Friday, 31 January 2014

People's Perception

Asslamualaikum and Hye!


Aku just nak cerita perihal kita manusia ni. First impression memang selalunya tak betul tapi aku tak tahu kenapa orang pentingkan sangat first impression ni especially kalau dlm interview. Padahal interviewer ni, first impression dia sah sah lah nak tgk muka kau lawa or pecah, baju kau cantik ke hodoh, bau kau wangi ke hangit, etc.

Betul kan? Sebab mana nye lah interviewer tu dpt tahu hati budi kau pun. Dan kite beriya iya dgn this term mcm benda ni penting, padahal tak de benda pun. Semua org boleh menipu. Semua orang boleh jadi pelakon yg hebat.

Pakai kemas sikit, org dah target "uish kemas nya budak ni, mst bnd lain dia cekap kerja kalau pengurusan diri pun dah cekap".

Pakai sopan, tudung labuh, siap stokin, "Baik budak ni, sopan pandai jaga aurat mst pandai jaga peradaban"

And this goes on and on and on utk semua benda.

But you know what, looks can be deceiving.

Kalau kita dah kenal dgn somebody tu, barulah kita tahu cara dia berkawan, cara dia bercakap, cara dia bekerja. Bnd yg aku nak cerita adalah, sometimes org cepat sgt judge. Sama ada dorg cepat sgt sangka baik or entahlah. Aku bkn nak kata aku selalu bersangka buruk tapi aku jenis analyse dulu.

Oh budak ni sopan.

Tgk pula dia ni asal dari K.L ke luar K.L ke sabah serawak ke. Pastu tgk pula dia pergi sekolah mcm mana dulu, asrama ke, sekolah biasa ke, sekolah lelaki or sekolah perempuan je ke. So aku tahu nak expect mcm mana. If sangkaan aku betul dia bukan seperti yg kita lihat, then I won't be surprised.

Mcm kawan kawan aku mungkin dorg bersangka baik cepat sgt dr penampilan, pastu bila personaliti kawan dorg tak seperti dlm gambaran yg difikirkan, terus budak tu kena bash (bash as in senyap senyap melahirkan rasa tak percaya).

Bagi aku, perkara begitu dah biasa ku lihat, aku hidup bukanlah di tengah bandar but still dlm arus kemajuan. Aku pergi sekolah bukan sekolah yg penuh disiplin dimana buat salah kena rotan, ada warden jaga and stuff. Aku berkawan bukan lah dgn org sesama kaum atau sebangsa sahaja. Aku keluar bukan juga sesama kaum atau sesama bangsa sahaja. Aku tak kata aku baik dan aku tak pula nak kata aku jahat.

Tapi, aku prefer if org lihat aku jenis open but still restricted kind of girl. Kerana ini membolehkan aku utk masuk dlm kumpulan mana mana, keluar dgn sesiapa. Aku keluar dgn sesiapa bermaksud keluar dgn kawan lah bukan strangers sbb bagi aku , aku dpt kenal sedikit sebanyak perangai manusia di sekeliling kita.

Bila kita kenal perangai perangai manusia, kita lebih peka memilih kawan, pilih boyfriend, pilih tunang, pilih suami, pilih apa apalah kan! Sebab seriously jgn mudah terpedaya dgn penampilan. Bkn lah maksudnya dorg ni jahat tapi jgn lah kita ni cepat betul judge contohnya mcm  lelaki pakai songkok tu baik so nk buat jd calon suamilah!

Sebab dia hanya melaksanakan tanggungjawab dia sebagai hamba tuhan, mungkin dia kadang kadang terlajak berhibur atau pun merelakan diri ditepuk tampar oleh wanita lain, pastu kita senang senang terus hentam dia and benci golongan jenis bersongkok dgn mengatakan bajet alim. Well dia manusia ,dia ada nafsu, and hidup ini hanya sekali, make mistakes and learnt from it.

Kadang kadang mungkin kawan kawan mmg org org yg baik. Mungkin aku tak sebaik dorg. Aku sedar aku tak sebaik dorg. Tapi aku rela if dorg pandang aku jenis happy go lucky, lantak-lah-type-of-person, pakai tudung x tutup litup, ganas buat kerja, etc. Sebab itu aku. Cause I don't have to be fake.

