Assalamualaikum
Hari ini setelah sekian lama memerapkan diri di rumah ber-sleeping beauty, finally this beautiful lady dah bersedia nak keluar bersiar-siar. *okay boleh muntah kaca skrg*
Hahaha takde la, hari ini baru ada rezeki nak keluar. Tak tahu nak pergi mana tup-tup jalan lah sampai ke bukit bintang and bershopping di pavilion. Seronok pulak dapat shopping kan, lama sangat dah gian niiee..Lagi seronok apabila Mr. Demok belanja temankan.
Okay bukan lah benda tu aku nak story.
Sebelum kami menuju ke pavilion, kami make a pit stop dekat Kl Sentral. Breakfast dulu kasi tank penuh baru jalan kan. Biasalah kami bukan anak berada kan. Guna public transport if nak kemana-mana. Jimat pon jimat ler. Dah habis breakfast, Mr. Demok pi atm nak cucuk duit. Aku jadi tunggul konon-konon melihat Kl Sentral, orang-orang yang terkocoh gerak ke sana dan ke mari. While aku tengah jadi ala-ala tunggul kat situ, ada pak cik yang baru lepas guna atm machine tu.
Then bila dia berpusing ke belakang dan-dan dia jalan menuju kat aku yg muka memang approachable kan. Tiba-tiba dia macam mengadu nasib dekat aku. Time tu aku cuak la jugak weh, kang aku kena pukau ke apa ke mana lah tahu kan. Tapi aku bermuka manis dan dengar apa pak cik tu cakap. Tapi dalam hati dah segala doa aku baca.
Pak cik tu bercakap dekat aku lebih kurang mcm ni cos dia ckp mcm slow but laju (aku dah la tak tahu hujung pangkal masalah dia tetibe dia luahkan so mana nk tangkap sgt):
Pak Cik: *Mengeluh* Tahla nak, pak cik ni dah tak tahu la mcm mana lagi. Dengan duit kebajikan masyarakat tak dapat. Dengan sewa rumah nak bayar lagi. Tahla nak. *sambil geleng-geleng kepala*
Aku: Yeke pak cik? Hmm..Nak buat mcm mana pak cik,sabarlah.
Okay aku blur so itu je yg mampu keluar dari mulut aku. Then pak cik tu terus menuju kaunter bank yg berada di situ. Mr. Demok yang dah selesai jolok duit dari atm bertanya. Aku pun cerita la kan. Then Mr Demok begitu concern . Aku cakap lah kat dia :
"Beeebiiiiiiiii,kenapa risauuu jewwwww?Atototo tayunk tayunk"
Ok tipu je.Macam ini perbualan kami:
Cik Demok: La knp risau sangat? Bukan pak cik tu keluarkan duit ke tadi?
Mr. Demok: Tak, I nampak tadi dekat screen dia duit dia tinggal RM 14 je. Tu mesti dia pergi bank sebab nak keluarkan duit RM14 tu.
Agaknya memang betul cos lepas dia masuk bank tanya something kat pegawai di situ, nampak pegawai tu geleng kepala macam tak boleh nak tolong dia.
Kemudian lepas pak cik tu keluar dari bank, Mr. Demok pun bertanya kepada pak cik tu. Pak cik tu macam mengadu, mengeluh. Muka nya memang terpampang penuh dengan masalah. Satu ayat dia yang menyentap hati ialah:
"Ni, setakat jual tisu ni, berapa lah sangat"
Suaranya sebak.
Tisu tu diletak dalam plastik kecik yang warna oren-oren merah yang kita selalu jumpa kat kedai tu. Dah la pakai tongkat. Kesian sangat. Dia seumpama terpaksa meluahkan beban yang dia tanggung even to someone he barely known. Aku rasa terharu kerana dalam banyak-banyak manusia di situ dia meluahkannya pada kami. Mungkin tak banyak yang kami dapat bantu tapi harap-harap dengan dia luahkan masalah dia tu, dapat ringan kan sikit beban dia.
Banyak manusia yang lagi susah dari kita, banyak yang kita jumpa di tepi jalan minta sedekah semua. Tapi kita ignore mereka sebab kita tak tahu kisah mereka. Bila datang seorang insan yang sedang diuji Allah , meluahkan perasaan nya baru time tu rasa insaf seketika. Dan sebelum kami berpisah , dia sempat lagi offer kami tisu yg dia bawa . Tapi kami katakan takpe. Dan dia sempat mengakhiri pertemuan kami dengan mendoakan kami berjaya dalam apa yang kami lakukan sambil tersenyum dan sempat bergurau .
Sehebat hebat manusia ialah orang yang masih mahu dan mampu buat orang lain tersenyum biarpun dirinya dalam kesedihan.
Semoga Allah memudahkan segala cabaran dan dugaan yang dilalui oleh kita semua termasuk pak cik tadi. Amin.
Sedih pulak baca.. Terbayang kalau nasib pakcik tu terjadi pada orang2 yang kita sayang. Sedihnya.
ReplyDelete