Assalamualaikum.
Teehee it has been a while ,isn't it? Well this semester quite a hectic one sebab banyak sangat aktiviti. Okay cukup-cukuplah dengan alasan. Aku terpanggil nak menulis sedikit tentang sesuatu.
Before that,aku tahu aku bukan perfect. Macam ini lah. Hari tu aku ada menghantar mesej dekat FB to gadis molek yang niatnya ingin berhijrah menjadi seorang hamba Allah yang makin baik. Bagus niat tu. And memang nampak lah, dari status yang di update semunya berunsurkan dakwah, nasihat, ingat mengingati. Okay aku respect lah benda tu. Namun aku terkejut saat ada kat news feed dia update cover photo dia. Bukan lah dia letak gambar tak senonoh ke apa. Tapi gaya post status dah bagus dah. Tapi cover photo menunjukkan gaya dia seperti supermodel muslimah yg menunjukkan separuh mukanya. Memang dia berhijab. Tapi apa masalah aku dengan gambar tu?
Masalahnya di tepi gambar tu ada kata-kata menggambarkan kepentingan berhijab. Dah cantik dah. Tapi .. gambar dia dengan make up tebal, eyeliner tebal dan menarik sampai ke ekor mata, bibir dengan lipstick pink. Honestly, aku tak pandang mesej tepi gambar tu tapi aku tatap gambar dia.
Menutup aurat bukan sekadar berhijab. Perempuan ni sangat cantik dan menarik. Dari lirikan matanya, lenggok badannya, halus jari jemarinya, ukiran bibirnya dan etc yang boleh buat sesiapa sahaja especially lelaki turns on. Jadi aku berasa terpanggil utk tegur dia walaupun aku sendiri tak sempurna. The reason why is because dia nak berubah tp slack nya dia post gambar mcm tu mcm nak suruh orang tatap dan terpesona dengan wajah nya yang cantik itu and at the same time mesej yang nak di sampaikan tentang kepentingan berhijab ,bagi aku bila tgk gambar tu, mesej yang ditampilkan ialah "tengoklah aku tetap menawan dan cantik dan menarik walaupun aku berhijab".
Sebab tu aku macam mempersoalkan tujuan bergambar mcm tu. Adakah nak suruh orang tatap mesej yang ditulis tepi gambar tu or suruh orang tatap wajah nya? Kalau dia tak post status dakwah bagai ni, maybe aku tak kisah lah dia nak post gambar dia cantik2 pakai make up lawa2,lighting sana sini bagi nampak mcm model. Tapi sebab dia ke arah perubahan and apa aku nmpk mcm tak proper bagi seseorang yg sedang nak berubah sebab tu aku tegur dia.
Kadang-kadang kita takut nak tegur orang, takut orang akan cakap "ala kau tu pun lagi teruk dari aku, ada hati nak tegur aku". Tapi sebab concern kita terhadap orang sebab tu kita harus tegur agar orang tu tak jadi macam kita.
P/s: Alhamdulillah orang tersebut menerima teguran aku dengan baik dan tak salah faham or terasa hati dengan aku. The following day, dia tukar and delete dah gambar tu. Hopefully dia istiqamah dengan perubahan dia buat tu.
No comments:
Post a Comment