Wednesday, 30 January 2013

Mind Your Words pleeasseee!

Manusia memang sifatnya suka menilai. Apa dia dengar, lihat, nampak semua akan dia nilai ikut pandangan dan akal fikirannya. Aku? Yes, aku suka memerhati dan menilai. Kalau ada yang tak kena dengan mata aku cepat je aku cerita dekat kawan yang ada dengan aku at that exact time.Kalau tak aku jadi macam cacing kepanasan sebab memang sifat aku kena meluahkan.








Bukan mengutuk tapi based on logic thinking , sometimes kita macam pelik or has something to say about something. Sebab tu memang aku tak suka berseorangan if pergi mana-mana. Suka ada teman. Kadang-kadang sebab kawan yang memang dah masak dengan perangai aku, even ada yang pelik dekat mata dia, dia yang notice dulu daripada aku.

Tapi opinion aku just berhenti setakat situ je. Aku tak meleret bawa sampai ke social network semua.

Aku pelik dengan perihal manusia sekarang yang just simply write anything yang mereka rasa without thinking the consequences. Aku dapat rasakan if aku dekat tempat dorang pun maybe aku panas/tak suka/benci etc juga. Tapi kita siapa nak kutuk depan public sampai macam tu. Walaupun kita tak sebut nama ke apa ke, but still ia tetap salah. Lepas tu manusia yang sama baya dengan dia "like" secara bergerombolan and comment ramai-ramai guna bahasa yang censored.

Maybe sebab hanya berani bercakap melalui alam maya buatkan orang macam ini berani meluahkan pendapat dia tanpa tak nak untuk tunggu jap lek lu pikir ayat elok sikit baru update. Ni ada je idea utk update status membahan org laju je! 

So secara tak langsung orang yang buat mcm ni lagi teruk perangai dia. Sebab dia dengan tak sengaja dah membangkitkan kemarahan org lain dan comment mencarut. Status tersebut menjadi satu medium dosa di situ. Nampak tak permainan dia? Kalau yer pun kau niat nak menyedarkan orang, guna bahasa elok sikit. Ini tak. Contoh :

" Kau ingat kau cantik sgt lah pakai ketat , duduk tepi jalan sambil usha lelaki yang lalu lalang. Macam @#$%^. "

" Weh betina sundal, kau ingat kau hot sangat lah"

See? Lagi sedih if ayat macam tu keluar dari seorang gadis yang comel molek dan ayu bertudung ,tak pun lelaki handsome semalaya. To be honest aku pun tak lah baik sangat dalam pertuturan tapi dengan kawan-kawan aku lah. Dorang tahu aku memang bergurau kasar sikit. Tapi takde lah keluar sundal lah, betina lah, jantan lah bagai.





My point here is, if yer pun kau tak suka somebody and kau nak update status bg org tu terasa cukuplah sekadar bg ayat makan dalam dan berunsur ilmiah sikit. Tak payah nak guna perkataan haram jadah sangat kan. At least show maturity lah sikit. Jangan downgrade kan diri anda ke tahap yang org pandang dengan pandangan hina just because dari apa yang anda tulis.  Kata pergi sekolah dari darjah satu sampai tingkatan lima, takkan tak ada bahasa elok yang kau boleh guna?

Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata badan binasa. *Cewah, feeling Karam Singh Walia*

Bak kata P. Ramlee "Bahasa menunjukkan Bangsa" taauuu

Kita mungkin tak boleh nak jadi baik dalam satu hari but at least try ubah benda yang korang selalu buat untuk jadi lebih baik. It may looks simple but sometimes simple things macam ini lah yang susah sebab ia dah sebati dengan diri kita.

Like I said " Jangan downgrade kan diri kita ke tahap di mana orang akan pandang hina hanya disebabkan apa yang kita tulis"

Friday, 25 January 2013

Satu Hari yang Pasti...Mati.

Sejak kebelakangan ini, banyak orang yang lebih kurang umur macam aku dah pergi dulu. Orang kata orang baik-baik selalu pergi dulu......

Sejak kecil lagi, kalau borak dengan kawan-kawan mesti cerita, aku nak mati before kiamat. Sebab bila nak kiamat tu keadaannya yang kacau bilau yang tak dapat utk kita gambarkan. Tapi kalau mati dulu pun, keadaan kita dekat alam kubur tu pun belum pasti tak kacau bilau kan?Haaa..Hahaha.. Tu semua bergantung la dengan amalan kita.

Setakat ini, aku tak pernah ada lagi kehilangan sahabat disebabkan kematian. Tapi satu masa nanti perkara itu akan berlaku. Ketika itu, pasti air mata berlinangan, kenangan yang kita pernah lalui dengan dia akan berulang kali rewind dalam kepala otak. Kita mestilah pernah fikir macam mana keadaan kita akan meninggalkan dunia ini. Dah cukup ke amalan aku?





Huh.

Pakaian pun belum tutup sempurna. Cakap pun benda merapu. Sembahyang pun kadang kala dileka lekakan. Kalau nyawa aku direntap di masa ini.....

Tapi Allah itu maha penyanyang. Sedikit sebanyak aku terdetik dengan benda-benda ini. Kalau dulu aku kejap bertudung, kejap tak bila pergi event ke apa ke. But now slowly aku cuba teruskan bertudung walaupun tak sempurna lagi. Orang kata slowly buat perubahan, ada kata paksakan, etc. Well for me it depends. Kalau buat slowly and nyawa tu panjang baguslah, kalau tak? Tapi niat je dah dapat pahala kan? :)

Tipu lah juga if diri ini tak pernah rasa malu bila kawan-kawan lain berjaya menutup aurat dengan sempurna dan diri ku ini tidak weyh. Tapi manusia, ego tinggi. Dalam hati tetap berbisik, in sha Allah satu hari aku akan pakai, buat macam tu.

If orang yang kenal aku mesti pelik kenapa minah ni tetiba macam ni. Well tah kenapa sejak akhir ini, lepas tengok lepas sorang- sorang berita budak-budak masih muda pergi, hati ini rasa dunia ini tidak lama dah. Ia dah tua. Tu lah mana tahu ada rezeki lebih nak juga buat pelaburan banyak-banyak utk jadi pencen dekat alam sebelah sana sebab nak ikutkan amalan belum tentu lagi sempurna. At least ada la bekal sikit-sikit utk disiapkan dan nanti ditambah dengan doa -doa dari keluarga dan sahabat.

Jadi utk anda di luar sana , aku masih ingat lagi ustazah aku dulu ada pesan. Sebelum tidur if kita ada hutang orang ke, nazar ke , berapa hari nak kena ganti puasa ke,kita tulis lah dekat sticky note ke apa and lekat kan kat dinding ke ,kepala katil ke apa. Mana tahu keesokannya tak bangun dah, at least ada orang boleh tolong langsaikan and kita dapat bersemadi dengan aman. Tapi if malu nak tampal ,tulis dalam hp ke or pesan dekat somebody.

Mungkin aku tak mampu lagi nak berubah menjadi muslimah solehah pada esok juga tapi as long as diri aku tahu ada perubahan yang aku berjaya lakukan dah cukup baik. Orang tak perlu tahu. Lantak lah if orang nak kata, "aaahhh sama je aku tengok dia,tak berubah apa pon!".

