Assalamualaikum and hello people!
Semalam lepas four years meninggalkan high school berjumpa dgn budak budak kelas yg masa sekolah aku pun tak rapat sgt. Seronok juga sebab time sekolah fikirkan mcm anti sosial but skrg dah semakin berubah. Hahhaha.
Oh yes speaking about stalking habit ni. Memang habit manusia untuk jadi busy body. Dia bukan lah busy body ala ala mak jemah gitu tapi dia saja nak tahu perkembangan orang orang sekeliling. Aku memang dari dulu lagi jenis stalk stalk orang ni, tapi sekarang mcm kurang sikit sebab busy mencari nafkah utk diri sendiri. Aicececeh.
Pernah hari tu aku pergi beraya rumah kawan aku time matriks dulu. Lepas tu dia dgn drama love life dia tak berkesudahan dan dia cakap dia stalk bf dia. Okay itu normal lah kalau kedengaran begitu. Semua orang buat kan? Lepas tu dia kata, dia stalk bekas kekasih boyfriend dia juga. Hhahahahaha for once orang mengaku benda tu sbb selalu benda mcm tu orang tak mengaku. Even aku pun stalk je ex girlfriend boyfriend ke apa kan. Just nak tgk orang tu mcm mana, ni semua bajet bajet insekiyo (insecure) lah tu. Mana tak insekiyo, dok asyik ngadap twitter retweet quote quote cintan, movie lines, dan drama manusia yang konon relatable dgn hidup sendiri, tu yang jadi mcm tu !Hhahahaha.
Tapi gua stalk mcm tu je dan tak stalk lagi sbb buat semak kepala otak je pun. Sebab si dia dan girlfriend lama dah tutup buku dah. So buat apa nk sakit kepala fikir pasal bagus nya dia berbanding aku ke apa kan. Padahal tak de kaitan dengan aku pun so perlu ke aku kisah?
Plus pernah je aku stalk ex aku. Itu pun normal la. Sebab nak tgk life dia mcm mana ke apa. Hidup atau arwah. Mana lah tahu kan. Sebab dah tak bercontact mcm dulu dulu. Sebab it comes to a sense yg korang stalk bukan sebab sayang ke apa, tp just sebab nak tahu je. And lama kelamaan perasaan tu akan hilang dgn sendirinya. Dan pernah je juga aku stalk ex aku punya orang baru. Tapi like i said lama lama mcm malas sebab bosan. Sebab tak ada apa yang menarik untuk kau tahu sibuk sibuk hal orang. So automatically kita akan memblahkan diri tanpa disuruh.
Aku sangat glad bila orang yang kita nak stalk tu private profile ke apa, sebab sekali gus akan menghentikan niat aku nak stalk. Bila niat dah terhenti, memang aku akan "Alright moving onnnnn!!" Bila orang tak private ni, dia menyebabkan kita asyik nak tahu , dan nak tahu lagi. Sebab tu aku akan start private juga utk bagi kesedaran yang sama pada orang yg rasa rasa nk stalk aku. Aiceh bajet je mcm ada orang nk stalk kan. Feeling retiss sangat. Phuiih! And at the same time bila aku dah private, aku akan buat seolah olah aku mengasingkan diri dari orang yg aku rasa akan stalk aku umpama macam aku tak wujud je kat dunia ni. Kiranya dia takde clue langsung apa apa pasal aku. Itu je lah caranya nak kasi org fed up nk stalk dan anggap mcm kau dh tak wujud je kt bumi ni. So kalau aku dah tak ada ke apa, untung ada orang bagi tahu, mungkin barulah tahu kot. Hhaha
Kadang kadang semua social media kasi public aku pun tak tahu kenapa. Macam senang sgt nak kasi orang tahu pasal aktiviti kau, gambar kau, circle of friends kau, family kau. Semua benda tu easily exposed mcm tu je. Motif nak tayang kasi satu dunia tengok?Tak rasa takut ke? Call me being paranoid but yeah mcm tak special sebab semua orang boleh access kepada kehidupan anda. So mcm tak best lah.
One thing aku perasan pompuan kalau bab bab stalk ni dorg quite hebat lah. Cari sampai ke lubang cacing woah. Hhahaha. Sebab aku pun mcm tu dulu. Baru gaduh sikit pasal seseorang pompuan ke atau orang ketiga, habis aku selongkar dari fb ke twitter ke skype ke blog ke instagram. Hahahaha! So jgn main main dho dgn pompuan. Diaorang buat kajian teliti kalah fbi.! Pastu siap relate tarikh tarikh sekian sekian untuk track korang menggatal sejak bila, berapa lama. Lagi parah bila benda tu start bila korang dah couple dgn sidia, so nanti igt curang la apa la. Haihh pompuan pompuan!Asal complicated sangat !Hhahaha
No comments:
Post a Comment