Saturday, 14 September 2013

Aku Nak Jadi Apa Ni?

Assalamualaikum and Hye!

Bosan sebenarnya sebab tak tahu nak buat apa. Semua orang busy, diri sendiri je rasa macam bajet bajet free padahal ada je benda nak buat cuma biasa lah memang dasar suka nak menangguh nangguh.

Bila bersendirian begini, aku mula berfikir tentang masa hadapan. Apa aku nak jadi in the future nanti. Sem tiga telah pun bermula. Aku di tahun kedua sekarang. Selepas seminggu berlalu, aku mula rasa bait bait kehidupanku sebagai food technology student baru sahaja bermula, kerana aku mula melihat course ini agak complicated juga.

First class dah dapat assignment. Memang berhati mulia lecturer-lecturer yg suka nak crack student's brain setalah tepu buat sekian lamanya. Dia suruh kami kaji akan claim tentang MSG non halal sebab adanya animal bones. So kita kena suggest what kind of experiment utk buktikan claim itu salah ke apa ke. Macam mana proses dlm pembuatan produk itu yg mengatakan ianya halal, apakah proses biochemistry yang terlibat. Kejadahnya aku belajar pun belum!

Lepas tu pergi ke kelas yang lain tentang sisa industri makanan. Lecturer begitu luas pengalaman nya. Cara dia cerita memang based on experience dia. Dalam buku memang tak jumpa apa dia cakap. Macam mana nak create something new dari sisa makanan. Like kelapa sawit. Orang ambil biji kelapa sawit utk minyak, tp dlm proses tu daun, etc semuanya terbuang begitu sahaja. So mcm mana kita nak make something useful dari effluent (waste) tersebut.

Mula lah beliau cerita daun made up of cellulose, banyak fiber. Dari fiber boleh proses if we have the technology proses jadi apa ke jadah tup tup keluar xylatol pastu tah hape dia bebel lagi aku pun dah lupa. Macam mana waste tadi tu nak di setelkan if dekat kilang. Macam mana 3D model kilang supaya semua machine, waste dan sewaktu dengannya dalam kilang tu tersusun dengan strategik whatsoever lah kan.

Maka aku pun bertanya kepada diri sendiri. Apa yang aku nak jadi ni. Kahkahkah. Kenapa aku tak ambil masscom ke dulu. Aku kan suka membebel. Hhahahaha. Oh well, never mind teruskan perjuangan! Kita kena belieeeveee! Memang rabak lah otak sebab ada subjek yang kau boleh based on buku, tapi ada subjek based on critical thinking, imagination, logic and sesuai dengan real life situation. Mencabar? Memang pun. Semua benda pun mencabar kan! In sha Allah everything will be fine!

No comments:

Post a Comment