Monday, 21 January 2013

Kawan Tipu-Tipu

Masa kecik-kecik dulu satu trend untuk guna istilah "kawan tipu-tipu" @ "kawan olok-olok". Entah mana istilah ni wujud itu aku tak pasti.Tapi ia memang wujud, diguna pakai hingga kini.

Istilah ini lebih popular dalam kalangan ladies ,yang lelaki aku tak sure.Well guys kan jenis cool sikit.Not like girls.Kelakar bila kenang benda ini. Dulu, kalau zaman kat sekolah aku ,sekolah korang lantak korang lah kan..Ia berlaku dalam group perempuan. Macam group aku ramai woahh ahli-ahlinya. And ia terdiri dari classmates sendiri. Budak dari kelas lain tak campur sgt dulu. Kalau campur pun mesti sebab budak tu pengawas ke,atlit sukan ke or yang famous-famous je. *ayat bajet giler*

Then biasa la time kecik-kecik kita baru nak kenal orang. So for sure kau kena mingle dengan setiap org dlm kelas kau kan. Aku ni sempoi je. Aku try je dengan semua org dulu. So bila aku dah kawan-kawan dengan si A. Then nanti aku kawan dan tegur-tegur dengan si B pula. Bila dah rapat mestilah kongsi rahsia.EH time sekolah,bila kawan kongsi rahsia means kau special tau!Bangga woahh!

So bila borak-borak dengan si A, nnt perbualan jadi macam ni kononnya:

A: Eh kita tak suka la dengan minah si B tu.Gedik gylerrrrr okaaayhhh!

Me : (Aku rasa si B tu okay je,xpe nk sedapkan hati kawan.Nanti dia taknak kawan aku pulak).
         Emm yeke?Dia takde la gedik sangat.Dia memang mcm tu.

A: Eee kita tak suka dia okaayhhh.Awak tak payah lah nak rapat-rapat dengan dierrr.

Me: Takpe awak jangan risaauuu.Awak kan bestfriend titewww.Kita kawan dia tipu-tipu je.



Haa gua maju sikit dah bab lukis menatang ni!BANGGA!


HAHAHA.Macam tu lah ayat tu akan keluar. Demi nak sedapkan hati kawan. Lagi pun tak baik pulak nak putuskan silaturrahim kan. Jadi terpaksa menipu demi selamatkan silaturrahim. So bila lepak dengan si A, bila jumpa si B tu buat-buat mcm tak kenal. Paling baik is senyum lah. Tapi bila dah masing-masing kenal dan mengenali, boleh je semua orang ngamm together.

Itulah namanya tak kenal maka tak chenta woii!

Sekarang pun ada juga istilah "kawan tipu-tipu" ini. Cuma we don't called it with that name dah. Kita dah pandai bezakan mana yg sahabat dan mana yg bajet-bajet jadi sahabat. Kita jadikan orang tu as "kawan tipu-tipu" sebab utk mengelakkaan permusuhan dan ketat muka dan tumbuk menumbuk or tarik menarik rambut berlaku.

Bila dah masuk alam kolej ini,hubungan kawan tak macam kat sekolah sebab dekat sekolah kau bersama dengan classmates yang sama utk semua subjek, dari isnin til jumaat. Tapi kat kolej ada yang sama but ada yang tak. So kalau ada bestfriend pun setakat yang sama gi kelas macam tu la. Tak macam gang time sekolah . Time ini bermacam jenis manusia kau jumpa. Dah nama jumpa kejap-kejap time certain kelas. Jadi bonding yg ada tak kukuh sgt. Tak best ohh..

Tapi kena pandai adapt and everything will be fine. Ada je dengar story kawan-kawan aku tentang perangai "kawan tipu-tipu" dorang tu. Macam pinjam barang org tak reti nak jaga elok-elok, bila masuk kelas umpama di pulaukan classmate yang lain, kawan tapi dekat twitter/fb perli saja nak bg siapa makan cili dia rasa pedas and mcm-mcm lagi.

Aku rasa korang mesti ada experience macam ini. Kadang-kadang nak ignore org mcm ni tak boleh juga cos kita akan jumpa dia dkt mana-mana. Buat nya nanti kena buat assignment and sekumpulan dengan org yg kita tak suka tu haa dah jadi hal kan. Sebab tu perlu nya kawan tipu-tipu. Means kita layan,kita tolong apa yang mampu but tak lebih-lebih.

Tapi the best thing is to be honest. If kau tak suka dengan cara orang tu ,kalau dia dah rosakkan or kotorkan barang kau straight to the point cakap. Jangan melenting tapi tegas. If orang tu jenis baran juga,then cakap elok-elok.Then buat ayat sentap like

"Dah lepas ini aku tanak bg pinjam barang aku lg kat kau.Aku anggap kau mcm adik beradik aku dah ( walaupun sebenarnya tak) tapi kau sikit pun tak rasa mcm tu."

"Aku tak berkira barang aku pun  tapi aku igt kau reti la jaga brg aku mcm kau jaga barang kau.Kau nak pinjam apa pun aku sanggup bagi demi kau.Org lain aku tak bagi tau.Tapi kau buat barang aku mcm ni"

Haa kan sentap tu. Pastu time cakap tu buat mcm nk nangis. Bunyi-bunyi hingus sikit confirm makan dalam. Mesti hati dia tersentuh sikit.Walaupun dia "kawan tipu-tipu" kita kena main psiko dengan dia.Hahaha.

Kadang-kadang cuba korang muhasabah diri.  Ada tak korang sama ada sengaja or tak sengaja buat benda-benda yang maybe sakitkan hati kawan/classmate/roomates korang yang boleh menyebabkan korang fall into this "kawan tipu-tipu" category. Maybe korang:

  • Tak basuh pinggan/mangkuk/belanga/mug kawan korang bila dah pinjam sampai berkeladak bekas dorang.

  • Tersepak/terlanggar barang kawan korang and tak cakap sorry sebab korang tgh khayal fikir masalah negara plus benda korang langgar tu bukannya korang punya so you simply don't care

  • Terlupa nak bayar hutang korang yang dah sekian lama lapuk

  • Korang memang tak suka dengan kawan korang tu sampai buat notice kat buku/bilik/fb/twitter yg menyatakan korang tak suka dia and saja nak bg dia terbaca

  • Korang sidai kain yang basah dan tak reti perah tu,air yg menitik kena baju org lain yang dah nak kering plus baju korang tu warnanya luntur

  • Korang cakap ketawa berdekah-dekah dengan roomate or kawan korg yang bertandang ke bilik and sikit pun tak menyapa sekali dua dekat kawan yang alone kat katil dia.

  • Korang makan and sebab makanan tu sikit korang sikit pun tak nak ajak or pelawa kawan yang lain.Even ajak tipu-tipu pun takde!

Ada lah banyak lagi yang korang boleh guna logic sense korang. I mean sometimes kena la be reasonable jugak kan. Kita dah besar and tahu fikir baik dan buruk. Bukan semua org yg bertemu can be a bestfriends but at least a friend yang tak annoying pun dah okay ape.

So look at yourself in the mirror and think have you been a good friend? If not then it's time to change. Bila buat bnd yg senangkan hati org lain,kita pun gembira,orang pun suka.


So be fabulous by doing good deeds even to someone you hate.

1 comment: