Sunday 30 June 2013

Perempuan dan Scandal.

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak cerita pasal *baca title di atas*.

Well bukan nak kata yang lelaki tak ada scandal, tapi pffttt lelaki kan memang playboy haruslah ada scandal.Ops! Or senang cakap perempuan kan ramai sangat di akhir zaman ini, bagi ayat manis lemak berkrim, dan tunjukkan perhatian tanpa berbelah bahagi and selalu text confirm perempuan sangkut. Easy!

But perempuan ini, time dia tengah laris haruslah pasang ramai back up.Hahahahha. Memang dasar perempuan suka akan perhatian, pujian, dibelai manja dan kasih sayang. So bila perempuan dapat semua ini, automatic dia feeling HOT SETUFF dan bila dah nama HOT SETUFF haruslah ada scandalsss. So jangan lah juga mudah terpedaya gadis gadis yang nampak sopan innocent macam tak pernah dicintai tu tak ada scandal you know!Kadang kala dorang lagi hebat. Scandal ni boleh berlaku time dah couple atau tak. Scandal ini tak ada apa apa ikatan. Lebih kepada friends for benefit. Benefit dari segi masa dan perhatian.

Selalunya no personal feelings involved but at some point bila dah rapat sangat of course hati pun akan suka sama suka. Tapi kenapa perempuan selalu ada scandal? Bagi aku dulu time hormon baru memuncak meningkat remaja, ada la scandal ini. Sebab saja feeling HOT SETUFF walaupun sebenarnya rupa pun yang adooo katanya. Plus lebih kepada meluaskan jaringan sosial kepada mengenali ramai org dalam satu masa berlainan background was something yang interesting. Tu je la.

Tapi bila dah berumur dewasa ini, macam benda semua sangat poyo sebab buang masa dan kredit. Bila dah besar ini, banyak lagi masa aku nak digunakan untuk belajar, aktif kat kolej, basuh baju, makan, tidur, etc so macam tah lah. Maybe juga disebabkan aku dah jumpa Mr. Demok so kalau nak menggatal juga memang kena hempuk lah jawabnya. Kahkahkah. Sebab aku dah puas dengan hukuman karma where buat tak baik kat orang yang percayakan kita, lastly kena the exact payback. So aku stop.

Maybe kalau dah lonely berseorangan, keinginan tu mungkin ada tapi bukan nak berfoya foya kenal tah sape sape. Selalunya perempuan yang dah couple turut ada scandal tapi tak mengaku. Dorang akan cakap "EEEE DIA NIEWWW KAWAN I JEWWW". Memang nampak sangat "kawan" bila dah selalu text, gambar kat fb semua dia je yang tukang like and comment, sanggup call habiskan credit bergayut berjam lamanya. Huh perempuan kalau dah ada lelaki like and comment gambar dia confirm dia dah target laki tu suka dia punya. Pastu apa lagi bagi respons baik punya lahh kasi green light utk lelaki cucuk line.

Yes semua orang bersifat defensive. Semua orang akan bersikap tamak terhadap apa yang di ada. Kadang kala bila dah selalu berjumpa dan bersama, akan terbit satu perasaan bosan dengan pasangan. Ini normal. Sebab tu pasangan tends utk bermesra dengan orang lain bila peluang ada especially orang ketiga tu starts dulu. And normal juga bila sang boyfriend bengang and nak sound En. Scandal, and si perempuan akan mengamuk and mengugut nak tinggalkan si pakwe. Tapi tu keputusan terburu-buru yang akhirnya memakan diri sendiri.

Kenapa? Yela zaman kau bagai nak rak berchenta dengan si pakwe  pun rasa semuanya manis dan seronok sebagaimana yang dirasakan kini dengan En. Scandal. Ala benda ini proses kehidupan yang berulang. Kita ni poyo je kadang kadang. Sebab tu bila terkantoi dengan si pakwe setel elok elok. Yakinkan si pakwe bahawa En. Scandal setakat kawan biasa and kurangkan bibit rasa yang mula berputik terhadap En. Scandal. Kalau degil nak buat perangai lagi, beli lah number baru or pandai lah cover line the next time around. Macam tak biasa. Bagi nasihat macam mana pun, perasaan menggila dalam diri kadang kadang tak boleh dikawal.

