm berkawan kita dapat tgk memang betul dia mulut manis atau setakat assumption kita je. So lain kali dlm bermember, cakap weh nak tgk hp kau jap. Sambil membelek-belek hp dia sambil bertanya model apa, harga beli berapa, paling mudah cek last dialled call sape.Tak perlu selongkar mesej cos lambat.KAHKAHKAH.

P/s: Puji lah ikhlas sikit lain kali. Takde lah aku suspicious!muehehehe