Don't worry God knows everything. Everything has been recorded .

p/s: Aku harap aku tak lah terima kehilangan seorang sahabat disebabkan bunuh diri. Grr.. Harap minta simpang laa weyhhh..

Wednesday, 23 January 2013

Heart Break




This happens.

Bila ada orang yang dah baik,kita demand untuk cari yang lebih baik. Tapi bila kita leka mencari yang lebih baik, kita terlepas org yang sedia menerima kita seadanya and finally we end up finding no one. Sometimes ego would be the reason but no matter what life must go on. Remember, what goes around will comes around. So if today you are breaking heart , just be ready to pay the price.

It hurts. I know. So if you don't like that person just say no. Don't give stupid hope cos you know that will not going to happen. Tanpa kita sedar kadang-kadang kita boleh mematahkan hati seseorang tu dari perkataan,perbuatan etc. Lebih teruk if kawan sendiri ada simpan perasaan dekat kita. That just worse. Sebab makin kita layan dia, keluar dengan dia , hope dia makin bertambah. So be alert with this. If dia layan kau lebih baik dari kawan-kawan lain meaning he has crush on you.

Jangan kata korang bestfriend tahap maut cos guys/girls won't do that melainkan atas sebab sayang. Fikir logic.Memang if best buddies akan ada rasa sayang dekat kawan dia. Tapi sayang kawan lain wehh. Sayang atas sebab dia ada sedikit rasa lebih dari kawan.... lain babe. Benda mcm ni nampak remeh tapi korang pernah ke tahu apa kawan korang yang berlainan jantina pernah fikir or rasa tentang korang?

You never gonna know that right? So if korang rasa kenapa korang je yang dia selalu rapat, tegur, ajak keluar then jangan avoid dia. Tapi involve kan dengan orang-orang lain iaitu kawan korang juga so thing will not be that awkward.

Nothing is impossible but we have to be smart in handling things so that everything will be the way it supposed to be.


Monday, 21 January 2013

Kawan Tipu-Tipu

Masa kecik-kecik dulu satu trend untuk guna istilah "kawan tipu-tipu" @ "kawan olok-olok". Entah mana istilah ni wujud itu aku tak pasti.Tapi ia memang wujud, diguna pakai hingga kini.

Istilah ini lebih popular dalam kalangan ladies ,yang lelaki aku tak sure.Well guys kan jenis cool sikit.Not like girls.Kelakar bila kenang benda ini. Dulu, kalau zaman kat sekolah aku ,sekolah korang lantak korang lah kan..Ia berlaku dalam group perempuan. Macam group aku ramai woahh ahli-ahlinya. And ia terdiri dari classmates sendiri. Budak dari kelas lain tak campur sgt dulu. Kalau campur pun mesti sebab budak tu pengawas ke,atlit sukan ke or yang famous-famous je. *ayat bajet giler*

Then biasa la time kecik-kecik kita baru nak kenal orang. So for sure kau kena mingle dengan setiap org dlm kelas kau kan. Aku ni sempoi je. Aku try je dengan semua org dulu. So bila aku dah kawan-kawan dengan si A. Then nanti aku kawan dan tegur-tegur dengan si B pula. Bila dah rapat mestilah kongsi rahsia.EH time sekolah,bila kawan kongsi rahsia means kau special tau!Bangga woahh!

So bila borak-borak dengan si A, nnt perbualan jadi macam ni kononnya:

A: Eh kita tak suka la dengan minah si B tu.Gedik gylerrrrr okaaayhhh!

Me : (Aku rasa si B tu okay je,xpe nk sedapkan hati kawan.Nanti dia taknak kawan aku pulak).
         Emm yeke?Dia takde la gedik sangat.Dia memang mcm tu.

A: Eee kita tak suka dia okaayhhh.Awak tak payah lah nak rapat-rapat dengan dierrr.

Me: Takpe awak jangan risaauuu.Awak kan bestfriend titewww.Kita kawan dia tipu-tipu je.



Haa gua maju sikit dah bab lukis menatang ni!BANGGA!


HAHAHA.Macam tu lah ayat tu akan keluar. Demi nak sedapkan hati kawan. Lagi pun tak baik pulak nak putuskan silaturrahim kan. Jadi terpaksa menipu demi selamatkan silaturrahim. So bila lepak dengan si A, bila jumpa si B tu buat-buat mcm tak kenal. Paling baik is senyum lah. Tapi bila dah masing-masing kenal dan mengenali, boleh je semua orang ngamm together.

Itulah namanya tak kenal maka tak chenta woii!

Sekarang pun ada juga istilah "kawan tipu-tipu" ini. Cuma we don't called it with that name dah. Kita dah pandai bezakan mana yg sahabat dan mana yg bajet-bajet jadi sahabat. Kita jadikan orang tu as "kawan tipu-tipu" sebab utk mengelakkaan permusuhan dan ketat muka dan tumbuk menumbuk or tarik menarik rambut berlaku.

Bila dah masuk alam kolej ini,hubungan kawan tak macam kat sekolah sebab dekat sekolah kau bersama dengan classmates yang sama utk semua subjek, dari isnin til jumaat. Tapi kat kolej ada yang sama but ada yang tak. So kalau ada bestfriend pun setakat yang sama gi kelas macam tu la. Tak macam gang time sekolah . Time ini bermacam jenis manusia kau jumpa. Dah nama jumpa kejap-kejap time certain kelas. Jadi bonding yg ada tak kukuh sgt. Tak best ohh..

Tapi kena pandai adapt and everything will be fine. Ada je dengar story kawan-kawan aku tentang perangai "kawan tipu-tipu" dorang tu. Macam pinjam barang org tak reti nak jaga elok-elok, bila masuk kelas umpama di pulaukan classmate yang lain, kawan tapi dekat twitter/fb perli saja nak bg siapa makan cili dia rasa pedas and mcm-mcm lagi.

Aku rasa korang mesti ada experience macam ini. Kadang-kadang nak ignore org mcm ni tak boleh juga cos kita akan jumpa dia dkt mana-mana. Buat nya nanti kena buat assignment and sekumpulan dengan org yg kita tak suka tu haa dah jadi hal kan. Sebab tu perlu nya kawan tipu-tipu. Means kita layan,kita tolong apa yang mampu but tak lebih-lebih.

Tapi the best thing is to be honest. If kau tak suka dengan cara orang tu ,kalau dia dah rosakkan or kotorkan barang kau straight to the point cakap. Jangan melenting tapi tegas. If orang tu jenis baran juga,then cakap elok-elok.Then buat ayat sentap like

"Dah lepas ini aku tanak bg pinjam barang aku lg kat kau.Aku anggap kau mcm adik beradik aku dah ( walaupun sebenarnya tak) tapi kau sikit pun tak rasa mcm tu."

"Aku tak berkira barang aku pun  tapi aku igt kau reti la jaga brg aku mcm kau jaga barang kau.Kau nak pinjam apa pun aku sanggup bagi demi kau.Org lain aku tak bagi tau.Tapi kau buat barang aku mcm ni"

Haa kan sentap tu. Pastu time cakap tu buat mcm nk nangis. Bunyi-bunyi hingus sikit confirm makan dalam. Mesti hati dia tersentuh sikit.Walaupun dia "kawan tipu-tipu" kita kena main psiko dengan dia.Hahaha.