Pepatah Inggeris menyebut Live Your Live To The Fullest. Hidup cuma sekali kan. Once you get caught pandai la cover baik punya. Kita ni perempuan nak berscandal takpe sebab once kahwin itu lah lelaki yang kau bawa dunia akhirat. Namun lelaki ni, hati dia ada pecahan2 utk dia kahwin empat!So win win situation la.

Tapi ingatlah, yang si pakwe tu juga la yang awak akan cari time susah senang and dia lah yang anda suka secara jujur dari hati pada zaman ngorat ngorat dulu. Manakala En. Scandal tu hanya terbit kesukaannya apabila anda muak dengan si pakwe. So sayang yang mana lebih jujur dan bertahan lama?

**okay itu untuk lelaki yang setia and baik yer,if lelaki macam keparat cari lah scandal dua tiga dozen buat hari depan**

Thursday 27 June 2013

"Kalau Nak Kerja Sini Tak Boleh Bertudung?!"

Assalamualaikum.

Okay hari ini aku memulakan usaha mencari kerja untuk mengisi cuti sem.So aku pun pergi la jalan-jalan dekat mall dekat dengan rumah aku. Banyak juga vacancies.Maybe sebab budak-budak SPM ramai dah masuk Uni so banyak la vacancy gamaknya. Aku pun bercadang nak kerja dekat kedai baju ke anything ke. Maklumlah dengan harapan dah kerja situ dapat la discount beli barang dia kan.Hehehe.

So aku meneruskan perjalanan aim Brands Outlet sebab ada member cakap gaji situ masyuk juga. Kebetulan ada vacancy pun kat situ. Tapi sebab ini first time aku cari kerja macam ini. Nervous giler rasanya. Selalu pakai orang dalam je.Hahaha. Pastu yang lagi satu cuak nak masuk pekerja dia semua lelaki. Seorang wanita pun tak nampak except mak cik yang tengah mop lantai dalam kedai tu.

So aku pun mengorak langkah, cover line tengok-tengok baju, pusing-pusing kedai bajet macam customer kan.Pastu line macam clear aku pun pergi la dekat cashier tu tanya dekat abang tu:

Aku: Excuse me, nak tanya pasal vacancy tu. Is it still available?

Abg Cashier: (Senyum)..Emm ada.....Tapi tak boleh bertudung kalau kerja dekat sini.

Aku:
WHAT?!!APA KENA MENGENA TUDUNG DENGAN NAK KERJA SINI!!


Okay aku cuba nak buat muka tu. Reaction aku time tu hampir terkeluar but nasib baik aku manage control. Instead of that reaction, aku just reply:

Aku: Oh really?Ohh okay. Takpe la kalau mcm tu. (Pada hal time tu aku and abg cashier tu mcm dah awkward habis cos dia mcm ingat aku sanggup nak buka tudung semata nak kerja tu)

Abg Cashier: Sorry,thank you for coming.

Keluar dari kedai tu aku still digesting apa yang telah berlaku tadi. I mean like ini dah la first time aku cari kerja kehulur kehilir macam ini, then sekali terus setepek kena discriminate macam tu. Terus down giler nak pi cari kerja lagi. Sebelah Brands Outlet tu ada Padini tapi aku malas nak masuk cos pekerja dia pun ramai lelaki and again tak ada perempuan bertudung kat situ.

