Friday, 20 November 2015

Susah senang sama sama.

Assalamualaikum and hye!

Sekarang pukul  3.33 pagi.

Yess aku baru habis buat segala mak nenek punya assignment. Aku just rasa ada benda perlu diluahkan.

With upcoming product launching day, life has been hell so far. Being a food technologies not only involving food tau. Main dengan packaging. Designing. Engineering parts. Chemist sikit. Aku rasa mcm serious lahhh semua bnd bnd ni kiteorg kena ambil tahu. Pada hal dalam industry nanti, bukan pakai semua bnd tu pun. Tapi whatever lah kan.

Bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya.

Tadi aku pergi pasar malam. For once, aku dpt melihat kebaikan berlaku berganda ganda depan mata akan sikap Malaysians kita. Sebab org tak ramai sangat so boleh perhati orang sikit sikit.

First, ada makcik meminta sedekah di pasar malam. Ini common untuk dilihat di pasar malam kita. Tapi mak cik tu bawa anak umur dlm 6-7 tahun. Buah mak cik tu jatuh bergolek. Then ada uncle chinese ni tolong ambilkan and pass kat makcik yg tgh duduk dekat jalan tu sambil pegang kepala anak dia suruh pi kat mak dia sebab anak dia macam merayau sikit.

Second, peniaga melayu and customer chinese. Uncle dia bagi duit Rm10 kat bro tu sambil mcm ckp kasi balik duit. Bro tu terpinga sbb dia pun blur busy layan pelanggan. Bro tu. Bro tu tak amik duit tu, dia pi bg lagi Rm 10 kat uncle tu sbb dia pun tak faham apa uncle tu cakap, Pastu uncle tu "bukan bukan. Kasi I RM 1. Baki i RM 1 je. Lu bagi RM 20 rugi la you". Aku pun mcm waaahh bagusnya masih ada manusia yg jujur. Tapi agaklah perbezaan rm20 and rm1 besar pulak.

Third, abang bangla jaga tengah beli belah di pasar mlm. Sambil dia berjalan, dia terus hulur duit masuk dlm cawan makcik minta sedekah yg aku citer awal tadi. Org luar dtg kerja tempat kita bg sedekah dekat org kita yang masih mengemis di negara sendiri. Plus, org luar lagi rasa peduli nak taburkan duitnya yg hanya bergaji seorang jaga kepada makcik tu berbanding org lain yg hanya lalu tepi makcik tu mcm tak ada apa apa.

Termasuk aku lah tu.

Sebab aku tgk mak cik tu sihat je. Anak pun sihat tak cacat anggota. Aku agak skeptikal dalam beri sedekah pada golongan sebegini. Maaf aku berfikiran begini tapi Islam pun tak mengajar kita mengemis. Lainlah if makcik tu mmg uzur itu lain. Ni mak cik tu muda lagi. Tapi yela kesusahan org tak boleh kita nak tahu or judge.

Selain itu, satu luahan hati sendiri, bila kadang2 kau minta tolong dekat org yg kau rasa boleh tolong kau sebab kau kenal lama dengan dia or penting dalam hidup dia or apa apa lah, tapi dorg tak boleh tolong and biarkan kau terkapai2 tanpa tanya "nak tolong apa2 yg lain tak?". Kadang2 org yg kau kenal time kerja part time tak kenal asal usul sgt pun, keluarga pun tak pernah jumpa, yg boleh sanggup nk tolong kau dari segi kerja kau, kewangan, etc. Walaupun dari segi luarannya maybe nmpk mcm jenis2 tak baik je.

Manusia. Sedih sikit bila kenangkan mcm tu. Tapi nak buat mcm mana, once kau dah tak penting lagi dalam hidup dorg, you are nothing.