Kadang-kadang cuba korang muhasabah diri.  Ada tak korang sama ada sengaja or tak sengaja buat benda-benda yang maybe sakitkan hati kawan/classmate/roomates korang yang boleh menyebabkan korang fall into this "kawan tipu-tipu" category. Maybe korang:

  • Tak basuh pinggan/mangkuk/belanga/mug kawan korang bila dah pinjam sampai berkeladak bekas dorang.

  • Tersepak/terlanggar barang kawan korang and tak cakap sorry sebab korang tgh khayal fikir masalah negara plus benda korang langgar tu bukannya korang punya so you simply don't care

  • Terlupa nak bayar hutang korang yang dah sekian lama lapuk

  • Korang memang tak suka dengan kawan korang tu sampai buat notice kat buku/bilik/fb/twitter yg menyatakan korang tak suka dia and saja nak bg dia terbaca

  • Korang sidai kain yang basah dan tak reti perah tu,air yg menitik kena baju org lain yang dah nak kering plus baju korang tu warnanya luntur

  • Korang cakap ketawa berdekah-dekah dengan roomate or kawan korg yang bertandang ke bilik and sikit pun tak menyapa sekali dua dekat kawan yang alone kat katil dia.

  • Korang makan and sebab makanan tu sikit korang sikit pun tak nak ajak or pelawa kawan yang lain.Even ajak tipu-tipu pun takde!

Ada lah banyak lagi yang korang boleh guna logic sense korang. I mean sometimes kena la be reasonable jugak kan. Kita dah besar and tahu fikir baik dan buruk. Bukan semua org yg bertemu can be a bestfriends but at least a friend yang tak annoying pun dah okay ape.

So look at yourself in the mirror and think have you been a good friend? If not then it's time to change. Bila buat bnd yg senangkan hati org lain,kita pun gembira,orang pun suka.


So be fabulous by doing good deeds even to someone you hate.

Wednesday, 16 January 2013

Lelaki Jatuh Chenta

Bukan semua orang bertuah nak ada kekasih hati ini. Bila ada tu , first time nak rasa bahagia fall in love tu macam mana. Pernah je jumpa orang yang cakap "EEE aku x nak couple-couple ni, berdosa." Ada juga yang macam ni "Aku nak bercinta lepas nikah"

Semua ini mungkin sebab memang dia diajar sebegitu, pengaruh keluarga, sahabat dan tak dilupa pengaruh drama-drama melayu. Tapi dalam hidup kita tak boleh begitu yakin melainkan iman kita memang teguh utk menepis segala ujian yang dtg. Aku tak suka orang begitu bangga diri dengan pendirian dia sebab dah banyak kali orang yg mcm tu akhirnya kata-kata dia makan diri dia balik.

Well aku bukan nak cerita pasal orang macam tu,sebab setiap orang lain-lain and memang sifat manusia bersifat defensive. Satu perkara biasa bila dah couple ni wujud perasaan caring,loving,dan pelbagai lagi. Seronok tengok mcm mana certain org berubah sikap dia bila dia suka dekat somebody. Perempuan dia okay-okay lagi. Sebab perempuan memang dah ada sifat gedik, manja, caring dalam diri mereka sejak azali lagi. Yang lelaki ni yang aku nak cerita.

Lelaki angau dia perrghhhh memang lain dari yang lain bila dia jumpa or start suka kat someone. Kita memang tahu sifat lelaki memang gatal, miang ,berbulu dan banyak lagi yang geli-geli. Lelaki bila dia dah suka dekat kita:

Call and text sokmo! (sokmo = selalu u know!!)

Ini memang tak dinafikan.Time tu la cakap eiiii rindu la apa lah,suara awak lah paling merdu di alam ini,saya x dpt tidur lena tanpa dengar suara awak,suaramu umpama buluh perindu??HAHAHAHA.. Itu lah ayat dia semua keluar.Angau la katakann..And kita perempuan jangan fall for this !Should be bila ada lelaki asyik call semua cakap rindu kita patut balas balik "Eewww geli je kau ni.Orang tak main rindu-rindu sekarang.No money no talk."Wahhh gitu!hahaha okay yang part last tu additional.Well we must play hard to get.If lepas cakap mcm tu lelaki tu terus tak call lagi that means dia memang tak guna.Sebab baru cakap macam tu dah tak nak berusaha utk dapatkan kita plus terus berpindah gi try perempuan lain.See that's the trick!

Bagi hadiah

Haaa ini utk lelaki yang ada duit tah mana dia korek.Mungkin duit scholarship,duit ptptn, duit fa-ma( father & mother) or tah dia curi duit kawan dia. Mula-mula dia bagi teddy bear yang konon comel-comel tu kan setakat beli kat memory lane berapa ringgit tu, lepas tu bagi pula aksesori gelang/rantai yang dekat sunway pyramid ada jual buy one get another one free,then bagi chocolate cadbury (standard punya) kalau up sikit dia bagi ferrero rocher. Then maybe beserta chocolate ada bunga kalau lelaki tu memang gentleman la.Tapi kebanyakan lelaki nowadays nak bagi bunga setakat petik tepi jalan.Bukan nak bagi yang bouquet punya!


Nah amik you!Ape lagi you nak??!Tak cukup lagi!


 Well girls kita orang bagi kita terima,tak baik tolak rezeki.Ye pun nak jual mahal jangan lah bodoh sombong.Rezeki jangan ditolak. And say thank you. That's it!Enough!Tak payah ngada-ngada kau dah cakap thank you pastu kau meleret lagi nak text dia cakap thanks lagi then meleret sampai fb update status lagi.No!Tunjukkan ianya berakhir di situ.Let the guys think that

"Eh macam tu je?Dia takde nak text aku ke?".

Well bila you girl tak text certainly the guys akan start dulu by saying

"Hope you love the choc/bracelet/teddy bear/rose!".

And kita tak payah balas.If nak balas setakat "Yeah thanks".Ohh yeah letak smiley at the end of the text tunjuk macam suka la konon.Bila the guy reply lagi tak payah balas.Tu cara diaa and kita jangan terpengaruh.Hahahha.


Layanan tip top

Time ini bila korang pergi mana-mana je macam ada orang pandang korang je. Well biasalah bila rumours ada lelaki nak tackle u ollss ia merebak dengan cepat di kalangan kawan-kawan lelaki terbabit. Lelaki punya gossip lagi dahsyat okayhh!

Time ini juga lah bila si lelaki nampak je perempuan dia suka tu terus tanpa endahkan kawan-kawan dia terus pi dekat si perempuan tanya soalan-soalan yang maybe annoying dan secara tak langsung things jadi awkward bila kawan-kawan laki macam wemmpittss!Time ini juga lelaki tu dah pandai mark lokasi perempuan habis kelas pukul berapa,makan dekat mana,dengan siapa and so on.Sebab tu kita girls kena ada kawan lelaki. Bila perkara mcm ni berlaku kawan lelaki u olls berguna utk hinder that guy from approaching you.

Kita nak juga tengok this guy yang ada hati dekat kita ini gentleman or setakat jaguh kampung yang berani nak dekat dengan anak dara orang bila si gadis bersendirian!!Huh!Kalau dia pandai bawa diri and berani approach si gadis and boleh join sekali into conversation memang lelaki ini boleh tahan lah kan.Tapi susah nak cari lelaki melayu spesies macam tu zaman sekarang cos yang ada semua time mengorat pijak semut tak mati.Sampai sang semut tu bergolek golek keriangan kerana dipijak tak mati mati oleh lelaki angau .