Btw abg cashier tu Melayu tak silap aku. Cos aku tak perasan pula nametag dia sebab sibuk tergamam kan. But aku just tak sangka management dorang mcm tu. Aku tahu bukan salah abg tu, tak ada kena mengena dgn dia. It's just the management tmpt tu. Cos aku pernah je tengok Brands Outlet tempat lain ada perempuan bertudung kerja kat situ. Ini Malaysia okay. Ingat ini U.S country ke nak set rules macam tu. Dah memang Islam agama rasmi kat negara ini so the management should respect that. Dia tak ada masalah orang beragama Islam kerja situ cos mostly ,which is apa aku nampak semua pekerja lelaki di situ Melayu agama Islam. So kenapa perempuan bertudung tak boleh kerja situ. Dah memang tuntutan agama dia pakai tudung so what's ur problem!

Apa kena mengena perempuan bertudung dengan nak jadi sales assistant. Is this some kind of marketing strategy that perempuan tak bertudung can attract more customers?That's just PHUIHHH!hahahaha nampak tak beengang disitu. Cos HELLO aku tahu lah aku maybe tudung pun tak sempurna lagi. But as long as I wear hijab itu dikira maruah kaum wanita beragama Islam, and dia telah menghina kaum wanita agama Islam secara tak langsung. Aku tak kisah if hina aku tapi statement "kalau nak kerja sini tak boleh bertudung" memang bakar line betul.

So sampai balik rumah aku emo dengan benda ini. Last last dapat gak aku isi form kerja dekat Nichii and Kitchen and now waiting for an interview. Btw sempat juga tengok Monster University.Cool!Sememangnya Monster Uni patut keluar dulu then baru Monster Inc. But still they managed to link both stories together and that's just nice.

Til here for now!Byeee! :)

Sunday 23 June 2013

Ada Apa Hal Dengan Bulu?

Assalamualaikum.


Hahhahaha melihat pada tajuk entri ini macam sengal kan. Tapi yeah benda betul. Bulu? Semua orang ada bulu termasuk perempuan. Perempuan tak suka ada bulu banyak banyak ini. Macam aku ada bulu roma la. Siapa takde kan?!Pftttt!! Tapi yerla disebabkan ayah aku malbari so bulu roma aku macam banyak lah tapi taklah bergulung gulung boleh buat tocang kan!! Dan ada juga perempuan ada macam misai halus.Aku pun ada juga tapi sometimes aku lupa aku ada cos tak obvious sangat kan. Bulu bulu ni disebabkan hormon testosteron dalam badan kita.

Maklumlah bila dah meningkat ke alam dewasa semua dah cukup umur badan kita pun mula develop termasuklah penumbuhan bulu especially utk lelaki mostly tumbuh bulu bila dorang dah baligh. Itu apa yang pernah aku dengar lah kan yang diceritakan.

Whatever it is, masa sekolah dulu kinda embarassing la juga sebab nak juga kulit halus tak ada bulu beb! Pastu biasa la budak laki mulut memang macam @#$% ada je benda boleh jadi bahan menganjing. Cakap ada misai la apa lah. Tapi biasa la budak budak tak matang. Tak tahu pun pasal hormon testosteron apa ke jadah.

Bila dah besar ni semua chillex je. Lelaki yang kuat menganjing tu pula cuak sebab dia tak berbulu!Kahkahkah. Lelaki tak ada bulu ni malu wehh!! Cos orang ingat dia tak cukup hormon testosteron maka tak cukup jantan lah! Tapi bagi perempuan lelaki tak ada bulu kaki sexy je sebab kaki macam perempuan.Jealous youuuu!Hahaha.

Tapi bila difikirkan balik maybe sebab tu aku macam ganas kot dari segi percakapan ke apa ke. Sebab orang selalu kata suara aku macam lelaki bila on the phone. Sebab testosteron terlebih la ni!Muahaha. Ahhh tapi tak kisah lah kan apa pun. Janji realitinya I pure perempuan. Hahaha statement tah pape.

So tak kisah lah apa pun, kekurangan kita mungkin akan jadi kelebihan kita pada mata orang lain. Mungkin bulu bulu tu buat nampak manis ke.Who knows?! Contoh macam pak arab ni, i tergoda you! Tapi roomate aku semua tak suka sebab dia berbulu!Kahkahkah. So you see what my point is?! It just need the correct eyes to see it. Bagi aku bulu tak bulu, tetap handsome mamat ini!Muehehehe. Tapi kadang kadang membuat aku terfikir macam mana manusia ada yang boleh terima and suka gomol gomol dengan haiwan berbulu but not dengan manusia berbulu??HAHAHAHAHA.Okay persoalan yang agak menarik kan?Korang pikir lah sendiri kenapa?