Betul org cakap, bila kau susah, kadang2 kawan2 kau yg tak belajar tinggi, yg gangster ke, yang org dok cakap sosial lebih la apa la, dorg yg offer untuk tolong tanpa perlu kita tanya lebih2. Kawan2 kau belajar tinggi2, pakai smart2, muka lawa handsome, boleh tolong TAPI tgk masa dorg. Kita kalau tengah susah mana ada tahu masa org kan?

p/s. Thank you partner Kitschen. :)

Friday, 25 September 2015

Tips Latihan Industri

Assalamualaikum and Hye.

Masuk minggu ketiga untuk tahun yang keempat meneruskan pengajian dia salah sebuah IPTA. Perghh skema sungguh rasanya permulaan bicara itu tadi.

So semenjak dh masuk ni, as a seniors giteww jumpa la junior2 yang sebelum ni rasanya tak rasa pernah wujud kat faculty tu haa. So ada lah yang bertanya pasal latihan industri and stuff pada we ollss yang akak akak ni.

Based on my experience last year, faculty agak menghampakan sikit sebab buat taklimat lambat. Tapi sebab kami bijak jadi everything proceed dgn initiatif sendiri dimana kau yang cari company mana nk buat intern, kau juga yang call company tu, kau yang email resume sendiri, kau juga call dorg lagi utk dpt feedback and kau tunggu. Dpt feedback baru inform dkt faculty untuk proceed dgn official letter utk kau bagi dkt company tersebut. Pastu voilaa!! Done! You got your place for your intern. The thing is if kau kata " ala faculty handle kan semua ". You know what, faculty kau bnyk masalah lain nk handle.

Yes dia akan tolong kau bg resume dkt pilihan company yg kau nak. Dalam tiga pilihan yang kau letak. Pastu faculty biar je lepas tu sampai satu keadaan yang dh mcm darurat baru la faculty kau tolong kelam kabut untuk kau bila mana sampai saat akhir kau punya resume still tak dpt response dari company yang diingini. So if nak pass kat faculty it's up to you but ambil langkah sendiri juga untuk email personally other company and followed by calling them a week mcm tu lps kau dh pass resume kau. Bila call tu cakap lah, yang kau ada hantar resume regarding kau nk minta placement for doing your industrial training kat company dorg. And kau dah pass resume dgn org sekian sekian. Ckp nak tahu receive tak email tu and accepted or not. Itu saja.

Macam aku email company dkt 15 buah companies kot. Dpt feedback balik dari 3 companies. So nampak tak nisbah dia mcm mana? Apa apa pun company kau berminat, call tanya dorang accept intern students tak and nnt dorg kasi la email kat kau utk pass resume tu.

And bila email tu jangan lah tak bertamadun email kau send kan. Kena lah professional giteww. Even semua maklumat ada dlm resume yg kau attach tu, still make a brief intro gitew dkt dlm email tu. Mcm nama, student mana, pelajar tahun berapa and ambil kos apa. Tujuan kau hantar email ni, nyatakan period kau nk buat intern, letak no. fon juga, terima kasih utk kerjasama yada yada etc.

p/s: Bila kau search pasal company yangkau minat, selalunya dia tulis contact number and email semua kan? Apa apa call dulu. Kau jgn malas nk call and confident pi hantar resume dkt email yang dia bubuh kat website tu sbb website selalunya jarang giler update. Plus org yang handle budak2 intern, lain emailnya okayh. So jgn bendul sangat or malas.

Thursday, 20 August 2015

We make this memory for ourselves

Assalamualaikum gorgeous ladies and handsome men out there. Wowooowoooh lama dho tak update.

Bhahahahaha. Tak ada inspirasi nk membebel pulak kan.

Aku ada satu kotak. Kotak tu tersimpan semua bnd memori yg ada dari sekolah rendah sampai matriks. Aku suka godek kotak tu sekali sekala utk imbas all the good times yg dilalui.