Pandai bergaya

Ini memang terserlah.Kalau lelaki yang tengah nak mengorat atau pun dah couple ni kan, memang tiba-tiba muka nampak berseri.Badan mesti akan naik sikit sebanyak.Bila tanya kenapa mesti jawab "Hati senang".Untunglah kan!Time ini lah sifat charming dorang lebih terserlah.Sebab tu kadang-kadang lelaki yang dah couple badan nampak berisi ini perempuan lain ada je yang terpikat juga. Tang mana yang memikat tak tahu la pula kan. Time ini kita girls akan kata eh nampak handsome pula mamat ini.Dulu selekeh je. Contohnya yang vokalis typewriter ,Azlan sejak dah kahwin and berbapa, badan nampak berisi sikit and nampak smart je.Macam tu lah contohnya.Tapi perempuan bila dah berbadan dua takde pun orang nak puji cantik.Lagi kena bahan cakap "eyyy gemokkknyaaa  macam dugonggg "adalah!

Hihi pun bolehh kan.. *wink wink *




Tak berani tengok perempuan lain

Ada juga bila baru-baru couple, baru-baru sayang. Lepak dengan member-member lain yang majority tak berpunya lagi. Hmm kadang-kadang mesti lepak-lepak usha gadis-gadis kan.Lelaki memang macam tuh!Eww!! Tapi kalau yang dah berpunya ini,mesti dia lebih banyak diam berbanding kawan-kawan yang sibuk usha gadis lain.Pandang pun tak nak.Dalam hatinya hanya gadis idaman dia lah tercantik in the universe.Blueekk!!Awal-awal je macam ni.Kau tunggu dah bertahun-tahun only you know the true colors.Hahahhaa

Itu lah antaranya yang dapat di storykan. The thing is we girls kena lah play hard to get sebab only that way kita dapat tengok siapa yang lebih sesuai. Bukan sombong !Tapi tak mudah cair dengan typical mengorat style yang dah lapuk.Cos awal2 couple trust me, it's all bullshit. All the gifts,ayat-ayat chenta and whatever yang korang rasa itu memori terindah tu,hanya memori utk dikenang.Hhahaha ayat macam baru lepas break je aku ni.

Tak tak macam ni,tak semua lelaki macam tu.Tapi ingat if you want to have a long lasting relationship  kena lah tapis elok elok kan. And bila dah dapat jaga elok-elok and bukannya selalu pergi date,joli sana sini, duit habis dosa pun dapat.Takpe if kita play hard by uji dekat lelaki yang suka kita tu, and  itu membuatkan si lelaki lari daripada kita .At least kita tahu yang dia tak nak usaha dapatkan kita.Haaa..Pandai tak kita?Hehehe.

Choose the guy that can accept you at your very worst.Sebab tu bila ada orang suka dekat kita jangan gedik sangat tunjuk your cutest attitude ever because they don't deserve it.Tunjuk perangai korang yang slumber macam dengan kawan-kawan tapi bukanlah yang tak senonoh.Tengok dia mampu tolerate with that or not.Trust me!Tak nak trust pun tak apa lah kan,nak buat macam mana.


Well stay fabulous and mengancammm!!




Tuesday, 15 January 2013

Layanan Double Standard?

Anda pernah dilayan double standard?Hah skema betul pertanyaan kannn..

Macam mana je yang dikatakan double standard? Well macam dengan sesetengah orang di layan dengan baik tp sampai kat kite perghhhhh harammm nak layan macam tu..Ini memang selalu berlaku di mana-mana tanpa mengira masa.

Paling common la eh. Aku selalu perasan bila ada gadis-gadis molek .Pergi beli makanan ke apa contohnya. Confirm-confirm if abang,mak cik, tauke kedai kat situ mesti gaya dia macam ni. Contoh:

"Ehh yer cik adik, nak apa?Oh nak ini je?"
"Emm semua sekali RM 2.50. Tapi takpe lah sebab adik shomelllll sangat abg bagi RM2."

Pastu bila turn customer lain yang mcm tak menarik perhatian dia ,buat muka bodoh macam biasa.Takde pun terigin nak kurangkan harga jugak.HMPPHH!

Aku suka memerhati. Kadang-kadang mungkin gaya layanan seperti di atas mcm ni dapat menggembirakan hati si gadis yang dikurangkan harganya tadi. Dia pun mulailah perasan "Ohhh mesti sebab aku cantik sangat, tu yang abg tu bg kurang.Nak ngorat letttewwww!"Tapi macam mana dengan gadis yang di layan biasa tu. Mesti dia rasa down gilerr mcm ni "Aku tak cantik ke? Abg tu pandang aku pun tak nak!".See?! Gadis mungkin terlalu banyak fikir and cepat emo but sape suruh "abg" td buat layanan double standard. Kalau buat biasa tak boleh ke?!GRRR!!

Aku bukan apa. Cuma kadang-kadang masyarakat kita lah faktor yang utama mendidik cara pemikiran seseorang tu. Ini secara tidak langsung merendahkan martabat insan yang lain secara tidak sedar dan mengurangkan konfiden si gadis tadi. *Gaya tak puas hati*

Tak kurang pula kalau pergi pejabat-pejabat tertentu baik pejabat di universiti mahupun atas urusan baginda.Pegawai atau staff di situ lagi lah!Boleh tahan!!

Sekali lagi kalau ada gadis molek atau lelaki yang agak macho dan suara yang garau, tinggi,sasa,rambut di tiup slow motion oleh angin dengan mata yang kuyu-kuyu *okay mmm got the idea* tanya apa-apa persoalan  confirm dengan lemah lembut dan sepenuh jiwa staff tu explain. Tapi kalau yang budak mentah biasa-biasa, dia layan macam nak tak nak.Pastu karang kita tanya lebih-lebih dia sound kita balik . Kesian aku tengok orang yang dimalukan oleh staff/orang/sesiapa saja atas sebab layanan double standard ni.

Belum lagi zaman sekolah dulu. Kes biasa para guru beri layanan double standard. Asal budak pandai je tak buat kerja lepasss,tak kena rotan ke ape. Siap di beri nasihat baik-baik lagi. Tapi kalau yang tak pandai, terlupa memang atas dasar tak sengaja terus mulut dia keluarkan peluru bertubi-tubi membebel.Rotan sedas dua. Kena bahan lagi mcm "Dah la tak pandai,pemalas!". Padahal kes tak sengaja tu,lainlah kalau memang azali kau memang pemalas memang deserve lah kena bantai semua.

Kadang-kadang hati ini terasa, untungkan jadi orang yang memang super duper hot ni. Kau campak la dia di mana saja pasti ada orang tolong punya. Tak percaya? Agak-agak if ada lelaki/perempuan yang cun tahap maximum tahan kereta/lori etc tepi jalan lepas korang tinggalkan dia,agak-agak ada tak kenderaan berhenti?Confirm lah ada punyaaaa!! Belom citer angkat barang berat mesti ada orang yang nak tolong,then makan/minum ada je insan yang baik hati nak belanja buat amal jariah kannnn......Syokk wooo!!HIHIHI..Okay-okay dah-dah.