But I guess if semua lelaki berbulu macam ini maybe perempuan ramai tak kisah ada suami berbulu!


The important is just be yourself and be confident! Proud of who you are. Maybe orang lain ada kelemahan lain tapi tak apa stay true to yourself and people will see you for who you are. :)

Saturday 22 June 2013

Kebagusan Diri Bukan Terletak Kau Sekolah Mana.

Assalamualaikum.

Apa khabar saudari saudari sekalian?Saya di sini baik-baik sahaja menternak lemak .Heee..Okay ini entri mengisi masa lapang namanya.Nothing serious pun. Just pengalaman yang pernah diterjahi.

Tamat sekolah menengah, aku teruskan pengajian di matrikulasi melaka selama setahun.Then after setahun masuk pula UPM furthering in Bac. of Food Science and Technology. Harap maklum saya bukan akan kerja as a chef or anything. Bidang kerja yang masih belum tentu tapi banyak cabangnya sama ada nak jadi Food Engineer buat mesin mesin pemprosesan makanan, jadi Food Technologist ke yang buat research pasal new product yang boleh dipasarkan. Involve dengan keusahawanan ke, ataupun tentang keselamatan dan pemprosesan makanan halal and ada lagi satu aku tak ingat. Kiranya banyak cabang la juga. I mean like as long as people needs food then selagi tu lah ada kerja ye dak!

Okay sumpah takde kena mengena dengan apa aku nak cerita .Hahahaha

Sepanjang aku masuk dari satu alam pengajian ke alam pengajian yang lain atau lebih tinggi, masa mula-mula masuk orang semua akan sibuk dengan results kita dari previous education kita. Okay to be honest aku pun nak tahu dorang punya juga tapi for some reason aku malas nak tanya and lama-lama aku malas nak ambil tahu. Sebab selalunya orang akan tanya aku dulu so bila dorang dah tanya aku automatic tanya dorang. Maybe dorang rasa insecure dengan diri sendiri and cuba nak tahu kekuatan orang lain tahap mana.Normal la manusia memang macam tu.

Tapi aku just nak kata la, walaupun aku bukan lulusan sekolah asrama penuh, aku dapat juga bagi saingan kepada mereka yang dulu dapat results KEBABOMM masa sekolahnya dulu. Sebab aku jenis ada satu perasaan bersaing yang tinggi juga. Aku bersaing sebab aku nak tunjuk yang aku bukan budak sekolah asrama penuh.Aku bukan budak asrama yg ada prep tiap-tiap malam.Aku tak ada cikgu yang nak suruh paksa belajar but eventually aku berjaya juga. Sebab masa sekolah dulu, aku dgn member selalu cakap selalu budak asrama dorg dapat results bagus pun sebab kena push,sistem dorg memang macam tu. Tapi bila masuk matriks, universiti, dorang macam bebas cos tak stick dengan rules lagi. Ada yang tak dapat keep up dengan sistem baru ni,akhirnya kecundang. Sebab tu tak pelik bila excellent student time sekolah asrama jatuh time matriks or universiti.

Tapi tak semua. Well semua depends pada diri masing masing. Tapi apa aku cakap dari apa aku nampak la. Sebab sometimes budak yang dulunya sekolah menengah biasa lagi releks and cool je bila belajar and still perform.

Sebab tu lah kalau anda adalah budak2 still bersekolah or baru masuk alam pengajian yang baru no matter anda budak sekolah menengah biasa ataupun asrama, just be yourself. Jangan tanam perasaan anda bagus. Yeah you may be good from where you are from tapi bila masuk alam pengajian baru there are a lot of people yang lagi bagus. Jangan pandang sepet dekat orang dari sekolah mana, bandar mana, kampung mana sebab setiap orang istimewa dengan cara mereka sendiri.

