Assalamualaikum and Hye!
Well, ramadhan sudah nk sampai ke penghujungnya and now I'm not feeling well. Kuat sangat kerja, badan tak dapat tolerate. Aiceceh. Bila kerja ni dia bg motivasi dkt diri utk belajar lebih kuat dan menghargai kehidupan sebagai student. Sebab apa? Sebab kerja mmg tak best.
Plus, ia mengajar kita utk belajar bagus2 in order dpt kerja yg bagus, dpt gaji yg bagus. But dunia skrg, bukan ada degree passport utk kau duduk dlm office goyang kaki. Semua kena mula dari bawah juga. Tapi at least berbeza if bekerja takda kelulusan. Kerja dimana kita tidak punyai kelulusan perlukan masa, kecekalan dan sabar sbb kau kena gain experience by experimenting dan kena maki. Kadang2 walau gaji tinggi pun bila difikirkan penat yg kau curahkan rasa mcm haihh penat tu lagi terasa dr duit gaji yg kau dapat.
Uish panjang pulak aku membebel. Apa yg best tentang kerja dkt retail store ni ialah layan customer. Tgk kehidupan orang. Berjumpa dgn pelbagai orang. Aku suka. So far aku jumpa dengan customer yg amat bagus, peramah. Satu benda aku bangga jadi orang Malaysia. Although sometimes ada je customer yg muka masam ke apa tapi itu boleh kira dgn jari la. Yang lain semua bagus, friendly.
Cuma! Please la people, aku sendiri menganggap diri aku customer as well. Cuba lah kalau rasa tak nak beli, jangan sepahkan item especially item yang berlipat atau yg elok dibungkus dlm plastik. Memang tangan semua gatal gatal belaka. Aku faham customer nk tengok item, nk buka ,nak rasa material etc. Tapi bila rasa tak nak janganlah diporok benda alah tu konon takkan ada org perasan!Pffttt! At least lipat senonoh sikit boleh. Haiyaaa. Aku suka customer yg akan approach suruh amikkan size baju or seluar utk dia sbb dia tak berani nak mcm sepahkan item kami yg dah cantik lipat or susun. Haa aku tak kesah oh mcm tu. Dari kau memandai mandai nak space kau sendiri pastu kau punggah barang.
Aku sendiri pun if datang kedai mana mana, aku anggap kedai tu mcm rumah orang, so aku tak simply nak punggah punggah barang. Unless aku memang interested buying that particular item aku akan buka dari lipatan and if benda tu tak seperti yang diinginkan at least just quick fold and letak balik.Takda lah nak biar bersepah sebab kite respect kedai org tu.
Itu je lah rasanya masalah paling common yang kena hadap. Tapi yela katanya customer is always right. So sabar je lah. But if semua org ada attitude respect kedai org mcm rumah orang benda ni mungkin dapat ditangani. Aiceeh!
No comments:
Post a Comment