Kesimpulannya:

If and only if lebih ramai orang sedar buat kerja atas dasar ikhlas dan tak pilih bulu. Banyak lagi kalau nak citer. Tapi siapalah kita nak cerita panjang-panjang. Ini pun utk peringatan diri juga bila kita pegang apa pun position,kecik mana pun jawatan tu, kita kena jalankan dengan betul and tak pilih bulu.Kasihani lah orang-orang yang awak rasa tak cantik di mata awak ni.Layanlah kami baik mcm awak layan org lain. :)

Saturday, 12 January 2013

Current Issue

Tersenyum aku seketika bila tengok semua status org dekat fb, twitter, luahan rasa di blog masing-masing, masalah yang diceritakan antara satu sama lain.

Kadang-kadang aku terfikir kenapa org boleh letak begitu banyak info or share info dengan org yang mereka tidak kenal sepenuhnya. For example kita ambil contoh simple. Relationship status. Nowadays if kau terminat dgn somebody, first thing kau perlu dpt kan is fb/twitter account dia.Once you got that semua rahsia hidup dia umpama dalam kocek kau je.Mana tak nya dah kau jadi stalker terhebat dia!Nak tau dia ada bf/gf, jangan gundah. Pergi dpt kan fb/twitter dia. Selongkar punya selongkar, gali punya gali tgk ada gambar bersama laki/perempuan rapat-rapat ke tidak , dia selalu berkomen dengan siapa,like gambar siapa dan sebagainya.

Paling kelakar dekat social network bukan main letak in a relationship/complicated/married dan sebagainya menunjukkan kita sudi share info dengan orang yang nak berkawan dengan kita. Agak-agak kalau the same concept is applied di mana ada stranger nak berkenalan dgn kita in real life tepi jalan. Dia tanya awak dah ada gf/bf? Agak-agak kita nak jawab? Kita akan bertindak memarahi atau pahal kau nak sibuk life aku?!Tapi knp dekat social network kita can share so much info dengan org yg labelled as stranger jugak .Hmmm.

Mungkin sebab itu jugak menyebabkan manusia sekarang termasuk aku jugak guna kaedah dengan stalk utk dpt maklumat hidup seseorang berbanding dari nak tanya face to face.Hahaha. Akhirnya menyebabkan kita semakin kurang berkomunikasi atau takut berkomunikasi dan hanya menjadi stalker semata.Tahniah!

P/s: Sekarang memang bebudak skrg guna singkatan relationship as "relay" eh?Adoii budaya pelik pelik.Maklumlah dah tua-tua ni tak reti guna word canggih-canggih.Type penuh je sekarang.Hahaha

Friday, 11 January 2013

Top 10 Peliks Restaurant!!!

Dua tiga hari yang lepas kerana kebosanan after habis exam ni tiba-tiba tak tau nak buat apa. belek-belek tukar channel.Tup- tup layan lah cerita Extreme dekat TLC tu . Tapi tak sampai 10 minit terpaksa chow buat kerja lain. So dengan perasaan ingin tahu apa lagi google la bila ada masa free ni kan..So here we go The Most Pelikss and Merepek Restaurants in The World Currently. Susunan restoran mengikut dari skala " okay to pelik to merepek". The nominees are:


1. The Clinic (Singapore)

Kepada sesiapa yang selama takut nak pergi klinik/hospital anda boleh melawat ke tempat ini utk membiasakan diri anda dengan keadaannya. Anda akan dilayan oleh waiter/waitress yang berpakaian doktor and nurse yang dijamin hot and handsome utk pastikan anda feel comfortable.Woot woot! Sajian anda akan dihidangkan ats meja pembedahan dan anda akan duduk di atas wheel chair. Well you gonna be so helpless but don't worry ada doktor and nurses yg akan membantu!hihi. Minuman dia dibubuh dalam syringes and ada jugak dlm test tubes.




2.  Ice Hotel (Kanada)
Rasanya ramai tahu tentang ice hotel ini. Where kita akan feeling-feeling nak bercuti di sini. Dan imagine ala-ala Puteri Salji ke Puteri Salju.. Ahh whatever lah kan. Well ini memang cool la. Nak buat hotel ni pun memerlukan 4 tons of ice. Ia hanya dibuka dari January til March. So for those who are planning nak pergi sini kena mark your calendar alright JANUARY TIL MARCH je.. Bulan lain kau pergi memang tak wujud hotel ni. So semua perkakas korang guna dari gelas, pinggan, tempat tidur, sofa dan semua-semua tu dari ice! Bayangkan tidur tempat sejuk and korang ada feathery blanket semua fuhhhhhh!!Oh well, hotel ini akan cair time bulan April.





3. Conflict Kitchen (Pennsylvania)
What I know about this restaurant , menu dia akan bertukar setiap 4 bulan and  hidangan yang dihidangkan adalah hidangan negara yang pernah ada konflik dengan US.hahahaha.For example time Us ada konflik dengan Iran, menu yang mereka tawarkan ialah mcm kebab, roti pita dan etc. Pastu bila US ada konflik dengan Afghanistan dorang change the menu ikut Afghanistan punya special dishes then followed by North Korea and Venezuela.Kinda creative actually.


Wrapper dia mengandungi info tentang conflict berkaitan.Cool kan?


4. Ninja Restaurant (New York)
Haa restoran ni lagi cool. Sebab waiter anda adalah seorang ninja.And mereka ni perlu khatam macam what we called macam kitab la pasal ninja.Bila anda masuk ke restoran ni, anda di guide oleh ninja lah kan,of course. Duhh!Pastu ninja tu akan jalan laju gilerrr and korang maybe akan lost track of him. But that's the whole point. Keadaan di restoran tu agak gelap dan jalan dlm restoran yang berliku-liku and berlorong-lorong. Bila korang ni dah lost track of ninja tu,korang terkapai-kapai cari mana tempat makan nya dan terkebil-kebil. Masa inilah ninja-ninja lain akan datang menyerbu,melompat dari siling dan sebagainya. Lebih dahsyat lagi ninja-ninja ni carry pisau semua dgn dorang.Even time korang mkn, akan ada ninja-ninja ni "entertain" you by menghunuskan pedang yg dia jolok dari tingkap time u ollss tengah feeling-feeling hirup sup.Mahu tak tersembur kau?!So org sakit jantung and sarat mengandung tak sesuai nak makan tempat mcm ni.

Dari siling pun boleh.Kata ninja!Haiyaakk!


OPOCOT!!haaa tak terkeluar gitu tiba-tiba nak makan orang hunus pisau!


5. B.E.D (Miami)
 B.E.D stands for " Beverage, Entertainment and Dining".But still bed bermaksud katil which you will be provided your own bed!!Macam ni lah konsep nya.Kalau kita org Melayu ni ada wakaf duduk bersila kan.. Tapi kita gantikan duduk atas wakaf dengan duduk atas katil.Haaa...gitu!And katil dia kau jangan ingat yang cikai-cikai je. No No No!!Ada siap cadar linen bagai,bantal semua. Macam dekat rumah. Plus if you want some privacy boleh lah jatuhkan drapes yang ada tu haa..Macam girls girls yang suka nak buat pillow fight sambil diperhatikan org ramai pun boleh yer.Guys can join too!Okay don't let your imagination run too wild.

Kan ala-ala macam duduk kat wakaf gitu

Dah kenyang boleh straight away berdengkur.Memang sesuai!



