Aku ni memang jenis penakut. Penakut pada serangga, penakut naik basikal
Aku memang terlalu banyak situasi dengan lipas masa kecil. Sebab tu aku mcm phobia sikit dengan binatang ni. Mana tak nya, time aku tidur dia pernah datang merayap dekat atas muka aku. Lepas tu bilik aku ada la pasang kelambu ala-ala macam pwincesss tu kan. So, pernah juga cik lipas datang merayap memanjat kat kelambu dan akhirnya dia hilang imbangan agaknya, terus KECEPEKKK!! atas muka aku jugak! So aku yg sedap tido akan terus panik melompat-lompat ke sana ke mari,ambil bantal pukul satu katil padahal aku tak tahu mana pun lipas tu. Akhirnya abang aku akan tolong setelkan.hehehe..
Pernah juga, dulu-dulu main rollerblade. Kasut rollerblade tu aku share dengan cousin aku since time tu aku budak kecil lagi. So muatlah satu kasut dua kaki. Aku pijak atas kaki cousin aku tu. So tengah-tengah slide sana ke mari tiba-tiba ada benda merayap. Tak lain tak bukan cik lipas kiter!Melompat aku berlari kaki ayam. Perghh memang menyirap. Disebabkan phobia,geli,marah dengan lipas, bila masa aku dapat peluang bunuh dia memang aku jadi psiko,pembunuh bersiri. Tapi tu akan terjadi bila lipas tu dalam keadaan lemah and keliru. Kalau tak aku yang selalu lari dulu. Hahaha.
Pernah masa rumah aku paip tersumbat kat dapur, aku terpaksa kemas, cuci,mop lantai. So dalam mengemas becak-becak tu wahhh cik lipas keluar beramai-ramai. Kerana terlalu takut dan cuak, aku merembat penyapu lidi mak aku and aku pun hentak sekor sekor lipas guna bahagian belakang penyapu lidi tu. Habis semuanya penyek mengeluarkan lendir.EEEYEEEKK! Time tu aku berasa puas kerana berjaya conquer ketakutan aku.MUAHAHAHAHAHA.
Nak dijadikan cerita, malam tadi aku terserempak lipas kat dapur. Selalu aku tak bunuh sebab aku kan penakut.Aku akan setakat acah-acah buat bunyi bagi dia lari. Tapi wahh cik lipas ni buat derkk je pulak. Hmmm sakit pulak hati kiter tengok bukan main action dia!Maka aku amik la selipar mak aku tepok tepi dia bagi gertak. Dia pun lari dan masuk ke sinki. Aku pun tak tahu nak bunuh cam mana, aku buka air kat sinki tu. Tapi dia kuat kot!Tak tergolek pun kena curahan air tu. Sebab tension tak mati-mati, aku dapat satu akal. Tengah cik lipas tu berusaha mengelakkan diri dari air, aku dengan pantas mengambil sabun serbuk kain tu dan dengan pantas aku menabur nabur ke atas lipas bagaikan macam tabur jampi serapah. Dengan serta merta lipas tersebut kepedihan dan kegulingan dan akhirnya terus mati.
Nampak macam kejam kan tapi itu lah aku bila aku dapat peluang bunuh lipas. Aku akan lakukan apa saja asalkan lipas tu beralih dari pandangan ku atau dia harus MATI!Okay nampak sangat psiko kat situ tapi itulah aku dah gertak nak halau dia buat bodoh.Memang kenalah. Pasal tabur serbuk sabun tu, aku pernah baca kat internet, tak sangka menjadi.Hehehe. So anda boleh cuba di rumah!
Ni guna bertong-tong sabun kain tu belum tentu mati ni! |
No comments:
Post a Comment