Kotak tu ada hadiah,album gambar, buku contengan bodoh2 time sekolah,and mostly surat/kad. Kad tu mostly drpd kad raya dapat masa sekolah and matriks. Ada juga birthday card, surat surat mcm surat cinta surat perpisahan surat alamat biodata dan sebagainya.

Aku suka simpan bnd bnd mcm ni sbb dia sentimental values. Aku suka bg kad or surat dkt org sbb apa yg kita tulis tu mcm tersemat dlm kad tu sbb dia menggambarkan perasaan time kita tulis bnd tu. The effort of writing long essays and kata kata yg dicoretkan bg memastikan org yg membaca merasai apa yg dia rasa.

Bilamana kau dah lost contact ke apa dgn org tu, kad kad yg prnh dibagi buat kau imbas kembali bnd bnd yg indah dan buat kau ketawa sorg2. I guess it 's a good therapy pun. Best dho baca bnd bnd lama.

Skrg bila ada whatsapp and stuff and org ambil mudah wish birthday or raya dari whatsapp mmg tak ada masalah. Tp bila kau nk throwback tak boleh sbb nak kena scroll zaman bila punya conversation tu. Tapi if card kau boleh simpan and baca bila bila kau nak. Dan sebab tu aku hargai if org bg aku kad or surat. Sbb dorg bg masa utk buat dan tulis.

Hidup semua org sama ada 24 jam. Tapi dia dh bazirkan masa dia utk buat sesuatu utk bg kita happy pd hal masa tu terbuang dan tak dpt balik. Sbb tu aku hargai. :)

Org boleh bg bnd mahal mahal if dia ada duit. Sbb dia beli je. Tp effort dia nak buat bnd sng tp remeh tu walaupun tak bnyk kos, tak semua org RAJIN.

Haihh good times. Good times. 😌


Sunday, 10 May 2015

Manners mana Manners??

Assalamualaikum and hello.

Okay hari ni aku nak cerita perihal manusia especially malaysian drivers. Sejak berulang alik KJ-Port Klang 6 hari seminggu selama dah nk msk 4 bulan ni, aku perhati je orang2 memandu di jalan raya.

Okay aku taklah pemandu yg handal pun. Yang menyirap dgn pemandu nowadays ni, dia dah nmpk kita bg signal nak tukar lorong kot and keadaan tgh jam sebab traffic light for an example, dia tetap jolok ke depan tak nak bg masuk.

Sesungguhnya aku menyampah dgn manusia sebegini. Menggunakan kelebihan kereta kecik aku akan lagi lojok arhhh!! Peduli pulak aku. Kau nak laju laju bukan dpt terbang pun. Mmg jalan tgh a bit congested so bg je lah org lain nak masuk. Pernah jadi mcm tu BANYAK kali. Ada satu part tu kereta apa tah aku lupa pula. Lepas tu dia melojok tak nak bg gua masuk. Kereta kami mmg sebelah sebelah ni rapat. Aku terus pandang muka dia kebetulan dia pndg aku. Lelaki pula. Dasar.

Sebab dia bersikap tak logik. Jadi dia sedar akan itu lalu dia rasa dia bertindak bodoh dan memberikan gua jalan. The thing is, if dkt ats highway kau tgh speed tak bg masuk itu kita faham. Ni jalan tgh bergerak perlahan.

Itu satu. Another thing, mmg org dalam kereta tak enjoy eh muka semua stress mcm tgh tahan nak buang air. Aku dlm kereta tak lah menggila tapi hello, ada radio kot. Aku excitedly sing along apa2 lagu keluar, gerakkan bahu ke, jari ke. While aku tgk other drivers mcm focus giler kot. Maybe dorg humming ke tak tahu lah kan. Tapi come on. Tu la tak enjoy, nak speed, serious all the time, tak fun oh! Tapi taklah mcm nmpk org gila pula enjoy sakan berpartayyy dalam kereta smp tak sedar diri pula kan.