6. Lock Up Restaurant (Tokyo)
If rasa nak masuk penjara tak payah susah-susah nak buat jenayah tak tentu pasal. Dekat sini anda akan makan dalam jail.Korang akan digari dan sila-sila lah pesan makanan pelik-pelik yang akan dihidang dalam test tube etc. And waiter dia agak seram sebab pakai topeng yang memang scary..Plus you will be visited by an officer just bajet konon-konon bawak cota bagai nak sebat korang.Ouucchh!!Nama pun dalam penjara kan..

Yes maam!


Tak ke scary nak makan?adohaii macam penagih dadah dah.


7. Opaque (California)
Emm uniknya restoran ini ialah anda akan makan dalam keadaan gelap. Bukan sahaja anda di tutup mata dengan penutup mata tapi memang restoran ni tutup lampu pun.Tapi lepas tutup lampu anda nak bukak penutup mata tu pun takpe sebab sama je takde bezanya.Tujuan nya ialah supaya bila deria penglihatan kita ditutup,deria kita yang dah dari 5 tinggal 4 akan lebih menganalisis terhadap keadaan di sekeliling kita.Secara tak langsung ia bertujuan utk kita menilai makanan tu dengan deria rasa kita.Waiter dia mcm mana nak nmpk?Waiter dia akan pakai device ala-ala macam goggle tu yg boleh nampak dalam gelap.

Haa mcm ni lah keadaannya.Ala-ala macam kiter camping buat night walk

Yang penting harus yakin dan tawakkal ape ke jadah bnd masuk dalam mulut.HAHAHA.

Walaupun gelap feeling borak mcm nampak tauu!


8. Torch Bistro (Florida)
Emmm okay how am I going to explain this.
Mmmm kalau korang pergi restoran ada meja, ada pinggan.Tapi ini ada meja, ada perempuan. Model akan baring atas meja di mana her body parts akan di cover dengan rumpai laut semata.Tapi tak de la dia nak baring mcm tu depan korang kan.So atas badan dia akan penuh dengan makanan macam sushi la bagai-bagai makanan Jepun. Kiranya badan dia act as a plate la.Tapi warning!!Anda tidak dibenarkan bercakap or menyentuh model-model ini. Anda perlu guna chopstick utk ambil makanan anda.So you have to be careful using those chopsticks! (Gambar 18 sx).Jadi just letak sikit je.

Musykil aku ,orang nak focus tgk makanan tgk model lagi!Haishh

Muka model redha je okayh!




9. Modern Toilet Restaurant (Taiwan)
Korang mesti akan geli and so on but restoran ni telah pun membuka beberapa cawangan dekat Tokyo. Ini menunjukkan bisnes ini maju!HAHAHA.. Okay so dekat restoran ini,korang masuk-masuk dah dapat feeling dekat dalam toilet. Dengan lantai restoran dibuat dari tiles dan tempat duduk is the real toilet bowl punyaaa!Makanan pun dihidangkan dalam bekas-bekas yang korang boleh jumpa di toilet rumah korang.Macam bekas sabun korang tu alaahhh setakat jadi tempat letak ice cream dorang.Itu boleh terima babe.Tapi macam makanan berkuah,bersup dia hidang dalam bekas yg berbentuk toilet bowl.Tapi miniature punya lah!Bukan lah the real toilet bowl.Agak-agak lah kan!Kalau korang di offer nak tak?Makan dalam toilet bowl.Bunyi exclusive sangat.Makan dalam Lubang Jamban.Nak?Selera kau nak makan tengok lubang jamban?Ewwww!

MMMMM yuummmeyhhh!!Siap dah meleleh dah.muahahhahha


ERK?Aku tak nampak macam soup dah tu.


10. Nyotaimori Restaurant 
Nyotaimori bermaksud "female body plate" dalam bahasa Jepunnya. Korang akan makan badan orang,perempuan yang dibuat dari dough (doh). Anda dan rakan-rakan anda yang memang macam takde benda lain nak makan dalam dunia ni yang terasa nak jadi cannibal iaitu makan orang akan membelah "badan" or doh tersebut dan makan. Anda akan korek-korek isinya atau intinya sehingga menjilat jari.Perlu diingatkan keadaan akan menjadi amat menggeli dan meloyakan kerana this dough would actually "bleeding".Aaaaaarghhhh!!

Nothing to say already.





Thursday, 10 January 2013

Erti Kawan Bagi Anda?

Entri kali ini menggunakan kata ganti  "aku" untuk mendapat feel yang menyeluruh.

Selama 19 tahun 5 bulan aku bernafas di muka bumi Tuhan ini, Alhamdulillah aku ditemukan dengan orang-orang yang baik, awesome sebagai kawan, teman dan peneman hidup.Aku dikenali dengan sifat yang loud , yang kaki membebel, suka cubit orang plus garang pulak tu. Aku tak tunjuk sifat manja aku yang hanya keluarga sahaja nampak tapi bukan dengan my bff.

Tapi bertemu dengan mereka aku tahu apa erti kawan. Dulu aku tak ramai kawan baik. Yang ada sorang tu je la kenal sejak sekolah rendah and kekal hingga kini. If you are reading this I guess you know who you are babe. Naik sekolah menengah jumpa lagi sorang kawan baik. Mereka inilah yang tengok suka,duka aku sepanjang persekolahan. Drama yang harus aku lalui dan mereka terpaksa terlibat sama.Sigh..

Meningkat zaman matrikulasi, aku jumpa lagi ramai.Berkenalan dengan mereka yang lain background yang aku berkongsi bilik dan kelas bersama.Dan bersama mereka lah aku berkepit sehingga tamat pengajian aku dekat matrikulasi. Segala rindu,perit jerih belajar bersama mereka lah aku kongsikan. Huh walaupun dilihat seperti "mak-mak" di sebabkan sifatku yang kadang kala garang tapi aku bersyukur berjumpa dengan mereka.

Naik ke alam universiti, aku jumpa dengan pelbagai orang lagi. Semuanya hebat dengan cara masing-masing dan bersyukur aku kerana aku sentiasa ditemukan dengan orang yang baik-baik belaka.

Jadi apa aku tahu tentang kawan?BFF?Sahabat?Bagi aku kawan ialah orang yang :

  • Sanggup dengar cerita kau, masalah kau anytime anywhere bila kau call dia and start membebel
  • Bila dengar kau ada masalah dia akan terus respon "OMAIGODD" macam masalah tu masalah dia
  • Bila kau cakap teman aku,call aku,aku nak jumpa kau jap, straight away dia kata okay walaupun dia ada kerja lain nak buat
  • Kejut kau solat bila kau tidur letak bom kat sebelah memang takkan dengar
  • Bila kau pergi toilet feeling2 pakai kain batik and singlet then ada pak cik yg dtg nak baiki something kat bilik kau, dia terus capai tudung indon dan jacket milik korang and tunggu depan toilet nak pastikan bila kau kembali ke bilik aurat kau tak dilihat oleh pak cik berkenaan
  • Angkat baju kau walaupun kau tak pesan sebab dia tak nak bila kau balik dari kelas kau hampa tengok baju kau basah
  • Sanggup luangkan masa di pagola dekat kolej sambil makan ice cream cerita tentang masalah and gossip
  • Time kau tidur tiba-tiba ada benda datang merayap and tahu2 ada makhluk ni dah ada tidur sebelah korang (aku geli sikit but I'm touched)
  • Bila kau datang rumah dia, dia susah payah masak untuk korang walaupun dia hanya berpandukan resepi belakang paket babas
  • Dia tak jemu and tetap akan give comments setiap kali kau mms gambar dekat dia tentang apa kau nak pakai bila nak keluar or pergi event ke apa2.
  • Call/sms korang bila korang lama tak call/sms dia
  • Bagi tahu dia pindah rumah padahal kau lama giler tak text or call dia.Pada hal masa sekolah dia lah yang teman kau bergossip
  • Sediakan pelbagai jenis ubat bila korang demam
  • Tetap luangkan masa layan karenah korang yang asyik bertanya soalan maths walaupun merungut tapi dia tetap melayan
  • Mempunyai persamaan dari segi benda yang disuka and tak suka
  • Jumpa kau and cium kau di pipi dengan excitednya (ni pun aku geli sikit but still I'm touched)
  • Hiaskan tudung korang sebelum korang nak keluar keluar dating jalan-jalan.

