Thursday, 10 January 2013

Erti Kawan Bagi Anda?

Entri kali ini menggunakan kata ganti  "aku" untuk mendapat feel yang menyeluruh.

Selama 19 tahun 5 bulan aku bernafas di muka bumi Tuhan ini, Alhamdulillah aku ditemukan dengan orang-orang yang baik, awesome sebagai kawan, teman dan peneman hidup.Aku dikenali dengan sifat yang loud , yang kaki membebel, suka cubit orang plus garang pulak tu. Aku tak tunjuk sifat manja aku yang hanya keluarga sahaja nampak tapi bukan dengan my bff.

Tapi bertemu dengan mereka aku tahu apa erti kawan. Dulu aku tak ramai kawan baik. Yang ada sorang tu je la kenal sejak sekolah rendah and kekal hingga kini. If you are reading this I guess you know who you are babe. Naik sekolah menengah jumpa lagi sorang kawan baik. Mereka inilah yang tengok suka,duka aku sepanjang persekolahan. Drama yang harus aku lalui dan mereka terpaksa terlibat sama.Sigh..

Meningkat zaman matrikulasi, aku jumpa lagi ramai.Berkenalan dengan mereka yang lain background yang aku berkongsi bilik dan kelas bersama.Dan bersama mereka lah aku berkepit sehingga tamat pengajian aku dekat matrikulasi. Segala rindu,perit jerih belajar bersama mereka lah aku kongsikan. Huh walaupun dilihat seperti "mak-mak" di sebabkan sifatku yang kadang kala garang tapi aku bersyukur berjumpa dengan mereka.

Naik ke alam universiti, aku jumpa dengan pelbagai orang lagi. Semuanya hebat dengan cara masing-masing dan bersyukur aku kerana aku sentiasa ditemukan dengan orang yang baik-baik belaka.

Jadi apa aku tahu tentang kawan?BFF?Sahabat?Bagi aku kawan ialah orang yang :

  • Sanggup dengar cerita kau, masalah kau anytime anywhere bila kau call dia and start membebel
  • Bila dengar kau ada masalah dia akan terus respon "OMAIGODD" macam masalah tu masalah dia
  • Bila kau cakap teman aku,call aku,aku nak jumpa kau jap, straight away dia kata okay walaupun dia ada kerja lain nak buat
  • Kejut kau solat bila kau tidur letak bom kat sebelah memang takkan dengar
  • Bila kau pergi toilet feeling2 pakai kain batik and singlet then ada pak cik yg dtg nak baiki something kat bilik kau, dia terus capai tudung indon dan jacket milik korang and tunggu depan toilet nak pastikan bila kau kembali ke bilik aurat kau tak dilihat oleh pak cik berkenaan
  • Angkat baju kau walaupun kau tak pesan sebab dia tak nak bila kau balik dari kelas kau hampa tengok baju kau basah
  • Sanggup luangkan masa di pagola dekat kolej sambil makan ice cream cerita tentang masalah and gossip
  • Time kau tidur tiba-tiba ada benda datang merayap and tahu2 ada makhluk ni dah ada tidur sebelah korang (aku geli sikit but I'm touched)
  • Bila kau datang rumah dia, dia susah payah masak untuk korang walaupun dia hanya berpandukan resepi belakang paket babas
  • Dia tak jemu and tetap akan give comments setiap kali kau mms gambar dekat dia tentang apa kau nak pakai bila nak keluar or pergi event ke apa2.
  • Call/sms korang bila korang lama tak call/sms dia
  • Bagi tahu dia pindah rumah padahal kau lama giler tak text or call dia.Pada hal masa sekolah dia lah yang teman kau bergossip
  • Sediakan pelbagai jenis ubat bila korang demam
  • Tetap luangkan masa layan karenah korang yang asyik bertanya soalan maths walaupun merungut tapi dia tetap melayan
  • Mempunyai persamaan dari segi benda yang disuka and tak suka
  • Jumpa kau and cium kau di pipi dengan excitednya (ni pun aku geli sikit but still I'm touched)
  • Hiaskan tudung korang sebelum korang nak keluar keluar dating jalan-jalan.

 Ahhhh banyak sangat.All these bukan merujuk pada seorang kawan tapi pada semua kawan yang pernah aku jumpa dan hidup bersama buat seketika bersama mereka. Itulah kawan bagi aku. I'm glad I've found you guys. Aku jealous if orang lain rapat dengan korang but well orang lain pun perlu tahu betapa awesome nya korang then only dorang akan mengerti tulisan aku ini bila dah mengenali korang yang memang awesome ni!

"I am sorry if I am not being a good friend to you but I just want to let you know that you've beeen a very best friend of mine and it will stays that way forever."


2 comments:

  1. Newbies!..haha...keep it up with ur writing.aku macam boleh namapak muka kau ckp pok pek pok pek bila baca blog nie~~ =='

    ReplyDelete
  2. hahahaha tinggi imaginasi kau kann..!will do babe..

    ReplyDelete