Friday, 31 January 2014

People's Perception

Asslamualaikum and Hye!


Aku just nak cerita perihal kita manusia ni. First impression memang selalunya tak betul tapi aku tak tahu kenapa orang pentingkan sangat first impression ni especially kalau dlm interview. Padahal interviewer ni, first impression dia sah sah lah nak tgk muka kau lawa or pecah, baju kau cantik ke hodoh, bau kau wangi ke hangit, etc.

Betul kan? Sebab mana nye lah interviewer tu dpt tahu hati budi kau pun. Dan kite beriya iya dgn this term mcm benda ni penting, padahal tak de benda pun. Semua org boleh menipu. Semua orang boleh jadi pelakon yg hebat.

Pakai kemas sikit, org dah target "uish kemas nya budak ni, mst bnd lain dia cekap kerja kalau pengurusan diri pun dah cekap".

Pakai sopan, tudung labuh, siap stokin, "Baik budak ni, sopan pandai jaga aurat mst pandai jaga peradaban"

And this goes on and on and on utk semua benda.

But you know what, looks can be deceiving.

Kalau kita dah kenal dgn somebody tu, barulah kita tahu cara dia berkawan, cara dia bercakap, cara dia bekerja. Bnd yg aku nak cerita adalah, sometimes org cepat sgt judge. Sama ada dorg cepat sgt sangka baik or entahlah. Aku bkn nak kata aku selalu bersangka buruk tapi aku jenis analyse dulu.

Oh budak ni sopan.

Tgk pula dia ni asal dari K.L ke luar K.L ke sabah serawak ke. Pastu tgk pula dia pergi sekolah mcm mana dulu, asrama ke, sekolah biasa ke, sekolah lelaki or sekolah perempuan je ke. So aku tahu nak expect mcm mana. If sangkaan aku betul dia bukan seperti yg kita lihat, then I won't be surprised.

Mcm kawan kawan aku mungkin dorg bersangka baik cepat sgt dr penampilan, pastu bila personaliti kawan dorg tak seperti dlm gambaran yg difikirkan, terus budak tu kena bash (bash as in senyap senyap melahirkan rasa tak percaya).

Bagi aku, perkara begitu dah biasa ku lihat, aku hidup bukanlah di tengah bandar but still dlm arus kemajuan. Aku pergi sekolah bukan sekolah yg penuh disiplin dimana buat salah kena rotan, ada warden jaga and stuff. Aku berkawan bukan lah dgn org sesama kaum atau sebangsa sahaja. Aku keluar bukan juga sesama kaum atau sesama bangsa sahaja. Aku tak kata aku baik dan aku tak pula nak kata aku jahat.

Tapi, aku prefer if org lihat aku jenis open but still restricted kind of girl. Kerana ini membolehkan aku utk masuk dlm kumpulan mana mana, keluar dgn sesiapa. Aku keluar dgn sesiapa bermaksud keluar dgn kawan lah bukan strangers sbb bagi aku , aku dpt kenal sedikit sebanyak perangai manusia di sekeliling kita.

Bila kita kenal perangai perangai manusia, kita lebih peka memilih kawan, pilih boyfriend, pilih tunang, pilih suami, pilih apa apalah kan! Sebab seriously jgn mudah terpedaya dgn penampilan. Bkn lah maksudnya dorg ni jahat tapi jgn lah kita ni cepat betul judge contohnya mcm  lelaki pakai songkok tu baik so nk buat jd calon suamilah!

Sebab dia hanya melaksanakan tanggungjawab dia sebagai hamba tuhan, mungkin dia kadang kadang terlajak berhibur atau pun merelakan diri ditepuk tampar oleh wanita lain, pastu kita senang senang terus hentam dia and benci golongan jenis bersongkok dgn mengatakan bajet alim. Well dia manusia ,dia ada nafsu, and hidup ini hanya sekali, make mistakes and learnt from it.

Kadang kadang mungkin kawan kawan mmg org org yg baik. Mungkin aku tak sebaik dorg. Aku sedar aku tak sebaik dorg. Tapi aku rela if dorg pandang aku jenis happy go lucky, lantak-lah-type-of-person, pakai tudung x tutup litup, ganas buat kerja, etc. Sebab itu aku. Cause I don't have to be fake.

 But the time will come for everyone to change. To be somebody yg biarlah org tgk sebagaimana cantik di luaran begitu juga lah dalaman nye.

So pengajaran nya dari tulisan yg merapu pepanjang ni, jgn assume org tu sepertimana luaran dia. Mcm aku jahat sikit, kalau org tu comel, pandai nk melawa, make up sentiasa, mesti aku fikir dia pernah jadi playgirl or pernah layan ramai lelaki a.k.a peminat dia. Jahat tak pemikiran aku? Tapi aku cek background dia dulu la , dia mcm mana.Hihihi.

No comments:

Post a Comment