Kesimpulan dr bebelan tu ialah:
1. Prihatin lah sikit! If kau tahu jalan mmg tgh slow, ada org changing lanes, bagi je lah masuk. Tak rugi apa pun kot. Fikir mcm ni je la, kau mudahkan urusan org, nnt hidup kau akan dimudahkan. Bnd kononnya kita tahu tapi kita sendiri tak apply dlm hidup seharian. Tak semestinya kat jln beb. If kau masuk lif, ada orang masuk lif dgn troli, pastu nak tolak troli tu berat pulak ke dalam lif, sambil kau masuk lif, kau boleh je pegang tepi troli bg a lil force utk senangkan kerja org and jimatkan masa the whole pengguna lif. Betul tak?

Treat people with random kindness as much as possible even if you dont know them. Cuba kalau org buat mcm tu kat kau, kau mst terharu kan? So bg orang2 diluar sana terharu dgn tindakan kita sbb itu sebenarnya pengajaran utk mereka agar mereka dpt sebarkan kebaikan itu kpd orang yg lain. Cool kan?

2. Enjoy dalam kereta. Jgn muka mcm tension. Ahh stress aku tgk. Maaflah gua drive hari hari mostly area itu semua kebanyakannya lelaki beb. Lorry drivers semua so muka panas je kan. Jadi mungkin kena chill sikit semua org.


Okay bye.
Ikhlas dari redpicanto's owner!

Tuesday, 20 January 2015

Helah Kau Buat Bila Ada Gf/Bf

Assalamualaikum and Hye!

Aku baru lepas call kawan aku wishing her birthday. kay detail sgt nak bg tahu kan. Dari conversation tu terdetik ilham nak buat entri ni.

Masih segar dalam ingatan even sampai skrg pun maybe buat benda yang sama. Buat apa? Dari zaman kanak2 sampai lah remaja sampai dah dewasa ni, mcm aku family aku bukan open sgt especially when it comes to relationship. Dia sporting buat buat tahu tapi tak nak ambil tahu sangat. So kena la kreatif bila dah ada boyfriend mcm nak keluar ke apa ke cipta alsan.

Plus, aku bukan jenis selalu boleh keluar rumah. Bukanlah kena kurung tapi memang dah mcm tu, kang ada je sebelum keluar kena siasat mcm mcm soalan keluar. So aku keluar sekali sekala je baik dgn kawan atau pun boyfriend ke apa dulu supaya tak suspicious. Hhahaha. Sometimes kelakar bila fikir balik apa kita sanggup buat demi keseronokan dan kegilaan remaja pada zaman tu. Maklumlah hormon meningkat, perasaan ingin tahu, perasaan ingin bersuka ria, perasaan utk mengabdikan memori utk simpanan sendiri.

-Setiap kali nak keluar mesti ajak member yg parents kau percaya. Tak psl2 member terpaksa berjln temankan kau dating.

-Lepastu dah up sikit, guna nama member je padahal member tu tak ada pun and kadang2 tak tahu menahu kau guna nama dia.

-Sengaja nak balik hostel awal sbb nak keluar punya pasal. Atau cakap balik rumah lewat dgn alasan kemas bilik tapi kau sibuk nak keluar.

-Cakap busy tapi sebenarnya kau nak keluar.

-Kalau on the phone, pandai cover line by ckp ganas2 if dpn parents ke apa. Lepastu laju je ckp, haa mesej lah. Ok bye. Hhahaha

-If nak bg kad raya, tulis banyak sikit sekali dgn kwn2 utk cover line supaya tak kantoi sebenarnya ada kad raya utk boyfriend sendiri

-Dekat phone, save nama bf biasa biasa je sbb tak nak kantoi if dia call, kita boleh kata kwn biasa je

-Semangat siapkan kerja, kelas ke apa ke, sbb nak habiskan masa lepastu dgn bf/kwn

Benda benda mcm tu la antara aku pernah buat. Tapi yela kata pun remaja. Fikir nak enjoy je. Bila dah besar sikit, dah tahu fikir. Sbb dah pernah merasa seronok tu kau pun kdg2 lebih tahu menilai apa kau nak kdg2. Sometimes rasa malas dlm diri lagi melampau lampau dari nak keluar keluar tu. Tu la proses kehidupan.

