Tuesday, 24 December 2013

Bukit Kutu Adventure!

Assalamualaikum.

Sempena dengan study week di rumah ni, tiba tiba rasa bosan so nak meng update lah apa yg telah aku lakukan semester ni. Paling menarik ialah aku pergi mendaki Bukit Kutu yang terletak dekat Kuala Kubu. Tak pernah pernah aku pergi mendaki, Time sekolah je pergi jungle trekking tapi apa lah sangat kan jungle treking.Pfftt! Hahaha

Orang yg kenal aku mesti tahu aku jenis lembik-lembik, tak aktif gitu. Tapi aku berjaya membuktikan aku berjaya mendaki bukit tu. Walaupun namanya bukit but hey jgn pandang rendah okay. Ketinggian dia 1053 meter and with that kind of height, it should be called as gunung kutu okay! Pendakian mengambil masa 4 jam where kiteorg start dlm pukul 7 lebih mcm tu. But since hujan all the way and sesat twice, kami sampai puncak pukul 1 ptg.

Dengan hanya bawa beg galas Adidas, aku bawa tuala kecil, telekung, baju sehelai, seluar sehelai, benda benda dalam yang sepatutnya. Walaupun pendakian ni sehari je, tapi bawa baju lebih sebab meredah sungai bagai. Takkan kau balik nanti naik bas or kereta dengan berlumpur lumpur!

Untuk makanan, aku bawa kurma beberapa biji, chocolate bar Crunchy, roti gardenia 50 sen dua paket, wafer cube sepaket, air mineral dua botol. Kawan aku bawa air 100 plus. Lagi bagus if korg bawa air red bull ke kan. Then aku bawa baju hujan yg dispossable. Plus aku bawa plastik where aku balut semua baju, telekung aku tu dlm plastik. Handphone and camera aku letak dlm plastik juga.

Kasut aku pakai kasut getah beli kat kedai dlm 7 ringgit lebih. Katanya lebih grip. Lagi pun kalau nak pakai kasut sukan mcm takut tak cengkam sgt. Maklumlah kasut sukan tu utk berlari. Bukan kasut utk mendaki. Memanglah mendaki ada proper shoes tapi kasut getah ni pun boleh. Plus dgn keadaan berlecak semua,kau nak korbankan kasut sukan beli mahal mahal tu memang tak lah!

To be honest, memang letih giler. Aku rasa mcm nk give up, sampai boleh dengar bunyi nafas aku mcm org semput. Memang mcm nak mati. Tapi ku gagahkan juga. Bila sampai puncak memang cantik! Dan bila nak turun berapa kali aku jatuh sebab licin. Ibu jari sampai lebam dua dua sebab menahan kaki time turun bukit tu. Walaupun before pergi ada lah naik turun tangga 2 kali je, tapi penat juga.Hahhaa.

Well korg boleh ler tengok gambar gambar ni.Enjoy!


Okay kita stretching duluuuu. Semangat aku buat gitchew!

Ni muka muka suci and comel sebelum mendaki!

Okay cheesseeeee!

Gossip mak jemah sebelum mendaki. Breakfast katanya!

To the Kutu we go!

Ni time sesat, ambil kesempatan bergambar dlm hutan jap.
Oh introducing roomates I!
Tengah tengah daki org tunjuk camera. Senyum je lah  walau mcm nak tercabut nyawa time tu

Ni kami berehat mcm tempat batu batu besar!Gua katanya.

Tadaa!Cantik kan batu batu tu!

Haa senyumlah! Tu baju hujan walau nmpk ala ala plastik sampah
sebab dh rabak sana sini kena ranting





Ni dah sampai puncak!Wehoo!Seluar I mcm baru lepas kena dye!


Roomates mengambil kesempatan merakam memori bersama! 

Subhanallah!

Rasa mcm nak lompat ats awan gebu gebu tu!


