Anda pernah dilayan double standard?Hah skema betul pertanyaan kannn..
Macam mana je yang dikatakan double standard? Well macam dengan sesetengah orang di layan dengan baik tp sampai kat kite perghhhhh harammm nak layan macam tu..Ini memang selalu berlaku di mana-mana tanpa mengira masa.
Paling common la eh. Aku selalu perasan bila ada gadis-gadis molek .Pergi beli makanan ke apa contohnya. Confirm-confirm if abang,mak cik, tauke kedai kat situ mesti gaya dia macam ni. Contoh:
"Ehh yer cik adik, nak apa?Oh nak ini je?"
"Emm semua sekali RM 2.50. Tapi takpe lah sebab adik shomelllll sangat abg bagi RM2."
Pastu bila turn customer lain yang mcm tak menarik perhatian dia ,buat muka bodoh macam biasa.Takde pun terigin nak kurangkan harga jugak.HMPPHH!
Aku suka memerhati. Kadang-kadang mungkin gaya layanan seperti di atas mcm ni dapat menggembirakan hati si gadis yang dikurangkan harganya tadi. Dia pun mulailah perasan "Ohhh mesti sebab aku cantik sangat, tu yang abg tu bg kurang.Nak ngorat letttewwww!"Tapi macam mana dengan gadis yang di layan biasa tu. Mesti dia rasa down gilerr mcm ni "Aku tak cantik ke? Abg tu pandang aku pun tak nak!".See?! Gadis mungkin terlalu banyak fikir and cepat emo but sape suruh "abg" td buat layanan double standard. Kalau buat biasa tak boleh ke?!GRRR!!
Aku bukan apa. Cuma kadang-kadang masyarakat kita lah faktor yang utama mendidik cara pemikiran seseorang tu. Ini secara tidak langsung merendahkan martabat insan yang lain secara tidak sedar dan mengurangkan konfiden si gadis tadi. *Gaya tak puas hati*
Tak kurang pula kalau pergi pejabat-pejabat tertentu baik pejabat di universiti mahupun atas urusan baginda.Pegawai atau staff di situ lagi lah!Boleh tahan!!
Sekali lagi kalau ada gadis molek atau lelaki yang agak macho dan suara yang garau, tinggi,sasa,rambut di tiup slow motion oleh angin dengan mata yang kuyu-kuyu *okay mmm got the idea* tanya apa-apa persoalan confirm dengan lemah lembut dan sepenuh jiwa staff tu explain. Tapi kalau yang budak mentah biasa-biasa, dia layan macam nak tak nak.Pastu karang kita tanya lebih-lebih dia sound kita balik . Kesian aku tengok orang yang dimalukan oleh staff/orang/sesiapa saja atas sebab layanan double standard ni.
Belum lagi zaman sekolah dulu. Kes biasa para guru beri layanan double standard. Asal budak pandai je tak buat kerja lepasss,tak kena rotan ke ape. Siap di beri nasihat baik-baik lagi. Tapi kalau yang tak pandai, terlupa memang atas dasar tak sengaja terus mulut dia keluarkan peluru bertubi-tubi membebel.Rotan sedas dua. Kena bahan lagi mcm "Dah la tak pandai,pemalas!". Padahal kes tak sengaja tu,lainlah kalau memang azali kau memang pemalas memang deserve lah kena bantai semua.
Kadang-kadang hati ini terasa, untungkan jadi orang yang memang super duper hot ni. Kau campak la dia di mana saja pasti ada orang tolong punya. Tak percaya? Agak-agak if ada lelaki/perempuan yang cun tahap maximum tahan kereta/lori etc tepi jalan lepas korang tinggalkan dia,agak-agak ada tak kenderaan berhenti?Confirm lah ada punyaaaa!! Belom citer angkat barang berat mesti ada orang yang nak tolong,then makan/minum ada je insan yang baik hati nak belanja buat amal jariah kannnn......Syokk wooo!!HIHIHI..Okay-okay dah-dah.
Kesimpulannya:
If and only if lebih ramai orang sedar buat kerja atas dasar ikhlas dan tak pilih bulu. Banyak lagi kalau nak citer. Tapi siapalah kita nak cerita panjang-panjang. Ini pun utk peringatan diri juga bila kita pegang apa pun position,kecik mana pun jawatan tu, kita kena jalankan dengan betul and tak pilih bulu.Kasihani lah orang-orang yang awak rasa tak cantik di mata awak ni.Layanlah kami baik mcm awak layan org lain. :)
No comments:
Post a Comment