 But the time will come for everyone to change. To be somebody yg biarlah org tgk sebagaimana cantik di luaran begitu juga lah dalaman nye.

So pengajaran nya dari tulisan yg merapu pepanjang ni, jgn assume org tu sepertimana luaran dia. Mcm aku jahat sikit, kalau org tu comel, pandai nk melawa, make up sentiasa, mesti aku fikir dia pernah jadi playgirl or pernah layan ramai lelaki a.k.a peminat dia. Jahat tak pemikiran aku? Tapi aku cek background dia dulu la , dia mcm mana.Hihihi.

Monday, 27 January 2014

Chocolate cupcakes and Butter Cream Frosting resepi!

Assalamualaikum and hye!

Well aku teruja utk berkongsi resepi hari ini. Kerana cuti sem aku habiskan dgn makan dan makan. Disebabkan keterujaan makan meningkat berganda ganda, keterujaan memasak turut timbul sebab aku dok melayan My Kitchen Rules tiap tiap hari.

So hari tu aku ada buat Chocolate Cupcakes with Butter Cream Frosting. Memang niat lama dah nak buat tapi tak berkesempatan sampai lah hari tu aku gagahkan diri utk buat.So tertunai juga keinginan hati yg sudah lama di pendam.

Ada dua element utk buat cupcakes ni iaitu chocolate cakes dan butter cream frosting.

Chocolate cupcakes resepi

1. 2 cawan tepung
2. 2 cawan gula (dikisar halus)
3. 5 biji telur
4. 1 cawan koko
5. 1 cawan susu pekat
6. 1 cawan air panas
7. 1 sudu teh baking powder
8. 3/4 cawan minyak masak

Butter cream frosting resepi

1. 150g Butter - softened
2. 250g icing sugar
3. 1 sudu teh vanilla essence
4. 2 sudu teh air panas


Itu bahan bahan nya. Ok utk yg chocolate cupcakes tu mmg x guna butter but guna minyak instead. Resepi tu mudah aku belajar dari kakak aku. 

Firstly korg kisah gula tu sampai jadi debu gitu, lepas tu baru korg campurkan semua bahan bahan tadi dalam satu mangkuk yg besar. 

Tapi mcm aku, aku campur semua benda tu dalam satu mangkuk dan aku akhiri dengan satu cawan air panas tu then aku mix it all together. Resepi ni boleh kukus atau bakar. But aku buat bakar lah kan.

Btw, masa aku buat kek ni, aku tak tapis pun tepung,koko and benda2 kering tu. Aku campur je and mix guna mixer. Mula mula nampak mcm berketul tapi aku buat bodoh je so lama lama tengok ketulan2 tu tak ada pun. Sebab resepi ni senang main campak je and korg juga nak makan kan? So as long sedap tak de hal punya.

Aku bakar cupcakes tu dlm suhu 200 darjah celcius for about 20 minutes juga. Tapi kena pepandai tengok, cucuk cucuk lidi juga. Sebab yela mcm aku kan first timer, and isi padu kek tu dlm setiap acuan agak beza sikit so pepandai lah korg tgk.

Lepas dah siap aku biar je cupcakes tu atas meja kasi sejuk while aku siapkan frosting. Yang resepi frosting tu aku tgk kat internet, dia kata resepi tu cukup utk 12 cakes je, tapi aku buat design2 comel comel je so dapat lah utk 20 cakes frosting tu. Pepandai bajet lah kan sbb aku malas nk buat bebanyak. And if korg x suka manis maybe boleh kurangkan gula kat icing tu.

So jadilah kek korg tu. Simpan dalam peti ais. Bila simpan dlm peti ais, makin moist kek kiter dengan icing semua, pergh heaven weh!! Mmg manis sikit lah tapi aku okay je memanis ni. Tak nak letak aising pun dah cukup manis dah.

Selamat mencuba! As for me selamat menjamu selera!Omnmnom!








p/s: and yeah aku ada la pecah pecah kan oreo tetabur sikit ats icing sebagai hiasan plus sebagai penutup kepada kehodohan aku piping icing tu. Hehehe

Saturday, 4 January 2014

The "Meleiss" Nowadays!

Assalamualaikum and Hello peeps!Well ni entri baru pada tahun baru.

