Wednesday, 30 January 2013

Mind Your Words pleeasseee!

Manusia memang sifatnya suka menilai. Apa dia dengar, lihat, nampak semua akan dia nilai ikut pandangan dan akal fikirannya. Aku? Yes, aku suka memerhati dan menilai. Kalau ada yang tak kena dengan mata aku cepat je aku cerita dekat kawan yang ada dengan aku at that exact time.Kalau tak aku jadi macam cacing kepanasan sebab memang sifat aku kena meluahkan.








Bukan mengutuk tapi based on logic thinking , sometimes kita macam pelik or has something to say about something. Sebab tu memang aku tak suka berseorangan if pergi mana-mana. Suka ada teman. Kadang-kadang sebab kawan yang memang dah masak dengan perangai aku, even ada yang pelik dekat mata dia, dia yang notice dulu daripada aku.

Tapi opinion aku just berhenti setakat situ je. Aku tak meleret bawa sampai ke social network semua.

Aku pelik dengan perihal manusia sekarang yang just simply write anything yang mereka rasa without thinking the consequences. Aku dapat rasakan if aku dekat tempat dorang pun maybe aku panas/tak suka/benci etc juga. Tapi kita siapa nak kutuk depan public sampai macam tu. Walaupun kita tak sebut nama ke apa ke, but still ia tetap salah. Lepas tu manusia yang sama baya dengan dia "like" secara bergerombolan and comment ramai-ramai guna bahasa yang censored.

Maybe sebab hanya berani bercakap melalui alam maya buatkan orang macam ini berani meluahkan pendapat dia tanpa tak nak untuk tunggu jap lek lu pikir ayat elok sikit baru update. Ni ada je idea utk update status membahan org laju je! 

So secara tak langsung orang yang buat mcm ni lagi teruk perangai dia. Sebab dia dengan tak sengaja dah membangkitkan kemarahan org lain dan comment mencarut. Status tersebut menjadi satu medium dosa di situ. Nampak tak permainan dia? Kalau yer pun kau niat nak menyedarkan orang, guna bahasa elok sikit. Ini tak. Contoh :

" Kau ingat kau cantik sgt lah pakai ketat , duduk tepi jalan sambil usha lelaki yang lalu lalang. Macam @#$%^. "

" Weh betina sundal, kau ingat kau hot sangat lah"

See? Lagi sedih if ayat macam tu keluar dari seorang gadis yang comel molek dan ayu bertudung ,tak pun lelaki handsome semalaya. To be honest aku pun tak lah baik sangat dalam pertuturan tapi dengan kawan-kawan aku lah. Dorang tahu aku memang bergurau kasar sikit. Tapi takde lah keluar sundal lah, betina lah, jantan lah bagai.





My point here is, if yer pun kau tak suka somebody and kau nak update status bg org tu terasa cukuplah sekadar bg ayat makan dalam dan berunsur ilmiah sikit. Tak payah nak guna perkataan haram jadah sangat kan. At least show maturity lah sikit. Jangan downgrade kan diri anda ke tahap yang org pandang dengan pandangan hina just because dari apa yang anda tulis.  Kata pergi sekolah dari darjah satu sampai tingkatan lima, takkan tak ada bahasa elok yang kau boleh guna?

Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata badan binasa. *Cewah, feeling Karam Singh Walia*

Bak kata P. Ramlee "Bahasa menunjukkan Bangsa" taauuu

Kita mungkin tak boleh nak jadi baik dalam satu hari but at least try ubah benda yang korang selalu buat untuk jadi lebih baik. It may looks simple but sometimes simple things macam ini lah yang susah sebab ia dah sebati dengan diri kita.

Like I said " Jangan downgrade kan diri kita ke tahap di mana orang akan pandang hina hanya disebabkan apa yang kita tulis"

No comments:

Post a Comment