Saturday, 1 February 2014

Perasaan kasih dan sayang

Assalamualaikum and Hye.


Perasaan itu satu anugerah yg tidak ternilai yg diberikan kepada setiap manusia. Perasaan tu boleh dikawal dengan akal fikiran yg waras dan iman.

Perasaan sayang umpamanya satu perasaan yg indah yg dipinjamkan. Senang betul diri utk menyanyangi, have a crush, mengasihi sesama manusia, namun ia boleh hilang dalam sekelip mata dan meninggalkan kita dengan seribu satu persoalan tentang ke manakah perasaan itu pergi.

Akibat sibuk menguruskan keperluan hidup diri sendiri, kita lupa orang sekeliling yang terus terusan menanti kita. Kita meminggirkan mereka tanpa kita sedar mahupun tidak. Kenapa mereka tidak jelek menyanyangi kita sedangkan sudah dipinggirkan? Kerana kasih sayang mereka yg telah dipinjamkan itu, ingin dikongsikan bersama kita agar kita tak rasa kesunyian di dunia ini. Tapi kita alpa tak rasa apa apa.

Kerana kasih sayang yg acap kali dilimpahkan kepada kita tu seakan akan membuatkan kita muak, bosan dan sehinggakan kita rasa kita perlukan masa bersendirian.

Hahahaha kelakar kan. Manusia memang pelik. Tak pernah tahu apa sebenarnya dia nak. Diberikan kasih saynag malahan dia jauh pergi. Kalau dibiarkan , dikatakan tidak peduli. Susah nak puaskan hati sendiri apatah lagi hati manusia lain.

Tapi sebenarnya salah siapa?

Salah diri sendiri? Salah mereka yg tidak jemu jemu mengasihi kita? Atau salah perasaan ini yg kejap ada kejap hilang? Perasaan itu anugerah yg diberikan. Kita sahaja yg mampu mengawalnya dengan akal yg diberikan. Perasaan itu boleh dipupuk. Jika dahulu kita benci, kita boleh pupuk jadi sayang. Tapi jika dari sayang, ia boleh bertukar jadi benci. Tapi tak mustahil kita juga boleh mengubahnya jadi sayang kembali bukan?

Semuanya bergantung pada sikap diri kita sendiri. Sudah diberikan perasaan dan kasih sayang, nah! Nikmatilah sebelum kamu kehilangan orang orang yg sangat mengasihi kamu itu. Kerana curahan kasih, cinta, sayang mereka itu hanya utk kamu nikmati merasa bahagia hidup di alam ini sebelum pergi buat selamanya.


No comments:

Post a Comment