Tuesday, 5 November 2013

Kadang Kadang...

Kadang kadang orang yang pakai baju kurung setelah biasa kita tengok dia pakai jeans and kemeja,
nampak cantik sangat.

Kadang kadang orang yang kita rasa dia brutal and kasar, bila dia sebut Alhamdulillah rasa merdu sangat.

Kadang kadang orang yang jarang kita nampak buat baik depan mata kita, bila kita berpeluang nmpk dia buat baik rasa mulia sangat

Kadang kadang bila orang yang pendiam biasanya mula petah berbicara bila presentation lebih lebih lagi in English rasa kagum sangat

Kadang kadang bila orang yang biasa dpt markah biasa biasa time test dpt 4.0 flat rasa terkejut sangat

Kadang kadang bila lelaki yang gangster habis sarung baju Melayu bila hari raya nampak redup dan bergaya sangat

Kadang kadang orang yg biasa freehair tiba tiba kita nampak dia sarung telekung, nampak subhanallah cantiknya dia.

Kadang kadang orang yang berniqab ni kita nampak cantik nya mata dia. Kalau matanya dah cantik apatah lagi seluruh mukanya. Patutlah dia berpurdah.

Kadang kadang orang yg selalu dtg kerja lambat tp sebenarnya dia sibuk tolong mak dia sbb dia shj yg boleh mak dia harapkan rasa mcm tak sangkanya.

Kadang kadang orang yang kita rasa dia mcm garang atau berdikari tp sebenarnya dia dah kehilangan salah satu ibu atau bapanya, terkejutnya kita betapa dia tabah.

Kadang kadang kita nampak surface sahaja tapi tak nampak apa yg tersirat di dalamnya. Bila dah tahu apa yg tersirat barulah kita mengerti dan terkejut sendiri. This is LIFE!Nothing is impossible in life.




No comments:

Post a Comment