Sunday, 1 December 2013

Pengorbanan

Assalamualaikum.

"Somebody who  will always understand, somebody who will always care" - Someone Who Can by Yuna.

Dalam hidup kita di kelilingi dengan ibu, ayah, adik beradik, kawan-kawan, manusia manusia lain yang turut berkongsi planet ini dengan kita.

Semakin kita meningkat dewasa, kita belajar untuk berkorban. Berkorban demi ibu bapa yang nak lihat kita berjaya. Berkerah masa dan tenaga pergi kelas, balik lewat malam dari discussion, bersengkang mata tak tidur study time test. Semua tu utk apa? Just untuk bagi tahu dkt parents korg pada setiap akhir sem yang kau dapat dean list mungkin? Cuba utk menggembirakan mereka, sbb mereka tak pernah di beri peluang utk belajar sebagaimana yg kita perolehi skrg.

Haha tapi itu klise sangat mungkin. Contoh yang aku bg terlalu common utk dibaca. Banyak sgt novel novel dan status org di Facebook memperkatakan benda yang sama.

Korban bukan berkenaan bnd yang gempak gempak je. Benda yg kecil tapi jika kita terpaksa susahkan diri kita semata mata utk seseorg atau sesuatu, itu dah korban bagi aku. Sebagai contoh, kau balik awal dari kelas. Tiba tiba hari nak hujan. Kau tahu roomate kau basuh kain banyak di ampaian tersidai. Walau dia tak suruh, kau berkorban angkat kain dia yang bertimbun tu. Sebab kau cuba letakkan diri kau dkt tmpt dia . Apa perasaan nya bila kain yg banyak dh nak kering tiba tiba basah dek kerana hujan. Hampa bukan? Kalau tak hampa korg mmg tak pernah basuh kain atau setakat guna dryer.

Korban yg lain. Bila kita minta tolong dkt seseorang, kita kena lah pandai berbudi. Maksudnya ada lah balasan kita bagi dkt org tu. Bukan balasan hadiah, duit, makan dan minum. Tetapi ingatlah budi org yang tolong kita tu. Sebab bila kita ingat budi yang dia buat, mana tahu di hari lain kelak, dia meminta tolong dkt kita,kita tak teragak agak nak tolong sbb kita tahu budinya pada kita. Contohnya, korg tak faham sesuatu perkara, maka korg pun pergilah bertanya pada kawan korg yang lebih terror dr korg akan hal demikian. Pd hal kawan korg tu tgh sibuk buat kerja lain, tapi sbb korg rush nak siapkan kerja korg, dia sanggup ketepikan sebentar kerja dia dan melayan permintaan korg. Tup tup kerja korg siap dah namun kerja dia tak siap lagi. Tapi dia tak mengeluh or apa apa pun. The next time around bila si kawan tu minta tolong balik, korg cakap "nanti lah", "ada masa aku buatkan", etc. Nampak tak permainan dia?

Kalau org lain boleh berkorban utk kita, kenapa tidak kita?Kenapa susah sangat utk kita letak diri kita dekat tempat org lain? Manusia. Bila kita tak ada apa apa, kita tahu utk meminta tolong . Namun bila kita dah punya segalanya, kita alpa dengan apa yang kita ada, kita alpa dengan org yang tolong kita. Ya benar, orang yg tolong kita tu mungkin setakat tolong bnd kecik je. Yang menyebab kan kita berjaya adalah berkat usaha gigih kita kononnya. Tapi masa susah, org yg tolong benda kecik tu lah yang kau harap harapkan, meminta minta utk dia tolong kau pada ketika dahulu. Bukan mahu mengungkit, tetapi inilah hakikatnya. Kalau tak apa guna peribahasa, "orang berbudi , kita berbahasa" tu wujud?

Til then, Bye!

No comments:

Post a Comment