Dah banyak kali aku tengok, orang yang selalu cakap "ala time sekolah aku boleh je perform subjek ini", "aku rasa subjek ini senang je dulu", akhirnya jatuh sebab too overconfidence dengan diri mereka. Sebab tu aku kata, time sekolah ,sekolah punya kisah. Tak payah sibuk canang kisah kegemilangan kita pandai, cemerlang ,terbilang dekat orang if orang tak tanya. Lebih baik diam and prove to them through your results. Macam tu baru #RESPECT!

Friday 21 June 2013

Sunway Lagoon Off We Go!!!!

Assalamualaikum.

Bersempena dengan roomates aku lagi dua orang habis exam, kami pun telah plan masa study week hari tu utk celebrate nya di Sunway Lagoon! Maklumlah now ada promotion RM 20 utk all access semua park bersempena 20 tahun penubuhan Sunway Lagoon. Promotion ini dapat setiap 20 hari bulan utk setiap bulan. This promotion juga akan berlangsung sehingga bulan Oktober nnt. RM20 ni utk first 1000 customer je. Makanya sebab nak rebut tiket punya pasal pukul 6.30 pagi kami dah choww meninggalkan hostel. Ketika itu sayup sayup dengar orang baru nak mandi, bangun subuh semua. Kami pulak nak pergi melagha sanggup bangun pagi!

Dah tu terima kasih kepada Mr. Demok for driving us!Tidak macam mana nak pergi kan. Tapi Mr. Demok tolong hantar je la.Tak ada a join mandi sekali ye dak! Tepat jam aku menunjukkan 7.50 pagi, terpampang tulis RM20 Ticket Sold Out!!

Perghh menyirap jugak lah kan. Tapi dapat la juga tiket utk RM50 for the first 1000. Giler lah kan sebab aku dengar pukul 6 pagi dah sold out tiket RM20 tu. Sebab ada yang beli dah pada malam 19 haribulan tu. Ingatkan weekdays tak ramai lah kan, PUIHHH ramai je! Beratur je juga nak naik Vuvuzela bagai tu. Tapi memang awesome ohh naik Vuvuzela tu. Macam nak tercabut juga jantung aku sebab dia macam menjunam membuatkan pelampung tu terapung in the air jap. Then 5D experience macam ala-ala tengok wayang tapi kerusi gerak-gerak and kena sembur air. Seghonok menjerit!Dia tunjuk wayang macam kita ini tengak naik slides yang super duper curam pastu ada haiwan gergasi kejar kita la,ada tengkorak yang lanun tu super gergasi.Hahahaha kelakar pun ada juga.

Then kami mandi2 dekatbeach dia semua. Macam biasa la ada ramai lelaki-lelaki yang macam jakun tak pernah mandi pool menari nari dalam pool tu sebab ada music kan. And dorang macam grouping ramai-ramai sesama lelaki macam kolam tu dorang punya.Pusing-pusing dalam air tu macam buat tarian Zumba dah dalam tu sampai orang lain nak berenang renanag pun tak aman sebab takut kena raba ke apa kan.

Then around pukul 3.30 petang macam tu, kami pun keluar.Solat bagai2 semua. Terus choww pergi IOI Mall nak pi makan Soul Garden. Sebab dekat IOI Mall macam banyak choices sikit. Memang melantak habis lah kan. Daging dia sedap! Seafood semua ni dah biasa kan. Sorang kena la RM35 including tax. Tu pun dah bawa student card. And time tu dah dikira untuk dinner kan.

So overall seronok!Kenyang!Baik baik dah lose some weight naik turun tangga masa main dekat Sunway Lagoon ,gain weight balik makan melampau!Apa pon tak boleh!! =___="

Muka masing masing selepas beli tiket.

Then we went for breakfast sat.


Beratur seramai ramai orang.