 Ahhhh banyak sangat.All these bukan merujuk pada seorang kawan tapi pada semua kawan yang pernah aku jumpa dan hidup bersama buat seketika bersama mereka. Itulah kawan bagi aku. I'm glad I've found you guys. Aku jealous if orang lain rapat dengan korang but well orang lain pun perlu tahu betapa awesome nya korang then only dorang akan mengerti tulisan aku ini bila dah mengenali korang yang memang awesome ni!

"I am sorry if I am not being a good friend to you but I just want to let you know that you've beeen a very best friend of mine and it will stays that way forever."


Conquer Your Fear!!

Conquer your fear about what? About being so shy and clueless when you have to talk in front of a lot of people. Simple example is bila kena buat presentation in front of the class. This issue might be a common thing that happens everyday dekat mana-mana pun .

But since dah masuk alam universiti ni tak sangka masih ada lagi yang ada masalah ini.Tak semua orang boleh jadi a good and effective presenter. It needs time for you to acquire the skills. But semua orang boleh jadi presentor yang baik. Baik di sini ialah tak gedik-gedik bila dekat depan boleh main teka-teki like

Jemah : "eh kau cakap lah dulu"
Pe'ah   : "eh kau lah"

sambil tuding menuding jari dan hentak-hentak kaki.So childish right!

Okay moving on.




Bila it's our turn to present, be confident. For god sake CONFIDENT is the key. Kau nak malu apa??Gugup lain! But conquer your gugup-ness tu by standing confidently in front of those people and start talking! Bila korang main gedik-gedik (baik lelaki or perempuan)lagi-lagi time tengah2 present tiba2 pandang teammates lain sambil buat gerak mulut "weh nak cakap ape lagi doh?". At this particular time audience dah macam "ahh typical budak2 present,BORING!"

Lantak lah if korang kat depan and cakap merepek and people starts laughing. At least they are not boring.So here are some steps for you to improve your presentation skills.

First: Be prepared
Apa pun korang nk membebel depan class esok nya make sure korang tau nak cakap ape. Fine if nak buat notes and ingat sikit2. But if you ask me, time present JANGAN BACA NOTA!!NEVER!tgk sikit-sikit takpe.If korang tak ingat takpe carry on dengan suka hati tambah opinion korang berkaitan dengan topik berkenaan.Janji confident babe!Kalau confident orang akan dengar !

I'm confident and I'll do it in my style. You can't resist from keep on looking at me ,don't you?RAWWR!



Second: Feel good with yourself
Jangan cakap tak boleh!Jangan cakap segan!Kau nak segan ape?!!Ada pakwe/makwe yang  handsome/sexy that you have crushed on sebab tu kau nak segan??Awwhhh come on!!If ada lagi baik punya.. Sebab this is the time for you to shine!HAHAHA..ayat tak boleh blah! But frankly speaking it's true. Takkan korang nak jatuhkan saham korang by jadi the worst presentor ever,cakap tergagap,then tergedik2,x confident pulak tu. So bila dah ada peluang, confident, buat eye contact dengan audience (in this case dengan the one you have crashed on). Show your sweetest smile and great attitude. Bukan utk memikat but utk buat mereka sedar tentang our existence.









Third: Optimist
Cuba muhasabah diri sikit!Cuba fikir " aku present ni,bukan sahaja utk dpt markah tapi nak sampaikan ilmu dekat kawan-kawan". Nak buat baik tak semesti kena post kat fb tentang kebaikan berdakwah dan sebagainya. Time buat presentation dakwah jugak weh. Korang sampaikan ilmu tu.Besar pahala if orang dapat ingat apa yang korang sampaikan and dorang sampaikan kat kawan-kawan lain. Sebab tu pentingnya korang jangan malu-malu. Korang kena anggap korang je ada ilmu tu and now korang kena sampaikan dekat kawan-kawan yang lain.




Fourth: Don't be too formal and don't worry if you made any mistakes while you are persenting!





Relax. Buat presentation korang tu berilmiah and  tak payah nak formal sangat lah kan. I still remembered what my lecturer used to said to us . " Make your presentation as interesting as possible. Don't give lecture in your presentation because you have no rights in any position to give lecture". Something like that laaa..Tapi betul apa dia cakap. Dia lecturer dia lagi banyak ilmu berbanding kita yang baru nak belajar. So tak payah tunjuk pandai. Do research about the topic that you've been given and make it interesting sbb korang nak bg ilmu korang yang sedikit tu kepada kawan-kawan yang lain. Thus tunjukkan dekat lecturer that you are actually do your part as a student.



Fifth: Jangan malu utk berlakon sikit meaning jadi a bit kepoh to lighten things up
Sebab if x buat mcm tu org akan boring.Kita nak grab perhatian dorang baru lah kita tak rasa malu duduk depan tu. For me if I can't grab their attention to look at me when I'm talking sumpah saya rasa mcm org bodoh takde ilmu duduk depan tu.So korang mesti taknak rasa mcm tu thus be spontaneous!How? Interact with the audience by randomly select any of your classmates and ask them some random question. This might help for your introduction.


Ingat lagi masa presentation dalam kelas. Topik presentation tu pasal Forestry. So my teammates memerangkap roomate jugak dok sembang kat depan pasal penting kita dok kena jaga hutan, jangan dok tebang pokok sokmo.Then kite org dah x de point sangat.Jadi sebab tu lah penting nya be spontaneous. Tah mcm mana idea dia pergi kaitkan hutan dengan citer Breaking Dawn. Sabor je lahh..Dia mula buat citer gampang dia, ckp dlm citer Breaking Dawn tu hutan dia cantik, banyak jenis flora and fauna.Ada  serigala.Hahaha.. But bnd dah merapu kadang-kadang org gelak and faham maksud yang nak di sampaikan. Yang penting kena sporting!

Ingat bila audience suka lecturer suka semua orang suka and in the end you will feel relieved knowing you've done a very good job that not everyone has the the courage to do so.Trust me.


Wednesday, 9 January 2013

Sampai Bila Kita Perempuan harus Dikutuk?

Assalamualaikum and Hello!

Oh well melihat pada tajuk entri first kali ini agak daring.. But this is what happens nowadays. Perempuan dikutuk sebab apa? Sebab cara mereka dress up, cakap, jalan, make up etc you name it girls. Siapa yang tukang bahan? Boleh jadi another kaum hawa yang lain or simply guys yang memang mulut dia yang mcm puaka laser!