Time utk org kita sayang, baru lagi , rasa excited to do all the stuffs together, buat hobby bersama la, keluar ambil gambar sama sama, kata pun nak abadikan memori gitewww. Kelakar rasanya. Setiap org cerita dia berlainan. Aku punya biasa je tak advance sgt rasanya. Takde lah to an extent menyelinap keluar rumah ke apa kan. Hhaha MELAMPAU namanya tu.

Memang la dasarnya menipu parents la kan. Tapi sbb bila kau ckp bnd betul sama ada kau tak dapat keluar langsung or memang mcm mcm soalan nk kena jawab. Tapi itulah parents kan. Someday aku pun akan jadi mcm tu juga, siapa tak sayang anak oii. Tapi bila dah besar ni, tak lah strict mcm dulu lagi tp still lah ada curfew kan tak boleh balik lewat malam. But, if tny nak keluar dgn siapa, tak de lah aku tipu. Kalau keluar dgn kawan lelaki mmg ckp je straight keluar dgn sapa. Sbb dah besar parents pun tahu mana satu yg kau katakan betul org ni kawan mana bf or etc.

Monday, 19 January 2015

Harapan 2015

Assalamualaikum and hello.

Oh well it might be too late to wish happy 2015. But yeah tak ada idea nak membebel apa. Nothing interesting to be shared.

Oh yeah since dah 2015 ni, on February akan start la internship training aku dkt massimo factory. Tak tahu nak expect apa but just hoping for the best. Excited? Of course la sbb nnt selama 6 bulan tu berpraktikal. 6 bulan la kengkonon setiap batch roti keluar dari kilang ada sentuhan fatin najiha. Okay tipu je semua benda pun guna machine kan. Hhahaha.

Based on the title entri ni pun, actually i don't really like to put hope into something. Because maybe i'm scared of getting hurt. Tapi aiceceh mcm poyo sangat je kan. Well harapan selama setengah tahun utk 2015 ialah internship akan berjalan lancar and awesome and bnyk trick trick dlm sesebuah food production boleh dipelajari. Lagi setengah tahun 2015 pula is where aku akan masuk final year semester pertama aku. Itu memang tahu hidup sumpah hectic tapi harap boleh cope with everything. Macam tak biasa kan.

Harapan utk benda lain? Hmm..Just hoping for org yg ada di sekeliling remain tanpa ada kekurangan ahlinya. Tapi jgn letak harapan dkt manusia lebih sgt kerana manusia tu lemah dalam menghargai. Jadi kita go with the flow and whoever comes and go always give some lesson to you in return. So don't worry. Other harapan lain ialah utk melancong!Hahaha.

Org ckp kumpul duit nnt nak kahwin. Well aku nak kumpul duit nak melancong. Maybe aku dh malas nak fikir akan kepuasan atau apa org fikir. Duit boleh cari kann. Baik habiskan utk diri sendiri rather than ada duit selalu spend utk org lain or bnd bkn2 aje. Baik pergi melancong meluaskan fikiran. Itu salah satu harapan aku iaitu jgn fikirkan psl org lain sgt yg belum tentu fikir akan kita. Sounds a lil bit heartless but tak ada mcm tu. Lebih kpd if kau perlukan aku, aku akan ada. Tapi aku takkan cari kau melainkan aku terdesak.

Banyak pula harapan dia.Hahaha. Katakan pun harapan so lantak la nak berharapan mcm mcm kan.

Terbang terbang tinggi walau tanah di kaki kan ku cari langit. Terbang terbang tinggi awan biru menanti bersama pelangi