Saturday, 31 May 2014

Siapa aku untuk menghukum

Assalamualaikum.

Semua orang ada kisah buruk. Semua orang tak ingin dikenali atas kisah dia yang buruk tu. Bila orang bercerita dkt kita kisahnya, simpanlah umpama ia kisah kita ,aib kita sendiri. Siapa yang tak nak jadi baik?

Orang umpama memperkecilkan aku jika aku kata aku nk berubah. Hahaha. Orang umpama pandang aku dua tiga kali bila aku mengatakan "eh nak kahwin awal lah". Walau nada kita bergurau tapi yeah sometimes ada lah kebenaran dari statement yang dikatakan.

Bukan lah orang tak percaya yang aku mampu tapi sbb aku pun tak memulakan proses apa2 maka mereka sukarlah nak percaya. Takkkan kau nak suruh aku pakai tudung labuh esok juga, even parents aku pun mungkin akan terkejut dgn perubahan drastik mcm tu. Aku cuba utk didik hati ini dulu.

Hati ini tak kuat lagi.Aku tak kuat. Sesungguhnya hidup ini mencabar. Dugaan buat hati yang sangat rapuh ni.

Sekuat mana, sekasar mana aku dgn kamu, ternyata itu hanya luaranku. Sebagaimana aku berkeras utk tak memaafkan mereka yang pernah menyakitiku, ternyata aku sendiri tak berhak nak buat begitu.

"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah an nuur ayat 22)

I saw this on tv and aku terpaku dan berfikir utk tidak memikirkan tentang diri sendiri. Tidak mengikut perasaan marahnya hati. Maka lebih baik melepaskan rasa itu pergi menyepi dan berserah.

No comments:

Post a Comment