Tapi babe-babes semua  " pokok tidak akan bergoyang kalau angin tak tiup dia " !Yess itulah perumpamaan yang sesuai. Orang takkan nak simply kutuk without any reasons adik manis. Ok so apa sebabnya anda mungkin dikutuk tanpa anda sedar/tak sedar/memang anda rasa anda hot so that's why people keeps talking about you! (ERK!)

1. Pemakaian setepek terlampau
 Okay ini memang tak boleh lari dengan most girls yang ber-hijabista zaman ini. Tak salah korang nak melawa but jangan lah over the top sangat. Meaning, tak perlu lah kau nak tepek aksesori seperti kumbang,kupu-kupu bagai atas kepala korang dah jd mcm zoo negara. Cukup lah kalau korang gian nak pakai sangat sekadar satu dua tu pun with size yang comel je.

Ada pula yang letak cekak.Pakai tudung letak cekak buat apa dik oiii?!Eee sakit pulak hati kiter ni!Jangan lah kita dibahan atas sebab remeh mcm ni. Cekak tu utk org free hair yang nak pastikan rambut dia terkemas rapi. Kalau korang pakai tudung tambah kupu-kupu, cekak, tambah lagi ray ban sangkut atas kepala kenapa tak letak je crown, bling bling lain semua. Biar nampak perhiasan bergerak!



Gigih woahh lukis ni.Tangan tak seni.Harap maklum.




 Lelaki memang pengutuk yang dahsyat! Kadang-kadang dengar dorang berkata muka kalau dah haru pakai apa pon tak mengubah apa pun. (statement kurang ajar kan). Tapi memang ada benarnya. Cuma kita boleh jadi cantik mungkin bukan dari features kita tapi dari gaya kita berpakaian.Kalau kemas,elok je pakai sesuai dengan badan orang pun sedap mata memandang.Hati kumbang yang ada pun terpikat.Aiceceh.


2. Kasar
Ini pun ada jugak perempuan kasar. Kasar dari segi guna bahasa yang kasar seperti mencarut dan lagi satu memang suara dia kasar atau garau atau besar. Tapi if suara rock mcm Ella then nothing we can do. Itu dah memang sexayyyy!Tapi ni kasar mencarut. Mengucap panjang time ada aktiviti tarik tali di kolej ada sorang awek ni dia cakap " Wei sial cepatlah start,seluar aku nak koyak ni sial". Mencarut sokmo!Rasanya dia memang org yg jenis ckp kasar tapi ni depan public kot. Come on girls. Jangan jatuhkan martabat anda depan lelaki.

Ada member saya cakap, kalau perempuan ckp mencarut memang dia pandang hina kat perempuan tu. Perempuan se-brutal manapun,dia akan ada sifat kelembutan tu. Tak kisah nk brutal if dia memang mcm tu tapi bahasa tu!Kecek molek sikit!!


3. Style Hijabista
Selaras dengan pemakaian setepek, "pesen" (gaya) fashion tudung pun berubah. Kadang-kadang mcm nak tercekik di buatnya sebab konon pakai shawl ke apa jadah tu dapat buat kita rasa seperti aku lah perempuan muslimah stylista!awww!HAHAHHA. Tapi ada bagus ye dak, sebab bila pakai shawl ni, ada yang bila nak style kan shawl tu " haa ni kite kena tarik tutup dada sikit". Tapi hakikatnya if pakai tudung bawal selempang kiri kanan then jalaannn!!Tak kisah tutup dada ke tidak.

Tapi ni yang shawl tak kena colour dengan baju,bentuk shawl x kena dengan bentuk muka. Ladiesss!!Tolong lah jangan mcm ni.Malu tau tak.It's not about being confident about what you wear tapi it's about be alert with appropriate styles that suits you. One style may suit with somebody but it does not mean it will suit you too. Teringat ada cik awek ni dia pakai baju kurung yang ada corak bunga warna biru sikit, kuning sikit.Baju tu tanah nya warna kelabu. Tudung dia syria double layer.Di mana layer yang dalam warna kelabu dan lagi satu layer warna biru.Anak tudung dia warna kuning.

MMM!!Okay you got the idea right?(tangan x seni)



4. Bajet Hot
Sounds cliche but ini lah yang always jadi perbualan hangat dalam sesi kutukan.Cam mana dia bajet hot?Okay mcm ni. Bajet hot bukan saja berlaku dalam kalangan yang memang hot tapi ada yang x berapa hot nak bajet jugak. Bajet cara dia jalan yang mendada nak tayang apa??Motif? Pastu bila berdiri tegak, sengaja mendada secara tidak langsung tulang belakang kita kan curvy like kan. Lalu menampakkan bentuk curve badannya dari atas sampai bawah bajet mengiurkan. If yang buat ni memang hot stuff habis k fine. But if tak?Erk.

ooooo Sexaayyyyy!!Opp Opp Opp!



Ada banyak lagi tapi I guess you know better. Kita sama perempuan,kadang-kadang kita cakap org kita pun ada buat jugak. It's okay if we realize. Ni yang tak sedar diri ni yang payah.

You may said " alahh I pakai mcm ni ada je org ckp suka gaya I, cantik, x de nya kena kutuk2".Well good for you if memang muka dah cantik,putih gebu.Tapi muka yang ada-ada macam kiter ni pakai mcm awak mana lah sesuai.huhuhu.Yes kita kena ada gaya and kita kena confident tapi bertempat.If nak confident all the wayyy pun tak boleh.I don't like girls kena jd bahan bila lelaki bercerita you know.Korang rasa korang mcm lawa bila kai pandang sengih2 bersama geng2 dorg but actually they are kutuk-ing you and you perasan2 dorang suka.

Kita kena set our standards.Don't simply wear something merepek yang korg nmpk ada org pakai nmpk cantik.Pakai tny kawan lawa ke tidak. Sometimes kawan nk sedapkan hati.Tu lagi satu tak leh harap kadang2.HAHAHA. So kita kena pandai baca air muka. If bila kita tanya "cantik tak?".Jawapan dia agak lambat and dia mcm pndg atas bawah dulu and cakap " haa okay la..." that means it's not okay!!Jawapan mcm tu nk sedapkan hati je.Dia bila korg  pakai something nmpk sweet muweet je,terus automatik pujian dtg melayang ckp "eyyy lawa kau pakai cam ni" that one memang betul punya!

So good luck and hopefully kita tak dijadikan bahan gelak ketawa oleh orang lain!Stay fabulous but in a good way alright!


Tuesday, 8 January 2013

Finally I have my own blog!weehooo

Assalamualaikum. 

Okay so ini tarikh keramat yang perlu disemat dalam minda. First time woaahh ada blog sendiri! 



Muka excited dohh!

For all this while dok baca, belek blog orang lain aje!So yeahh blog ni menampilkan hasil tulisan dari saya yang bernama Fatin Najiha tentang cerita, pengalaman, gossip, kutuk emm pandangan saya. Well everyone has their very own perspective. Your story and opinion may be different than mine but we are free to share our experience and knowledge. Semoga anda mendapat sesuatu sama ada ilmu, gembira atau apa saja yang akan ditulis di blog ini. Will be writing very sooonnn!!