Sunday 30 June 2013

Perempuan dan Scandal.

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak cerita pasal *baca title di atas*.

Well bukan nak kata yang lelaki tak ada scandal, tapi pffttt lelaki kan memang playboy haruslah ada scandal.Ops! Or senang cakap perempuan kan ramai sangat di akhir zaman ini, bagi ayat manis lemak berkrim, dan tunjukkan perhatian tanpa berbelah bahagi and selalu text confirm perempuan sangkut. Easy!

But perempuan ini, time dia tengah laris haruslah pasang ramai back up.Hahahahha. Memang dasar perempuan suka akan perhatian, pujian, dibelai manja dan kasih sayang. So bila perempuan dapat semua ini, automatic dia feeling HOT SETUFF dan bila dah nama HOT SETUFF haruslah ada scandalsss. So jangan lah juga mudah terpedaya gadis gadis yang nampak sopan innocent macam tak pernah dicintai tu tak ada scandal you know!Kadang kala dorang lagi hebat. Scandal ni boleh berlaku time dah couple atau tak. Scandal ini tak ada apa apa ikatan. Lebih kepada friends for benefit. Benefit dari segi masa dan perhatian.

Selalunya no personal feelings involved but at some point bila dah rapat sangat of course hati pun akan suka sama suka. Tapi kenapa perempuan selalu ada scandal? Bagi aku dulu time hormon baru memuncak meningkat remaja, ada la scandal ini. Sebab saja feeling HOT SETUFF walaupun sebenarnya rupa pun yang adooo katanya. Plus lebih kepada meluaskan jaringan sosial kepada mengenali ramai org dalam satu masa berlainan background was something yang interesting. Tu je la.

Tapi bila dah berumur dewasa ini, macam benda semua sangat poyo sebab buang masa dan kredit. Bila dah besar ini, banyak lagi masa aku nak digunakan untuk belajar, aktif kat kolej, basuh baju, makan, tidur, etc so macam tah lah. Maybe juga disebabkan aku dah jumpa Mr. Demok so kalau nak menggatal juga memang kena hempuk lah jawabnya. Kahkahkah. Sebab aku dah puas dengan hukuman karma where buat tak baik kat orang yang percayakan kita, lastly kena the exact payback. So aku stop.

Maybe kalau dah lonely berseorangan, keinginan tu mungkin ada tapi bukan nak berfoya foya kenal tah sape sape. Selalunya perempuan yang dah couple turut ada scandal tapi tak mengaku. Dorang akan cakap "EEEE DIA NIEWWW KAWAN I JEWWW". Memang nampak sangat "kawan" bila dah selalu text, gambar kat fb semua dia je yang tukang like and comment, sanggup call habiskan credit bergayut berjam lamanya. Huh perempuan kalau dah ada lelaki like and comment gambar dia confirm dia dah target laki tu suka dia punya. Pastu apa lagi bagi respons baik punya lahh kasi green light utk lelaki cucuk line.

Yes semua orang bersifat defensive. Semua orang akan bersikap tamak terhadap apa yang di ada. Kadang kala bila dah selalu berjumpa dan bersama, akan terbit satu perasaan bosan dengan pasangan. Ini normal. Sebab tu pasangan tends utk bermesra dengan orang lain bila peluang ada especially orang ketiga tu starts dulu. And normal juga bila sang boyfriend bengang and nak sound En. Scandal, and si perempuan akan mengamuk and mengugut nak tinggalkan si pakwe. Tapi tu keputusan terburu-buru yang akhirnya memakan diri sendiri.

Kenapa? Yela zaman kau bagai nak rak berchenta dengan si pakwe  pun rasa semuanya manis dan seronok sebagaimana yang dirasakan kini dengan En. Scandal. Ala benda ini proses kehidupan yang berulang. Kita ni poyo je kadang kadang. Sebab tu bila terkantoi dengan si pakwe setel elok elok. Yakinkan si pakwe bahawa En. Scandal setakat kawan biasa and kurangkan bibit rasa yang mula berputik terhadap En. Scandal. Kalau degil nak buat perangai lagi, beli lah number baru or pandai lah cover line the next time around. Macam tak biasa. Bagi nasihat macam mana pun, perasaan menggila dalam diri kadang kadang tak boleh dikawal.

Pepatah Inggeris menyebut Live Your Live To The Fullest. Hidup cuma sekali kan. Once you get caught pandai la cover baik punya. Kita ni perempuan nak berscandal takpe sebab once kahwin itu lah lelaki yang kau bawa dunia akhirat. Namun lelaki ni, hati dia ada pecahan2 utk dia kahwin empat!So win win situation la.

Tapi ingatlah, yang si pakwe tu juga la yang awak akan cari time susah senang and dia lah yang anda suka secara jujur dari hati pada zaman ngorat ngorat dulu. Manakala En. Scandal tu hanya terbit kesukaannya apabila anda muak dengan si pakwe. So sayang yang mana lebih jujur dan bertahan lama?

**okay itu untuk lelaki yang setia and baik yer,if lelaki macam keparat cari lah scandal dua tiga dozen buat hari depan**

2 comments:

  1. salam...bw sini....hehehe ganas nya cerita....i hate scandal...menyusahkn...]

    do visit n follow me yaaa
    http://myaleo.blogspot.com/

    ReplyDelete