Well aku teruja utk berkongsi resepi hari ini. Kerana cuti sem aku habiskan dgn makan dan makan. Disebabkan keterujaan makan meningkat berganda ganda, keterujaan memasak turut timbul sebab aku dok melayan My Kitchen Rules tiap tiap hari.
So hari tu aku ada buat Chocolate Cupcakes with Butter Cream Frosting. Memang niat lama dah nak buat tapi tak berkesempatan sampai lah hari tu aku gagahkan diri utk buat.So tertunai juga keinginan hati yg sudah lama di pendam.
Ada dua element utk buat cupcakes ni iaitu chocolate cakes dan butter cream frosting.
Chocolate cupcakes resepi
1. 2 cawan tepung
2. 2 cawan gula (dikisar halus)
3. 5 biji telur
4. 1 cawan koko
5. 1 cawan susu pekat
6. 1 cawan air panas
7. 1 sudu teh baking powder
8. 3/4 cawan minyak masak
Butter cream frosting resepi
1. 150g Butter - softened
2. 250g icing sugar
3. 1 sudu teh vanilla essence
4. 2 sudu teh air panas
Itu bahan bahan nya. Ok utk yg chocolate cupcakes tu mmg x guna butter but guna minyak instead. Resepi tu mudah aku belajar dari kakak aku.
Firstly korg kisah gula tu sampai jadi debu gitu, lepas tu baru korg campurkan semua bahan bahan tadi dalam satu mangkuk yg besar.
Tapi mcm aku, aku campur semua benda tu dalam satu mangkuk dan aku akhiri dengan satu cawan air panas tu then aku mix it all together. Resepi ni boleh kukus atau bakar. But aku buat bakar lah kan.
Btw, masa aku buat kek ni, aku tak tapis pun tepung,koko and benda2 kering tu. Aku campur je and mix guna mixer. Mula mula nampak mcm berketul tapi aku buat bodoh je so lama lama tengok ketulan2 tu tak ada pun. Sebab resepi ni senang main campak je and korg juga nak makan kan? So as long sedap tak de hal punya.
Aku bakar cupcakes tu dlm suhu 200 darjah celcius for about 20 minutes juga. Tapi kena pepandai tengok, cucuk cucuk lidi juga. Sebab yela mcm aku kan first timer, and isi padu kek tu dlm setiap acuan agak beza sikit so pepandai lah korg tgk.
Lepas dah siap aku biar je cupcakes tu atas meja kasi sejuk while aku siapkan frosting. Yang resepi frosting tu aku tgk kat internet, dia kata resepi tu cukup utk 12 cakes je, tapi aku buat design2 comel comel je so dapat lah utk 20 cakes frosting tu. Pepandai bajet lah kan sbb aku malas nk buat bebanyak. And if korg x suka manis maybe boleh kurangkan gula kat icing tu.
So jadilah kek korg tu. Simpan dalam peti ais. Bila simpan dlm peti ais, makin moist kek kiter dengan icing semua, pergh heaven weh!! Mmg manis sikit lah tapi aku okay je memanis ni. Tak nak letak aising pun dah cukup manis dah.
p/s: and yeah aku ada la pecah pecah kan oreo tetabur sikit ats icing sebagai hiasan plus sebagai penutup kepada kehodohan aku piping icing tu. Hehehe
rajinnyerr.,ehHHee
ReplyDelete