ROOMIEESS!!! <3

ERK!well bukti la gi Sunway Lagoon. Kalau tak orang tak percaya.kahkahkah


Dalam kereta.Muka masing masing =___="

That duck reaction macam "Please get away from me"!hahahaha


Ni dah nak balik.weeee!




Tuesday 18 June 2013

Abah, Happy Birthday :')

Assalamualaikum.

Hari ini aku ingin menceritakan tentang abah. Hari ini birthday beliau and aku still dekat hostel cos ada hal yang nak dibuat yang dah di plan.Mungkin sambutan birthday tu akan di buat during the weekends where semua org ada.

Abah..Tak semua orang bernasib baik untuk ada seorang ayah yang ada menemani anaknya sehingga umur aku setakat ni nak mencecah 20 tahun. To be honest aku tak rapat sangat dengan abah aku. Aku hanya cakap dengan dia benda yang penting. But I guess kebanyakan nya lebih rapat dengan emak. Cerita masalah dengan emak, bergaduh dengan emak, request emak masakkan makanan favourite, etc. Tak ramai anak yang dapat berkongsi segala information dengan mak dan abah kedua duanya sekali. Aku antara orang yang tak bertuah tu. 

Tapi aku tak kisah sangat pun walaupun kadang kala terdetik rasa cemburu cos orang lain macam rapat dengan kedua dua mak dan abahnya. Abah aku memang baik pun. Time kecil, apa aku nak request je la, mesti dapat. Lagi lagi aku anak last so memang adik beradik aku memang panas je dengan aku.Kahkahkah. Tapi aku juga lah yang akan digunakan if dorang nak pape including mak aku yang turut gunakan aku if nak suh balik kampung awal time raya. Sebab abah aku suka balik pagi raya. Jadi aku lah tukang request and abah aku akan automatic okay je.

Abah aku tak pernah naik tangan dengan aku. Jentik pun tak pernah. Marah pernah lah. Setiap kali kalau call on the phone aku hanya berbicara dengan emak instead of abah. So everytime if aku call abah aku utk wish Happy Birthday ke apa automatic suara aku bergetaran nak nangis. I just don'y know why. Maybe because I just think I'm not a good daughter or maybe rasa mcm...tah la kau tahu yang abah kau dah makin berusia setiap kali kau call utk mengucapkan selamat hari lahir padanya. Suara tawanya yang kecil bila anak dia yg sorg ni call wish birthday dia, menunjukkan abah kau yang selalu bg apa kau nak masa kecil dah lanjut usianya namun masih membanting tulang utk sara keluarga.

Menjadi seorang "Adik" dalam keluarga membuatkan aku seorang yang mudah menangis. I just hoping my Abah will always be blessed by Allah, dipanjangkan usianya, diperkuatkan kudratnya, menjalani kehidupan dia dengan gembira sebagaimana dia membahagiakan aku masa kecil, di murahkan rezekinya. Semoga dia dan emak sentiasa ada untuk menemani anaknya ini sehingga anak dia ni graduate, receive kerja pertamanya, beli kereta pertamanya, berkahwin, lihat cucunya, jaga aku berpantang dan semualah!!

Aku just takut if mereka tak sempat nak tengok aku kecapi semua semua tu. Cos for sure aku sedih and jealous kakak and abg aku semua sempat merasa semua itu bersama emak dan abah. So aku harap aku sempat juga. Aku berdoa sangat2. Jadi anak last tak semua indah juga. :')

I love you Abdul Hamid Bin Mohamed and Rabiah bt Md. Durum.




"A dad is someone who holds you when you cry
Scolds you when you break the rules

Shines with pride when you succeed

And has faith in you even when you fail"

Sunday 16 June 2013

Watamaaattttt!!Tutup Buku utk First Year!




Assalamualaikum!
MERDEEKAAAA!!!!HOYEAAHHH
Kahkahkah!Nampak tak betapa excited muka nya tu!! Maklumlah berakhirnya sudah final exam ku dan secara tak langsung menandakan tamatnya tahun pertama kat UPM ni. Seriously masa begitu pantas berlalu ohh.. I mean like eh come on lah dah dekat setahun aku dekat UPM ni. Woaaahhh!

