Saturday, 22 June 2013

Kebagusan Diri Bukan Terletak Kau Sekolah Mana.

Assalamualaikum.

Apa khabar saudari saudari sekalian?Saya di sini baik-baik sahaja menternak lemak .Heee..Okay ini entri mengisi masa lapang namanya.Nothing serious pun. Just pengalaman yang pernah diterjahi.

Tamat sekolah menengah, aku teruskan pengajian di matrikulasi melaka selama setahun.Then after setahun masuk pula UPM furthering in Bac. of Food Science and Technology. Harap maklum saya bukan akan kerja as a chef or anything. Bidang kerja yang masih belum tentu tapi banyak cabangnya sama ada nak jadi Food Engineer buat mesin mesin pemprosesan makanan, jadi Food Technologist ke yang buat research pasal new product yang boleh dipasarkan. Involve dengan keusahawanan ke, ataupun tentang keselamatan dan pemprosesan makanan halal and ada lagi satu aku tak ingat. Kiranya banyak cabang la juga. I mean like as long as people needs food then selagi tu lah ada kerja ye dak!

Okay sumpah takde kena mengena dengan apa aku nak cerita .Hahahaha

Sepanjang aku masuk dari satu alam pengajian ke alam pengajian yang lain atau lebih tinggi, masa mula-mula masuk orang semua akan sibuk dengan results kita dari previous education kita. Okay to be honest aku pun nak tahu dorang punya juga tapi for some reason aku malas nak tanya and lama-lama aku malas nak ambil tahu. Sebab selalunya orang akan tanya aku dulu so bila dorang dah tanya aku automatic tanya dorang. Maybe dorang rasa insecure dengan diri sendiri and cuba nak tahu kekuatan orang lain tahap mana.Normal la manusia memang macam tu.

Tapi aku just nak kata la, walaupun aku bukan lulusan sekolah asrama penuh, aku dapat juga bagi saingan kepada mereka yang dulu dapat results KEBABOMM masa sekolahnya dulu. Sebab aku jenis ada satu perasaan bersaing yang tinggi juga. Aku bersaing sebab aku nak tunjuk yang aku bukan budak sekolah asrama penuh.Aku bukan budak asrama yg ada prep tiap-tiap malam.Aku tak ada cikgu yang nak suruh paksa belajar but eventually aku berjaya juga. Sebab masa sekolah dulu, aku dgn member selalu cakap selalu budak asrama dorg dapat results bagus pun sebab kena push,sistem dorg memang macam tu. Tapi bila masuk matriks, universiti, dorang macam bebas cos tak stick dengan rules lagi. Ada yang tak dapat keep up dengan sistem baru ni,akhirnya kecundang. Sebab tu tak pelik bila excellent student time sekolah asrama jatuh time matriks or universiti.

Tapi tak semua. Well semua depends pada diri masing masing. Tapi apa aku cakap dari apa aku nampak la. Sebab sometimes budak yang dulunya sekolah menengah biasa lagi releks and cool je bila belajar and still perform.

Sebab tu lah kalau anda adalah budak2 still bersekolah or baru masuk alam pengajian yang baru no matter anda budak sekolah menengah biasa ataupun asrama, just be yourself. Jangan tanam perasaan anda bagus. Yeah you may be good from where you are from tapi bila masuk alam pengajian baru there are a lot of people yang lagi bagus. Jangan pandang sepet dekat orang dari sekolah mana, bandar mana, kampung mana sebab setiap orang istimewa dengan cara mereka sendiri.

Dah banyak kali aku tengok, orang yang selalu cakap "ala time sekolah aku boleh je perform subjek ini", "aku rasa subjek ini senang je dulu", akhirnya jatuh sebab too overconfidence dengan diri mereka. Sebab tu aku kata, time sekolah ,sekolah punya kisah. Tak payah sibuk canang kisah kegemilangan kita pandai, cemerlang ,terbilang dekat orang if orang tak tanya. Lebih baik diam and prove to them through your results. Macam tu baru #RESPECT!

No comments:

Post a Comment