Hari ini aku ingin menceritakan tentang abah. Hari ini birthday beliau and aku still dekat hostel cos ada hal yang nak dibuat yang dah di plan.Mungkin sambutan birthday tu akan di buat during the weekends where semua org ada.
Abah..Tak semua orang bernasib baik untuk ada seorang ayah yang ada menemani anaknya sehingga umur aku setakat ni nak mencecah 20 tahun. To be honest aku tak rapat sangat dengan abah aku. Aku hanya cakap dengan dia benda yang penting. But I guess kebanyakan nya lebih rapat dengan emak. Cerita masalah dengan emak, bergaduh dengan emak, request emak masakkan makanan favourite, etc. Tak ramai anak yang dapat berkongsi segala information dengan mak dan abah kedua duanya sekali. Aku antara orang yang tak bertuah tu.
Tapi aku tak kisah sangat pun walaupun kadang kala terdetik rasa cemburu cos orang lain macam rapat dengan kedua dua mak dan abahnya. Abah aku memang baik pun. Time kecil, apa aku nak request je la, mesti dapat. Lagi lagi aku anak last so memang adik beradik aku memang panas je dengan aku.Kahkahkah. Tapi aku juga lah yang akan digunakan if dorang nak pape including mak aku yang turut gunakan aku if nak suh balik kampung awal time raya. Sebab abah aku suka balik pagi raya. Jadi aku lah tukang request and abah aku akan automatic okay je.
Abah aku tak pernah naik tangan dengan aku. Jentik pun tak pernah. Marah pernah lah. Setiap kali kalau call on the phone aku hanya berbicara dengan emak instead of abah. So everytime if aku call abah aku utk wish Happy Birthday ke apa automatic suara aku bergetaran nak nangis. I just don'y know why. Maybe because I just think I'm not a good daughter or maybe rasa mcm...tah la kau tahu yang abah kau dah makin berusia setiap kali kau call utk mengucapkan selamat hari lahir padanya. Suara tawanya yang kecil bila anak dia yg sorg ni call wish birthday dia, menunjukkan abah kau yang selalu bg apa kau nak masa kecil dah lanjut usianya namun masih membanting tulang utk sara keluarga.
Menjadi seorang "Adik" dalam keluarga membuatkan aku seorang yang mudah menangis. I just hoping my Abah will always be blessed by Allah, dipanjangkan usianya, diperkuatkan kudratnya, menjalani kehidupan dia dengan gembira sebagaimana dia membahagiakan aku masa kecil, di murahkan rezekinya. Semoga dia dan emak sentiasa ada untuk menemani anaknya ini sehingga anak dia ni graduate, receive kerja pertamanya, beli kereta pertamanya, berkahwin, lihat cucunya, jaga aku berpantang dan semualah!!
Aku just takut if mereka tak sempat nak tengok aku kecapi semua semua tu. Cos for sure aku sedih and jealous kakak and abg aku semua sempat merasa semua itu bersama emak dan abah. So aku harap aku sempat juga. Aku berdoa sangat2. Jadi anak last tak semua indah juga. :')
I love you Abdul Hamid Bin Mohamed and Rabiah bt Md. Durum.
"A dad is someone who holds you when you cry
Scolds you when you break the rules
Shines with pride when you succeed
And has faith in you even when you fail"
No comments:
Post a Comment