Thursday, 21 March 2013

Saya salah, saya minta maaf. Awak jawab apa?

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Hehehe patriotik gilerr. Okayy it has been a while since the last time I updated my blog. Eww geli giler bajet followers beribu nak baca blog kau.hahahaha. Sem dua amat busy sekali. Dengan penglibatan diri dalam festival teater kolej. Bajet retisss sangat kan. Nak buat macam mana kan, dalam kolej beratus ratus
orang tapi bila benda2 macam ini muka orang yang sama je involve. Okay enough pasal kesibukan diri.

Takde story sangat pun actually. Cuma dari pengalaman diri. Dekat universiti, nak bergerak ke kelas ke,pergi mana-mana kitaorang gunakan bas. Dan untuk kolej aku, banyak lagi kolej lain dalam kawasan yang sama. Bila banyak kolej lain, banyak lah orang. Perkara biasa bila naik bas berhimpit, berlaga jasmani antara satu sama lain. Lagi-lagi pula kalau tak dapat tempat duduk. Adoii kena berdiri. Tu takpe lagi. Tapi bila ada org nak turun kita yang berdiri ni terpaksa berhimpit,kecikkan badan bagi orang belakang nak lalu.

Sebagai orang yang tak berapa nak kecil sangat ni memang biasa tersenggol mana-mana macam kepala orang lain yang tengah duduk. Dan sebagai orang yang di didik untuk berbudi bahasa of course automatik mulut kita cakap sorry. Tapi kepada orang yang kena langgar tu, buat bodoh je,muka masam je padahal kita dah kata sorry. Aku kalau langgar orang ,aku terus pegang lengan dia sambil cakap sorry.Macam adab la kot. Tapi perempuan je pegang lengan. Lelaki kang mahu kena pandang slek! Tapi sekali sekala pon apa salahnya. Muehehehe.. Okay-okay go on.

Yer mungkin orang tu dah biasa kena langgar kot. Dalam sehari dekat 10 kali orang asyik terlanggar, tersenggol dia. So penat dia nak balas balik cakap "ehh takpe takpe" or "it's okay, langgarlah lagi".

Tapi apa yang aku cuba sampaikan , tu la budi bahasa. Orang dah cakap sorry at least the least thing you could do is smile . Tu pun dah cukup baik and orang yang terlanggar tadi tak lah rasa bersalah sangat. Tapi cuba kalau mamat handsome yang langgar, cakap sorry ,mesti laju je pandang, bagi senyuman termanisss sekali. Tu lah dia diskriminasi sesama jantina. *emo*

Maybe korang pun ada terbuat macam ini tanpa sedar. Yer aku faham kadang-kadang kita letih. Kita anggap orang langgar kita benda biasa. Accidents happen. I know. Tapi tu bagi kita. Bagi orang lain?Walaupun tersenggol sikit mungkin nampak biasa. Tak perlu kata maaf mahupun cakap "takpe, it's okay". Tapi kan sopan, manis, molek if kita kata sorry if kita yang salah. Dan bagi yang mangsa keadaan tunjuklah muka manis sikit dan balas balik orang dah kata sorry. Jangan bajet buat muka diva sangat lah.

Benda nampak biasa and simple but benda itulah yang kita tak praktikkan. Budi bahasa budaya kita! Wahh!Hhehehe..

Okayyy byeee :)



No comments:

Post a Comment