Well itu lah antaranya tentang pengembaraan ke Bukit Kutu. Pengalaman seumur hidup. Kalau anda rasa tak fit, time pergi bukit ni ramai lagi org tak fit. Tapi dorg pergi juga sebab nak merasa. Tidak bila lagi kot! 


p/s: apa apa pun ketegangan seluruh badan mmg tak yah citer. Seksa woah gi kelas tertonggek tonggek mcm mak nenek sakit kaki punya pasal. Amik masa seminggu nak baik. Hehehe so GOOD LUCK! 


Till then Byeeee!! <3




Sunday, 1 December 2013

Pengorbanan

Assalamualaikum.

"Somebody who  will always understand, somebody who will always care" - Someone Who Can by Yuna.

Dalam hidup kita di kelilingi dengan ibu, ayah, adik beradik, kawan-kawan, manusia manusia lain yang turut berkongsi planet ini dengan kita.

Semakin kita meningkat dewasa, kita belajar untuk berkorban. Berkorban demi ibu bapa yang nak lihat kita berjaya. Berkerah masa dan tenaga pergi kelas, balik lewat malam dari discussion, bersengkang mata tak tidur study time test. Semua tu utk apa? Just untuk bagi tahu dkt parents korg pada setiap akhir sem yang kau dapat dean list mungkin? Cuba utk menggembirakan mereka, sbb mereka tak pernah di beri peluang utk belajar sebagaimana yg kita perolehi skrg.

Haha tapi itu klise sangat mungkin. Contoh yang aku bg terlalu common utk dibaca. Banyak sgt novel novel dan status org di Facebook memperkatakan benda yang sama.

Korban bukan berkenaan bnd yang gempak gempak je. Benda yg kecil tapi jika kita terpaksa susahkan diri kita semata mata utk seseorg atau sesuatu, itu dah korban bagi aku. Sebagai contoh, kau balik awal dari kelas. Tiba tiba hari nak hujan. Kau tahu roomate kau basuh kain banyak di ampaian tersidai. Walau dia tak suruh, kau berkorban angkat kain dia yang bertimbun tu. Sebab kau cuba letakkan diri kau dkt tmpt dia . Apa perasaan nya bila kain yg banyak dh nak kering tiba tiba basah dek kerana hujan. Hampa bukan? Kalau tak hampa korg mmg tak pernah basuh kain atau setakat guna dryer.

Korban yg lain. Bila kita minta tolong dkt seseorang, kita kena lah pandai berbudi. Maksudnya ada lah balasan kita bagi dkt org tu. Bukan balasan hadiah, duit, makan dan minum. Tetapi ingatlah budi org yang tolong kita tu. Sebab bila kita ingat budi yang dia buat, mana tahu di hari lain kelak, dia meminta tolong dkt kita,kita tak teragak agak nak tolong sbb kita tahu budinya pada kita. Contohnya, korg tak faham sesuatu perkara, maka korg pun pergilah bertanya pada kawan korg yang lebih terror dr korg akan hal demikian. Pd hal kawan korg tu tgh sibuk buat kerja lain, tapi sbb korg rush nak siapkan kerja korg, dia sanggup ketepikan sebentar kerja dia dan melayan permintaan korg. Tup tup kerja korg siap dah namun kerja dia tak siap lagi. Tapi dia tak mengeluh or apa apa pun. The next time around bila si kawan tu minta tolong balik, korg cakap "nanti lah", "ada masa aku buatkan", etc. Nampak tak permainan dia?

Kalau org lain boleh berkorban utk kita, kenapa tidak kita?Kenapa susah sangat utk kita letak diri kita dekat tempat org lain? Manusia. Bila kita tak ada apa apa, kita tahu utk meminta tolong . Namun bila kita dah punya segalanya, kita alpa dengan apa yang kita ada, kita alpa dengan org yang tolong kita. Ya benar, orang yg tolong kita tu mungkin setakat tolong bnd kecik je. Yang menyebab kan kita berjaya adalah berkat usaha gigih kita kononnya. Tapi masa susah, org yg tolong benda kecik tu lah yang kau harap harapkan, meminta minta utk dia tolong kau pada ketika dahulu. Bukan mahu mengungkit, tetapi inilah hakikatnya. Kalau tak apa guna peribahasa, "orang berbudi , kita berbahasa" tu wujud?

Til then, Bye!