Eventhough dah tahun baru, benda yang aku nak tulis bukan bnd yg baru. I'm sorry guys for not writing hot issues ke apa, kau ingat aku Melodi. I just need to express my feeling and apa aku rasa yer.

Okay aku bukan nak kata apa lah. Bukan nak menuduh atau cakap buruk pasal bangsa sendiri tp selalu memang benda benda annoying and pelik mesti orang kita lah number One!! Mungkin ada je bangsa lain buat benda benda pelik juga but we seems don't care sebab atas dasar perbezaan cara hidup dan agama so kita macam pandang sebelah mata je.

Ada je bangsa kita maju ke dapan and buat benda hebat hebat tp segelintir manusia ini yg menyebabkan kita lebih fokus kat dorang since they are such an atention seeker so kita pulak bg apa dorg nak which is the attention that they seek! For example macam Bobo tu haa. Aku respect confident level dia yg tinggi, sometimes it is fun tgk video orang yg buat lawak and sanggup org ketawakan dia but at some point bila dia rasa dia dah famous, bila ada org org kita support dia x berbelah bagi, dia jadi makin berani and buat adegan mcm tak senonoh dengan bentuk and gerak badan dia. It's annoying and disgusting!

Next macam Syasya Solero tu. Itu lagi satu. Dia kata in Wanita Hari Ini, dia tak ada You tube Account but dia ada Keek. So if dia kata dia bukan nak cari populariti ke apa and dia tak tahu macam mana orang amik video dia dari Keek and upload kat You tube then kenapa dia buat one video after another bila video first pasal "macam cantik, macam comel" jadi viral and trending?! Nampak tak permainan dia. Lepas tu apa motif upload kau nyanyi lagu nasyid la and buat muka.

Lepas tu bangsa kita juga lah yg promote dorang ni. Masuk tv lah. Bangsa kita juga lah gatal buat lagu pulak kononnya dapat idea dr si Syasya tu. I mean like kenapa orang kita suka mempromote orang yang salah? Banyak lagi talented people out there yg nak masuk competition la apa la, tak lepas lepas but this kind of people easily get the access masuk tv lah, masuk iklan Kak Ton lah, orang buat lagu lah feat dgn Erry Putra semua. Haa Erry Putra tu pun nak try Syasya tu ke apa?Aiyoo what happen to the Malaysian people today especially the Malays!

Budak buang baby? Honestly speaking eh aku cakap, aku rasa orang Melayu. Tak semua!! Tapi Malays would be the highest contributor mungkin? Okay kenapa? Sebab agama kita Islam memang terang terang melarang perbuatan yg mendekati zina apatah lagi mengandungkan anak haram. So yg "Meleis" ni mmg cuak lah kan, dah lah berzina, mengandung pulak tu. And mmg masyarkat kita akan pandang serong pun terhadap mereka yang dah tersalah jalan ni. Di sebabkan cuak and tak nak tanggung malu, plus tak nak di kategorikan sebagai pelaku maksiat oleh masyarakat terus ambil tindakan terburu-buru buang anak. If other races, mungkin ada je buang atau pun campak je baby dr atas bangunan but bila Melayu buat mmg riuh sekampung since WE ARE THE MELEISS (MALAYS)!

Belum kira part part gejala sosial yang kebanyakan nya malays yang hanyut. I mean like org kita ni pandai buat tapi kan dorg ni sebenarnya tak bijak mana pun. Setakat accah acah nak jadi havoc je. Contoh mcm ambil dadah, judi ke apa. Bangsa lain ambil juga tapi boleh je control and cover if ambil dadah, main judi bijak je main tipu kasi tak nak kalah. Tapi Malays menggelabah nak try jadi gitu tapi tak reti last-last memakan diri and memalukan. For God sake itu memalukan! If kena tangkap sebab berjaya buat rompakan billion-billion and paling terbaik dari segi planning mcm dalam movie movie tu  boleh juga aku kagum sbb otak hebat. Ni baru curi mesin atm dah kena tangkap. Alahaaii sedihhh betul!

Maaflah aku bukan nak hina bangsa aku sendiri tapi aku just highlight apa yg tengah berlaku and we seems to let this thing going on again and again. Please lah stop jadi bahan ketawa oh Malays.

 p /s: Tu budak yang darjah 1 masuk kepala dekat kerusi pun Melayu jugak!!! *face palm*