Sejak kebelakangan ini, banyak orang yang lebih kurang umur macam aku dah pergi dulu. Orang kata orang baik-baik selalu pergi dulu......
Sejak kecil lagi, kalau borak dengan kawan-kawan mesti cerita, aku nak mati before kiamat. Sebab bila nak kiamat tu keadaannya yang kacau bilau yang tak dapat utk kita gambarkan. Tapi kalau mati dulu pun, keadaan kita dekat alam kubur tu pun belum pasti tak kacau bilau kan?Haaa..Hahaha.. Tu semua bergantung la dengan amalan kita.
Setakat ini, aku tak pernah ada lagi kehilangan sahabat disebabkan kematian. Tapi satu masa nanti perkara itu akan berlaku. Ketika itu, pasti air mata berlinangan, kenangan yang kita pernah lalui dengan dia akan berulang kali rewind dalam kepala otak. Kita mestilah pernah fikir macam mana keadaan kita akan meninggalkan dunia ini. Dah cukup ke amalan aku?
Huh.
Pakaian pun belum tutup sempurna. Cakap pun benda merapu. Sembahyang pun kadang kala dileka lekakan. Kalau nyawa aku direntap di masa ini.....
Tapi Allah itu maha penyanyang. Sedikit sebanyak aku terdetik dengan benda-benda ini. Kalau dulu aku kejap bertudung, kejap tak bila pergi event ke apa ke. But now slowly aku cuba teruskan bertudung walaupun tak sempurna lagi. Orang kata slowly buat perubahan, ada kata paksakan, etc. Well for me it depends. Kalau buat slowly and nyawa tu panjang baguslah, kalau tak? Tapi niat je dah dapat pahala kan? :)
Tipu lah juga if diri ini tak pernah rasa malu bila kawan-kawan lain berjaya menutup aurat dengan sempurna dan diri ku ini tidak weyh. Tapi manusia, ego tinggi. Dalam hati tetap berbisik, in sha Allah satu hari aku akan pakai, buat macam tu.
If orang yang kenal aku mesti pelik kenapa minah ni tetiba macam ni. Well tah kenapa sejak akhir ini, lepas tengok lepas sorang- sorang berita budak-budak masih muda pergi, hati ini rasa dunia ini tidak lama dah. Ia dah tua. Tu lah mana tahu ada rezeki lebih nak juga buat pelaburan banyak-banyak utk jadi pencen dekat alam sebelah sana sebab nak ikutkan amalan belum tentu lagi sempurna. At least ada la bekal sikit-sikit utk disiapkan dan nanti ditambah dengan doa -doa dari keluarga dan sahabat.
Jadi utk anda di luar sana , aku masih ingat lagi ustazah aku dulu ada pesan. Sebelum tidur if kita ada hutang orang ke, nazar ke , berapa hari nak kena ganti puasa ke,kita tulis lah dekat sticky note ke apa and lekat kan kat dinding ke ,kepala katil ke apa. Mana tahu keesokannya tak bangun dah, at least ada orang boleh tolong langsaikan and kita dapat bersemadi dengan aman. Tapi if malu nak tampal ,tulis dalam hp ke or pesan dekat somebody.
Mungkin aku tak mampu lagi nak berubah menjadi muslimah solehah pada esok juga tapi as long as diri aku tahu ada perubahan yang aku berjaya lakukan dah cukup baik. Orang tak perlu tahu. Lantak lah if orang nak kata, "aaahhh sama je aku tengok dia,tak berubah apa pon!".
Don't worry God knows everything. Everything has been recorded .
p/s: Aku harap aku tak lah terima kehilangan seorang sahabat disebabkan bunuh diri. Grr.. Harap minta simpang laa weyhhh..
No comments:
Post a Comment