So paper semua was okay la. Tak tahu la guane result nya nanti. But of course kita bertawakal je la since kita dah berusaha yang terbaik. Benda biasa kalau exam tu ada goreng goreng.Ala releks lah! Tak student lah kalau tak kasi goreng as long as tak sampai hangit !muahahaha. Itu lah namanya critical thinking!Kalau semua nak bajet apa semua yang kau baca dalam buku wajib keluar memang TAK lah kan!

So plans utk cuti ni ingat nak kerja tapi haven't decide yet nak kerja dekat mana. Yang penting kalau tiada aral melintang akan pergi Sunway Lagoooonnn bermandi manda bersama roomates tershayunk! *wempittss sangat*

Whatever it is exam is finally OVER!!!And ni lah muka kami di saat keluar dr exam hall immediately jumpa member and said "JOM AMIK GAMBAR". hahaha motif sangat kan nak kasi upload dkt fb semua.




And sebagai sambutan di malam hari
.............




Burp!Dah kenyang.Hihihi

Tuesday 4 June 2013

Studying Makes Me Feel Weak!

Assalamualaikum.

Minggu ini bermula lah study week. Instead of studying, aku sibuk menulis entri baru.I mean like it's just so boring nak mengadap buku ni. Patutnya hari ini plan nak study Food Engineering. Well dari dulu zaman muda-muda dulu mmg aku tak minat sangat pun anything related to physics ni. Tapi belajarlah kan for the sake of knowledge yang perlu diguna pakai time exam nanti.

Seperti biasa bila study week, confirm-confirm aku balik rumah study dekat rumah. Benda ini aku praktikkan zaman aku kat matriks lagi. Walaupun rumah dekat selangor, matrik kat Melaka, aku gagahkan juga balik rumah pikul buku-buku tu. Maybe sebab aku kena study dalam keadaan yang senyap tak ada orang sangat. Sebab bila time exam semua perangai orang pelik-pelik weh. Emosi semua bukan stabil sangat. Ada yang sampai tak tidur minum cafein berkoyan-koyan. Semua tu psiko diri sendiri weh..

Macam bila kau rasa kau dah penat study then kau tgk roomate kau bangun pepagi buta konon stay up la.Kau automatic rasa tercabar macam " eee tgk dia ada stamina lagi. Dia boleh study lama mesti banyak input dia dapat".

Sebab tu aku tak boleh nak study dekat hostel. Aku rasa di psiko. Bila kat rumah, aku tak tahu pasal org lain dah study sampai mana ke apa ke.So aku tak kisah janji aku tahu diri aku macam mana. Mungkin itu antara sebabnya setiap kali final exam aku akan balik juga ke rumah!Hahaha. Plus kat rumah ada makanan.Hihihi. So tak payah nak turun kafe beli makanan dan sebagainya. Then ada tv. Stress-stress boleh rehatkan minda jap. Barulah terisi rohani,jasmani,intelek semua! Ni kalau dekat hostel, kau rasa nak rehat, tp tgk roomate tengah study,nak kacau borak pun tak sampai hati. Terpaksa ngadap je la buku tu sampai nak tembus kau pandang!!

Study group? It only works for subject yang involve calculation.If Biology or subjek2 membaca kau nak study group?Huh I don't think it would be effective. But heyy itu pandangan aku la. Setiap orang lain-lain.

So far, aku dah cover secara TEKNIKAL NYA utk 2 subjek.Tapi aku risau boleh ke aku keluarkan balik apa aku baca tu time exam. Alahai.. Takpe BELIEVE!!In sha Allah! Cakap la macam mana punya planning nak study awal tapi akhirnya study last minute jugak.apa pun tak boleh.

I guess til here for now. In sha Allah cuti ini akan disemarakkan blog dengan update2 baru..Doakan saya! Gambatehhh!!Oh yeahhhh dean list baaabeee! Byeeeeeeeee!